Keputusan Rasmi: Pasukan Kami Kalah! Alhamdulillah.. | fasihah.com


January 11, 2011

Keputusan Rasmi: Pasukan Kami Kalah! Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari kelas UBS. Petang tadi balik kelas terus pergi Female Sports Complex untuk perlawanan Ping Pong Peringkat UIAM (Perempuan) mewakili Mahallah. Semalam peringkat saringan. Alhamdulillah dapat masuk ke peringkat Suku Akhir. Tadi. Sebelum itu, boleh rujuk cerita yang sebelum ni yang kat sini kalau blur. hehe

Secara rasminya. Pasukan aku? Kalah. Alhamdulillah. Kalah sebab apa? 
  1. Sebab dia nak suruh kitorang buat assignment lah tu. 
  2. Nak suruh kitorang belajar. 
  3. Nak suruh kitorang berlatih sungguh-sungguh lepas ni. 
  4. Nak suruh kitorang asah lagi skill. 
  5. Nak suruh kitorang lantik seorang coach pasukan. 
  6. Nak suruh kitorang jangan buat training last minit. ha banyak nya.
Itulah antara kelemahan kami mungkin. Kami juga berjumpa dengan wakil MASUM. Memang hebat-hebat belaka. Padahal kami? Berlatih pun dekat nak USC baru cari pemain. Kalau tengok mereka yang mewakili MASUM memang semua hebat-hebat.

Kata seorang daripada kami, "dia hebat bukan semulajadinya hebat. Tapi dia hebat kerana dia usaha dan berlatih menjadi hebat".

yup, benar bukan? Nak hebat bukan lahir-lahir terus boleh main ping pong bola spinning. Semua itu perlu belajar dan perlu ada yang ajar. Semua itu perlukan kerajinan dan kesungguhan. Matlamat sahaja tanpa usaha sama dengan menanti buah yang takkan jatuh. Kita tak boleh bergantung hanya pada nasib. Ya, aku sedar itu.

Walaupun mereka MASUM, mereka hebat, tapi kita juga boleh jadi seperti mereka. Tak mengapa kalah hari ini. Sebab kalau semua orang nak menang siapa yang nak kalah bukan? Jadi, biar kalah hari ini. Gagal hari ini bukan gagal untuk selamanya kan?

" Verily after each difficulties, there is a relief :) "

Ingat, jangan mudah putus asa! ;)

Terima kasih kepada semua pemain pasukan Nusaibah kerana telah buat yang terbaik untuk team kita, untuk Mahallah. kalah tak mengapa. Ada team yang lebih dahulu kalah daripada kita. Mana-mana kerja yang tak siap tu boleh lah siapkan. Team Manager dah tak sibuk-sibuk nak mesej suh datang training dah pas ni. Hehe





TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

kiwi said...

x pe..nti len kali bleyh msuk la..kiwi lg la x reti nk main lgsung..hihi

FasiHaH SupiaN said...

@kiwiheheh takpe..kiwi mesti terror main benda lain kan..;)