Assalamualaikum semua. Haih.. (sambil lap peluh kat dahi) Malas nak cerita panjang. Jom tengok situasi nie..
Seorang kakak yang tinggi lampai, jiran depan rumah keluar rumah. Disebabkan kami sibuk, jiran depan rumah pun sibuk, jadi kami tidak berapa menegenali 1 sama lain. Kami pun duduk di sini tidak sampai setahun. Nak dijadikan cerita, semalam, kami bertiga dengan jiran rumah atas, pergi makan petang..Sekeluarnya kami dari kedai makan petang semalam..
Kawan 1: Eh, itu akak depan rumah kita kan?
Aku: Mana? Mana?
Aku: Mana? Mana?
Kawan 2: Tu, yang tengah pakai helmet.
Kawan 1: kan?
Aku: Aah, kakak yang rumah depan tu.
Keadaan senyap. masing-masing melangkah untuk bergerak pulang. Tetapi mata aku tak lepas daripada memandang akak yang hendak membonceng motosikal tadi.
Selesai memakai helmet, dia pun menunggang motosikal tadi dan meletakkan tangan di pinggang lelaki yang tadi tunggu di motosikal tersebut.
Kami terus senyap.
Pasangan tadi pun berlalu pergi dengan motosikal tersebut..
Sedang kami berjalan..
Aku: Mari bersangka baik ya!
Kawan 1: haa bersangka baik. Betul-betul.
Kawan 2: Suami dia tu..
Aku: Itu abang dia lah..
Kawan 1: Eh, kalau aku rapat dengan abang aku pun aku tak lah macam tu.
Kawan 2: aah, dengan abah pun tak macam tu.
Aku: Suami dia lah tu.. Dah kawin.
Kawan 1: bersangka baik bersangka baik..
The end..
Haa, untuk mewujudkan rasa bersangka baik ni, tak mudah, kadang-kadang tetap juga ada syaitan berbisik nak cucuk kita. tapi kadang-kadang...
Kawan 1: Habis kalau dah memang maksiat depan mata macam mana?
Aku dan Kawan 2: (senyap)
Kawan 1: Tak kan nak bersangka baik jugak...
Tapi.. haih, ala..tu tadi suami isteri lah!! haishh =_____='
Moral of the story: Sila lah selalu bersangka baik, tapi kalau memang maksiat depan mata, bagaimana? Masyarakat kita macam mana? Selalunya diamkan sahaja kan? Mencegah dengan hati tu selemah-lemah iman. Jadi tepuk dada, tanya iman..
Hati oh hati Fasihah Supian, kau juga lemah..Kerana kau juga tak dapat mencegah dengan fizikal setakat hati apa barang. Ish, tak kira, yang tadi tu suami isteri lah..
Lagi 1 moral of the story; kenalilah jiran anda.
Itulah, jiran tu entah-entah memang dah kawin, kau je yang tak tau FS! Dah tu nak sangka buruk, berdosa! haaa... korang, sila kenali jiran, jangan kenal jiran alam maya je! ;)
Renung-renungkan dan selamat beramal!!
12 comments:
statement yg last tu best...jgn kenal jiran alam maya je...haha....
exam dah habis ke...gud luck ea...:8)
Hahahha..betul3x..kenali la jiran anda..kalau tak..tak pasal2 terbuat fitnah...
Hahahha..betul3x..kenali la jiran anda..kalau tak..tak pasal2 terbuat fitnah...
a'ah mereka dah kawen.
dah pergi kenduri kawen die org hari tu.ngeh3
mereka kawen muda lah.. hehe
nak sangke bek tu plg susah kot, ati manusia busuk wooo,hehe
haha.tu la len kali rajin2lah wt mesyuart tingkp hehe
erk!!
sangka baik..baik sangka..
ah,penin!
hihi..kenali lah jiran anda..
add jiran kat fb. leh tahu perkembangan jiran kat sana
berdosa tak tegur jiran lebih dari 3 hari. hehe
HUSBAND N WIFE KUT..HEHE
slm, nak tanya...
camne nak letak butang like fb tu kat blog ye?
Post a Comment