Pelajar U versi "You Are Educated BUT Not Civilized" | fasihah.com


January 15, 2011

Pelajar U versi "You Are Educated BUT Not Civilized"

Salam semua. Maaf sangat-sangat baru sempat nak membalas jejak pada mereka yang meninggalkan jejak. FS baru dapat online ni. Tadi seharian full dengan kelas replacement, tutorial dan discussion. 

Hmm, penat kan jadi pelajar ni? Tapi, pesan akak-akak yang dah kerja, depa kata apa? Sebenarnya, waktu belajar inilah yang paling seronok. Nanti dah kerja, tiada life! Oh My.. Tiada life akak tu kata? Sebab kerja kerja kerja. Hmm, ok, ok, mari gunakan masa belajar sebaiknya.

Nak cerita ni, perasaan tiba-tiba rasa membuak-buak untuk balik, takut, semua ada. Tiba-tiba rasa macam. Argh kenapa "SENANG" sangat belajar ni. Itulah, malas belajar. Kan dah rasa terlampau "SENANG" kan? padan muka. Anda perlu faham "SENANG" yang FS maksudkan tu sebenarnya lawan kepada dot dot dot . .

Apapun, itulah, atas dasar ilmu yang wajib perlu dicari. Kita terus gagahkan diri di institusi masing-masing dengan semangat yang perlu utuh. Tabah dengan segala yang rintangan. Menjadikan kita manusia lebih matang gitu. hehe

Status FB Fasihah Supian pagi tadi sebelum memulakan hari yang sibuk :-

Walaupun dalam jadual,hari jumaat itu tiada kelas. Tapi itu semua dusta semata. Jumaat pun ada kelas full!
Siapa kata sabtu cuti? Tipu, ada je kelas. Haha
Moral of the story: Aku nak balik umah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =___='

Haha kesiannya. Serius nak balik. Rasa tak nak tengok buku. Ya Allah kalah dah dengan syaitan durjana! Arghh, tak pa tak pa, lagi berapa hari sahaja ye FS nak cuti mid-break.

"You are Educated but not civilized"

Huh, siapa cakap pelajar U macam itu hah? Ha, jangan tuduh aku pula. Ini lecturer FS tau yang cakap. Jangan main-main. 

Haih, sedap hati sahaja cakap kami tak bertamadun. Upss, kalau lecturer baca blog I mampus lah I nanti you!

Nak tahu kenapa dia cakap pelajar U tak civilized?

Sebab, kami gunakan lift dan tak menggunakan tangga. Aiyooo. Kat U korang, ada tak signboard depan lift mengatakan students are not allowed to use this elevator? kitorang tak boleh. Sedih kan sedih kan. Kalau kelas tingkat 4, haha panjat jangan tak panjat tangga. Huhu

Tak apalah, kena terima. Kata pelajar U educated. Nak jadi civilized, kena naik tangga, buang lemak. Dia suruh kita exercised lah tu kan. Hehe Terima sahajalah kan..

Ok, tamat cerita hari ini. Esok kul 8 pagi ada kelas. Haih, siapa kata hari Sabtu cuti? =___='

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

14 comments:

yatie's EPISODE said...

ohh.. bgtahu ur lecturer! :P

FasiHaH SupiaN said...

@yatie's EPISODE hehehe janagn lah u..nanti I kena dissmiss lak..hehe

CIK TOM said...

good luck in ur study ye yunk!!

zahra pazim said...

wah cik seha.. busynya dia. tapi betul la. ramai yg cakap time kerja nt tak best dahhh. ssah nak enjoy. so let's enjoy the student life! :)

Muhammad Hamidi Zamri said...

wait2.. kn depan lift 2 ada tulis, hanya untuk yg mengandung, tua, OKU, angkat barang... student mane boleh pakai.. isk3..

sissyira said...

salam

hargailah masa belajar,
nanti dha kerja,
rasa nak nangis o...rasa nak p belajar balik..heheh

Adil said...

oh ni kes lif dgn tgge la ni

FasiHaH SupiaN said...

@CIK TOM tq my dear cik tom!!

FasiHaH SupiaN said...

@zahra pazim hehehe lets enjoy together gether lah cik timmy! :)

FasiHaH SupiaN said...

@Muhammad Hamidi Zamri ok..ye encik hamidi...fine.....harap anda juga menaiki tangga bila naik ke tingkat 4..

FasiHaH SupiaN said...

@sissyira hehe itu kata senior....dah memang betullah tu..belajar lagi best dari bekerja...hehe

FasiHaH SupiaN said...

@Adil kurang lebi macam tu lah kot dil..

Nurhafizah Shafri said...

"can u come out, and take a look at tis notice?"....terngiang-ngiang beb! hahahha...tp kan...cer tgk balik notis tu...tgk btul2 yeaaa^_^

aQi + GenGkey said...

uiks..ade mcm tu lak ke lift tu..??
request la eskelator tuk student kalo camtu..
ahax..:D