Weekend Holiday Itu Satu Penipuan | fasihah.com


January 23, 2011

Weekend Holiday Itu Satu Penipuan

Salam semua. huwaaa! Dapat online kejap! hehe rindu kat blog. *wink wink! ;)
Update lah kejap.

Korang buat apa cuti hujung minggu macam hari ni? Dah makan tengah hari? Keluar shopping ke? Pergi picnic ke? Pergi wayang? Atau berprogram bersama masyarakat? atau mungkin berBBQ bersama kawan? Atau main golf? Atau.. menidurkan diri tak sedar-sedar? Hehe jangan keterlaluan ye! Hiperbola itu! ;)

Apapun, apa yang kita buat tu, kalau boleh biar ada faedahnya ya. Jangan membuang masa. Eceh. Cakap macam aku baik sangat je lah kan. Tak lah. Sama-sama ingat mengingati. kan kan, korang semua baik-baik, FS tahu tu. ;)

Izamir Ridzwan kata, hari ahad ni tak ramai orang online. Ha, mungkin lah kot, sebab masa ni lah nak habiskan masa dengan family and so on kan. Fs je, terpaksa lah habiskan masa dengan roomates, terpaksa buat-buat depa macam family gak. Rindu family woo [homesick! tett! hehe ]

Ni nak cita sini meh. Apa perasaan anda bila cuti anda terpaksa diganggu dengan benda lain? Macam, patutnya pergi picnic dengan family, alih-alih, kena ganti shift kawan kerja pulak kan? Grr.. panas je kan?

Tak pun, dah masuk kereta, nak pergi shopping dengan anak-anak ke, dapat call kena masuk kerja. uhuii lagi lah..
macam..
sabar-sabar..


Decision Science Mid-term Exam

Itulah kisah FS hari ni. Patutnya cuti. Orang kata Ahad Public Holiday kan? Haha

FS baru balik daripada Dewan Utama, ada exam Decision Science. Siapa tahu apa Decision Science? Haa angkat tangan!
Senang ke tak ye?
Entahlah, jawapan yang tepat mungkin ini,

"Kalau senang, buat apa nak belajar dan susah-susah jawab exam kan?"

Soalan dijawab dengan soalan untuk mendapatkan jawapan.

Maka, nak marah ke kat U sebab buat exam hari Ahad?
Nak marah kat Lecturer, course coordinator ke?
Nak marah kat Kuliyyah Economy?

Kalau marah tu macam tak berapa professional. Betul tak?

Sebab apa? Kita belajar, kalau nak berjaya, kenalah wat cara nak berjaya. Tak perlulah nak tension kena kacau hari Ahad ke apa ke kan?

Take it or leave it!

"Orang nak berjaya akan cari penyelesaian, tapi oarang yang tak nak berjaya akan mencari sejuta alasan"

Fikir balik lah kan, kalau lecturer pangkat Prof Dr boleh korbankan hari Ahad datang bekerja untuk kita, kenapa kita yang pelajar tak ada pangkat apa-apa pun nak banyak songeh sangat. betul tak?

Mati ke kalau jawab exam hari Ahad? Tak kan..

Lagipun, ini juga satu latihan untuk diri kita sendiri sebenarnya untuk masa hadapan. Andai kata 1 hari nanti kita dapat kerja yang On Call, tapi gaji banyak. Nak bagi alasan ke kalau ada orang cedera parah kena buat pembedahan. ANda masa tu tidur, lepas tu boleh ke senang-senang bagi alasan tak nak buat? Itu lagilah, berkaitan nyawa kan?

Sebab itu, dalam kehidupan seharian ni, jangan selalu merungut. [Eceh macam aku tak pernah merungut]
Tidaklah, kita sama-sama beringat kan.
Merungut tu tak dapat apa-apa pun.
Muka tak cantik ada lah kalau merungut kan? hehe;)

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran." (103:1-3)

La Tahzan! huhu

p/s: Abah! Cik tahu abah rindu cik kan? huhu nanti minggu depan cik balik ye. T___T [ gaya macam abah baca blog aku =p ]

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

12 comments:

wida said...

good luck for the exam..rindu wktu study kat uitm dulu :)
tq singgah blog sy

Adil said...

so conclusionnyer
nk bwt cam ne , dah x de rzeki nk cuti , dtg je la
wu.. gudluck hehhe ;D

FasiHaH SupiaN said...

@wida huhu biasalah tu bila dah keje rindu nak study lak kan..:)

FasiHaH SupiaN said...

@Adil haha terime je la adil....

Cempakamelati said...

Moga dapat jawab dengan baik.

areripe said...

chill la ahad ja pun.
btw, good luck with your exam

p/s:
Harus Baca: AMD VS Intel

FasiHaH SupiaN said...

@Cempakamelati mekasih :)

FasiHaH SupiaN said...

@areripe yolah chill..huhu

niesz said...

take it..hehe..xpe, time study kite study btul2..nnti da abis blaja ley enjoy puas2..hehe..

FasiHaH SupiaN said...

@niesz hehehe yeke habis study ley enjoy niesz? :)

zahra pazim said...

wah seha, mesti jwb sambil pejam mata je kan.hehe.all da best seha!! :)

FasiHaH SupiaN said...

@zahra pazim teem ar yg jawab pejam mata je kan..........