Pemain Badminton China Terus Kaya | fasihah.com


January 24, 2011

Pemain Badminton China Terus Kaya

Salam Semua! Huhu bengang je, buat autopost,dia kat draft lah pulaaaa. Haish, patutlah tak bertukar-tukar lagi entri kat home  nie. Haa, dah tahu hadiah Lee Chong Wei berapa ribu? Kalau dah tahu tak perlu lah baca. Main badminton pun Kaya. itu pasall lah bakat kena asah. Jangan simpan. Orang mana tahu kan kalau tak dikeluarkan bakat tu. Hehe


KEJUARAAN ketujuh milik Datuk Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia dalam acara perseorangan lelaki membolehkannya meraih AS$30,000 (RM91,800) tetapi Skuad China membawa pulang hadiah lumayan RM521,424.
 
Barisan pemain negara itu menguasai empat daripada lima gelaran. China awal-awal lagi menggenggam tiga kejuaraan apabila beregu campuran, perseorangan dan beregu wanita menampilkan semua pemain negara itu.


He Hanbin-Ma Jin meraih hadiah wang tunai AS$31,600 (RM96,696) apabila menundukkan rakan senegara Jiaming Tao-Tian Qing 21-13, 13-21, 21-16 dalam masa lebih sejam pada final beregu campuran.

Biarpun bertemu sesama sendiri, pemain China tetap mempamerkan kesungguhan dengan bermain bermati-matian.


Beregu lelaki, Chai Biao-Guo Zhendong mudah menewaskan gandingan Denmark, Mads Conrads Petersen-Jonas Rasmussen 21-16, 21-14 dalam masa 40 minit.

Gelaran perseorangan wanita milik Wang Shixian yang mengecewakan rakan senegara, Wang Yihan 21-18, 21-14.

China merangkul kejuaraan keempat menerusi beregu wanita Tian Qing-Zhao yunlei yang menewaskan Wang Xiaoli-Yu Yang 21-12, 6-21, 21-17.

Sumber: surat khabar online tadi pagi.huhu

p/s: Tahniah Dato Lee Chong Wei! Uwaa...sok malam exam!!! =___=

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

biella93 said...

nak jadi pemain badminton jugakla , hehehe

FasiHaH SupiaN said...

@biella93 boleh,ape salahnye :)