Perempuan Macam Ini Tak Patut Dikahwini | fasihah.com


April 1, 2011

Perempuan Macam Ini Tak Patut Dikahwini

Assalamualaikum to all my beloved readers! Siapa yang tak nak kahwin? Angkat tangan sikit! Haaa, kenapa tak nak kahwin? Habaq mai, habaq maqi...Kahwin ni sunah tahu? Tapi.... tak semua orang kita boleh main pakai ambil depa jadi pasangan. Meh jenguk sini meh!!


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Narrated by Imam Al-Ghazalli




Jadi semua yang bernama perempuan, wanita, gegirl dan semualah. Kenalah alert! Apapun, comel kan bila Irma dah bertudung? haha Melepaslah Nabil. 



Kalau suka, boleh like and share. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

Myra Jay said...

semoga menjadi pedoman kepada muslimah dan menjadi panduan kepada kaum lelaki yg nk memilih calon isteri:) suami pon kna jd contoh kpada isteri

niesz said...

takutnye, moga kite tak termasuk dalam 6 perempuan itu..

suke tgk irma n farah AF pkai tudung..comel!

sorarasyido said...

bertudung tu terus-teruskan...

Hansyirah Takezur said...

smoga kkta bukan dlm golongan tu,.amin..

qinaysf said...

sokong ape yang niesz ckap,hrap xt'msuk dlam 6 golongan tu.

Silent Thinker said...

blog kakk cantekk~
nak shre boleh ..credit to kakk nnt..~

http://safiyahezora.blogspot.com/

B33HA B3n said...

mintak dijauhkan dr 6 golongan tu...