Borak-Borak : Cikgu Sekarang Tak Macam Cikgu Dulu | fasihah.com


July 8, 2011

Borak-Borak : Cikgu Sekarang Tak Macam Cikgu Dulu


Petang uollzz. Semua teruja ek tengok kucing-kucing tu? hehe Baru lahir. Nama tak de lagi? Ada idea nak bagi nama apa? Oklah, nak santai-santai lah petang ni kan. Hari tu, borak-borak ngan member sorang ni, dia ambik Ijazah Pendidikan Sains Rumah Tangga. Borak punya borak, dia cakap ni..

Aku tak fahamlah sistem pendidikan sekarang ni. Dahlah cikgu banyak pergi kursus. Mesyuarat sana, mesyuarat sini. Dulu tak pun. Tapi budak-budak dulu cikgu-cikgu tak pergi tu semua baik-baik. Ko tengok budak-budak sekarang? Cikgu entah ke mana, anak murid entah ke mana, dengan anak-anak dia pun entah ke mana.

Bila aku dengar pun, aku terus, hmmm. Memang betul, cikgu sekarang, asyik-asyik kursus. Ni kira luahan hati matika jugak la ni. Sebab dalam kalangan keluarga aku ni pun, ada yang jadi cikgu. Kadang tu, cikgu kindergarten je. Habis patut pukul 11.30. Tapi balik dekat pukul 2 petang. Nanti sampai rumah belum panas punggung, dah kena keluar balik, mesyuarat pukul 3. Balik dah petang. Nasib baik, ada penjaga yang tolong jagakan anak dia.


Kadang mak aku bising, cakap apa? "anak murid kat sekolah diajar, biar jadi pandai, anak kat rumah, balik dah penat, nak belai pun tak sempat."


Kursus pulak lebih daripada sekali dalam sebulan. Aku bukan apa, kadang kesian kat anak-anak cikgu ni. Tinggallah dengan penjaga, dengan nenek. Dengan usu yang comel. haha Kalau cikgu-cikgu ni berkursus waktu cuti, anak-anak mereka lah yang jadi mangsa. Makan tak terjaga, rumah tak terjaga. Pulak kalau dapat suami isteri sibuk. Aduhai, duniawi..


Kalau kursus waktu sekolah pulak, tambah lagi golongan yang terabai, iaitu, anak-anak murid. Tapi dah habis kursus nanti. Mereka pulak kena push. Contohnya, untuk UPSR, PMR, SPM. Sebab? Nak capai target.

Sekolah mensasarkan peratusan lulus dengan cemerlang PMR tahun ini dengan mendapat keseluruhan matapelajaran A ialah 80%.

Dah, budak-budak tu pun kena work hard. Mereka diajar untuk kejar A. Niat dah salah. Belajar untuk menuntut ilmu, bukan semata-mata nak A. Terbaca satu quote di forum halaqah..

terlalu ramai umat islam di akhir zaman ini..
terlalu pentingkan pelajaran...
tetapi bila anak2 tidak bersolat dan berpuasa...
sebaliknya berlaku...
bila anak kurang berjaya...
maka berbagai2 kaedah di buat agar dapat ke menara gading...
tetapi bila anak tidak bersolat ..
kebanyakkannya...ambil endah tak endah....

Kalau ada guru yang membaca, saya tahu, anda semua bijak menguruskan masa bersama anak-anak. Saya tahu, yang baca blog ni pun semua baik-baik. Tak macam itu kan? :) 

Teacher by lachosyamatoo

Dalam meniti kehidupan duniani, biarlah seiring. Bila mak cakap kat anak-anak mak yang mengajar, mereka kata, "nak buat macam mana mak, kitaorang ni orang bawahan, dapat notis kena pergi situ, pergi sini, kadang tak ada pun dia bagi claim ke apa. Tapi dah ini tugas, nak sara anak-anak, kalau kita tak ikut, nanti kena buang pula. bukan senang nak cari kerja."


Betul, aku setuju. Sekarang ni, bila kita di bawah, kita terpaksa ikut sahaja suruhan orang atas. Walaupun kadang-kadang tertindas. Tapi, apakan daya, dalam mencari rezeki perlukan pengorbanan. Kita pulak bukannya menteri yang dapat gaji berpuluh ribu sebulan. Kita ni kuli..


Teringat subjek Principle Microeconomics, GDP doesn't measure happiness. Negara hanya mengira keuntungan dalam negara, domestic, kebangsaat, net domestik, tapi ekonomi tak mengukur kebahagiaan seseorang. Cukupkah masa untuk keluarga. Dia tak kira black market. Seperti keuntungan dadah, keuntungan pelacuran. Itu tiada. Sebab itu banyak negara maju, mereka workaholics. Tiada masa untuk bersama keluarga. Tapi, masih berasa syukur, di Malaysia, ada lagi cuti-cuti umum yang boleh diisi dengan keluarga.


Tak boleh nak salahkan cikgu kalau anak-anak tak pandai. Tiada cikgu, tiadalah peguam, doktor dan sebagainya. Tak boleh nak salahkan cikgu kalau anak-anak biadap. Sebab, bagi aku, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Maksudnya, ibubapa memainkan peranan penting.


Anak-anak lahir ibarat kain putih bersih, ibu bapa yang mencorakkannya sama ada islam atau tidak. Apapun, dalam menyelesaikan urusan dunia, akhirat jangan lupa. Sibuk dengan dunia, jangan sampai solat ditinggalkan. Rezeki untuk anak-anak tu, halal haram ibu bapa yang tentukan, kalau kerja curi tulang, agak-agak berkat ke tak?


Alamak, terpanjang. Huhu sayangi anak anda sebelum mereka bertindak di luar kawalan. ;)
Maaf, penggunaan aku pada yang lebih berusia. =.=''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

21 comments:

suhaili sarif said...

betul 2 dik non
kursus, bengkel memang macam2
akak tiap2 bulan kena gi kursus kat ipg islam bangi..
pastu setiap hr selasa kena gi bengkel program native speaker kt sk bandar banting.hehe
akak x kahwin lagi pun da rasa penat.
yg dah kahwin mmg semua terasa penatnya.nak uruskan anak balik skola la,masakla itu ini
waa mak usu ni memang baik \,pndai jaga anak2 buah.hehe

syarifahsidrus said...

kesian cikgu2 sekarang ni. sibuk melampau2. weekend pun kena kerja juga. teringat cikgu2 kat sekolah dulu..
huu

::blog anak jawer:: said...

sempat lagi tu yek usu yang comel...hehe...

tu la... kadang2 jagual sklh pack betul... budak2 rushing balik sklh makan then nk kne g lagi... kdg solat pun laju je... nk kejar masa punye pasal...

JIJI YU said...

hurm2..pendidikan awal bermula dirumah..tapi mmg betol le..bz kot sekang ni..sebbek aku reti mencilok

FasiHaH SupiaN said...

@suhaili sarif kalau dak2 demam? siapa yg demam sekali??huwaaaaa

FasiHaH SupiaN said...

@syarifahsidrustahu takpe fatin......kalau single ok lah...lau da kawin tu...hailaaa

FasiHaH SupiaN said...

@::blog anak jawer:: cikgu dan sekolah..ok2 ade kena mengena..komen sal cikgu nye mane zul???hahaha


yela, usu yg comel, mesti....

FasiHaH SupiaN said...

@JIJI YUtu pasal lah....ko tak kawin lg ok lah jiji, yg dah kawin tu??cemane ceritanya??xcukup kasih sayang dah aku nengok..

sergeant keroro said...

panjang, tapi banyak input :)

nice explaination.

ibubapa peranan paling besar, jangan duk tuding jari kalau diri sendiri tu pon masih tak berapa nak betul

fa-in said...

bak kata ini: rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..eheh

Hamba Ilahi said...

dunai akhir zaman..bukan cikgu saja. kadang-kadang kerja apa pun masa seharian singkat sangat.

bukannya masa jadi singkat, tapi keberkatan masa yang mula hilang daripada kehidupan manusia.

er, saya nak tanya blog ni ada buat teknik apa2 ke sebab kadang2 ertikel dah post 5,6 jam tiba2 naik kat bloglist update 5 minit lepas.

fahamkan soalan saya ni?

al_hakim said...

haha..dasyat kak..

aimie amalina said...

hee..~ x pe..celoteh pnjang2 yg mmbwa input ~ norma khdupan skrg kan ~ moga, sume pihak sedo la demgam bende yg tecik ni ^__^

Sunah Sakura said...

segannya nak komen bila tengok semuanya cikgu cikgi yang awal2 komen tu..ekekeke...

pha is said...

kesimpulannya, semuanya disebabkan sibok. cikgu sibok menyuarat, ibubapa sibok kerja, anak2 terabai. lepas tu mcm mna tak kena sindrom KKS (kurang kasih sayang)... hehehe

GaRy™ said...

memang dah banyak perbezaan pun skarang... gary pun ada buat entri pasal ni gak.. tengok kat sini:

http://garyasip.blogspot.com/2011/06/pendidikan-dulu-dan-kini.html

cik pulau said...

bakal guru..
hopefully dapat bahagikan masa bila jadi cikgu kelak..^^,

Siti Safiyyah said...

masa skola dulu, paling tak suka kalo cikgu kene kursus la hape sume tu. sebab bila cikgu kene kursus, mesti banyak bab2 pelajaran yg tertinggal. sob3

Hans said...

betul weih
aku simpati dengan guru2 skrg
kursus banyak
kerja banyak
anak murid perangai sekarang pun dasyat2
perangai mak ayah lagi
kesian diorang

Racun Serangga Terbaru - Hansect

airaniez wirdani said...

Sokong!
My mum dah berpuluh tahun jadi cikgu.Kehidupan cikgu zaman sekarang dan dulu memang berbeza. Tak caya cuba tanya *pak menteri pelajaran*.haha

Siti Arfah said...

Cikgu juga manusia biasa, spt kita. Tnp cikgu x mungkin kta punya ilmu yg tnggi . Cikgu sgalanya . Sama2 kta doakn cikgu2 di dunia ini tabah jalani hari2 yg mendatang. Amin. :)