Ada Orang Masuk Merisik .. | fasihah.com


July 5, 2011

Ada Orang Masuk Merisik ..


 
Wahh, hari ni betul-betul dilemma. Sampai kan nak tulis bercita tertulis bercinta. Sebab banyak sangat cinta beberapa abad yang dekat ni. Jadi entri sebelum ni sebenarnya, Dilemma Dalam Bercinta. 'n' disitu perlu dibuang. hehe Sengaja je lah tu. =D


Best juga bila sesekali membuat orang 'blur' eks? Jangan marah kawan-kawan. Awak semua tetap Ohsem!! (baca awesome!)


So, ni cerita dia, pagi tadi, ada kawan mak aku datang. Punyalah ramah bercerita ni kan. Mementanglah kawan, dia pun mengatakan hasrat dia.


"Macam ni lah kak, saya datang ni, nak merisik anak akak tu.." kata kawan mak aku.

Mak aku pun tenang je, disebabkan anak dia tu ada laki dan perempuan, mak aku pun selamba dek je tanya, "nak merisik yang mana 1? Yang lelaki ke yang perempuan?"

Oh my, masa ni aku dok pasang telinga jah, dalam hatu, "ah sudah kalau aku, tak kan lah mak aku nak terima lak?". Tetiba macam perasan plak. Padahal, siapelah nak kat aku ni kan. hehe

Kawan mak aku pun jawab, "anaknye yang perempuanlah. Boleh ke?"

Fuhh berdegup laju jantung kau! Terasa jam berhenti  berdetik. Angin berhenti bertiup. Terang menjadi gelap. Tengok laptop pun jadi hijau biru hijau biru. Harulah..

Mak tanya, "merisikkan apa ni sebenarnya?"

Fuhh kembali ke alam nyata. Tenang, tenang..

"Kawan saya kat Salak Tinggi tu, ada buat Pasti, dia kekurangan tenaga pengajar. Dia nak sangat saya carikan orang. Jadi saya ingat nak suruh anak akak." jawab kawan mak aku.

haaaa ajar bebudak. =.=''

"Kat Salak Tinggi? Jauh tu. Dia bukan ada kenderaan nak pergi. Kalau dia nak bawa kereta kancil tu, nanti ayahnya macam mana." Tambah mak aku.

"Tak apa kak, kat sana ada rumah dia boleh duduk. Lagipun senang kan tak payah ulang alik."
 jawab beliau.

"Rumah tu nak bayar sewa lagi. Makannya macam mana?" lagi tanya mak aku.

Fuh sampai akar umbi mak aku tanya.

"Tak apalah, makannya pandailah berdikari, agaknya adalah tu nanti." kata beliau lagi.

Aku dengar je. 

"Macam nilah, cuba tanya sendiri kat Tuan empunya badan." mak aku bilang.

Mak aku pun panggil aku. Aku pun jumpalah kawan mak aku tu. Dia pun beritahulah butir-butir tadi.

Mak aku tanya lagi, "nanti dia nak duduk dengan siapa? Nak pergi dengan siapa?"

"Kalau nak pergi, petang ni kalau boleh dah pergi,saya boleh hantarkan."

Aku masih diam. Teringat prinsip aku sebelum cuti untuk kerja dekat-dekat sahaja sambil-sambil tu boleh tolong mak abah kat rumah.

"Seha, ni jihad ni. Berjihad ni umpama bintang-bintang yang ada di langit. Bersinar-sinar cahayanya. Kita jangan harapkan gaji sangat, ni pengalaman ni." Tambah kawan mak aku lagi.

Dalam hati, ye jihad.. jihad juga, tapi kalau mak aku kena bagi duit makan, sewa rumah sebab elaun tak cukup. Dah sama menyusahkan mak aku jugak. Kalau keja dekat-dekat, tak ada duit, balik, makan kat umah. Tak perlu keluar duit. Monolog aku dalam hati.


"Tak apalah, seha fikirlah dulu, wat istikharah. Nanti petang ke, esok pagi-pagi beritahu acik, kawan acik ni nak cepat." Katanya.

Haa tu lah yang sebenarnya. Yes or No. huhu

Bila mak tanya, "Nak kerja tak?"

------> "entah"

"Mak tak paksa, tak suruh pergi dan tak ada tak bagi, kalau nak, pergilah. Tapi kalau duduk rumah pun, nak makan apa, makan, nak duit, nak keluar gi mana-mana abah bagi. Berapa sangatlah nak guna duit pun. Kalau dekat dengan rumah senanglah..."

Dalam hati, "haha..mak kata tak de tak bagi pergi, padahal jawapan tu nampak sangat suruh tak yah pegi."

Lalalalala......"tak nak lah. tak pegi."

"Nasi dah siap. Jom makan, aisya, kakak, adik, nak pi sekolah petang jap lagi." gaya seorang usu yang menjadi suri rumah yang berdedikasi. hehe



p/s: alhamdulillah, kilang kerepek kat kampung pulak call tak lama tadi, suh masuk kerja. huhu Allah memakbulkan doa mak saya kerja dekat2. see? Doa seorang ibu tu makbul tau? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

13 comments:

Sunah Sakura said...

ahahah...nape ye baca pagi tadi akak pon rasa alang akan mengajar kat pasti... tapi tak terkeluar dalam komen... heheheh

FasiHaH SupiaN said...

@Sunah Sakuratu maksudnya angah pun lebih kurang macam mak kitew letew....hehehehe

fa-in said...

wahh dpt keje dahh..tahniah2!

aimie amalina said...

ooooo...ini citenye..heee....so...dok umah ngn mak la ni..hiiii =.<

niena shopping2u said...

erk.. igt org nk masuk merisik (tunang tu) hehe..

mak sayang tu :)..dia xnk ckp jgn pgi nnti anak dia terperasan lak hehe...hakikatnye dia xmo ank dia dok jauh ngan dia

SoLy SoLicious said...

owhh..ebetol jugak mak awk...kene tgk atas kmpuan nnti,rumah tmpt tnggal cm mn, mkn mnum,...

bersama kak Es said...

rasa2 mcm dah kena merisik betul2 dahhh tadi hehe

Siti Arfah said...

Wah ni la mksudnye. hehe. Then kalo sy pn syorkn awk xyh pegi juga. hehe. Pstu ha,ah doa ibu mmg makbul. Slmt bkerja nnt. :)

CikMiMiey said...

Alhamdulillah .. rezeki ade di mane mane dan doa ibu mmg doa yang paling mujarab :)

syarifahsidrus said...

doa ibu tu makbul~~betul3

MUHAMMAD HARITH RAMLAN said...

hahaha... mcm ni pn bley ek.. ingat btl ade org nak merisik td.. msih ade chance la ye.. ;) nway, tahniah dpt keje.. bz la dye lps ni..

Munna said...

seronoknya kalau kerja ddk sekali dgn mak....berbakti dgn mak lebih bsr pahala jihadnya....^^

Nini Hartini said...

hehehe... setuju lah. Sama2 jd cikgu pasti mcm akak :)

akk pn xde pglmn, x tau mengajar budak. tp Inshaallah, dlm x tau nk jd tau lah.


Pengalaman bergaduh dengan pensyarah
.