Pertukaran Jantina : Aleesha Farhana, Dia Ayu Kan? | fasihah.com


July 20, 2011

Pertukaran Jantina : Aleesha Farhana, Dia Ayu Kan?

Patutlah entri yang ni laku je hari ni. Baca paper metro tadi pagi pun lupa nak update. Hurm, tapi bila baca citer dia ni kan, rasa kesian pula. Kesian kat keluarga dia, lagi-lagi mak ayah dia, mak ayah dia tak nak dia jadi macam tu, tapi lagi kesian bila ada mulut-mulut yang cakap macam ni, 'orang macam ni,mati lebih baik' ngee ce kita jadi mak ayah dia, ape perasaan??


Serius, memang tak nampak kelelakian dia. Ayu..






Masa baca paper tadi, mak den pun tak sangka dia lelaki u! Keputusan mahkamah yang menolak permohonan Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, untuk menukar nama dan juga jantinanya di kad pengenalan menjadikan kesnya agak panas diperkatakan di warung-warung kampung, forum-forum, makcik tepi jalan, jiran sebelah menyebelah, bloggers, lagi hot agaknya kelab-kelab lelaki yang menyerupai perempuan agaknya?


Hurm, korang dah baca berita dia belum ni? Jangan terus membuta tuli mengutuk. Ngee, kesian kat mak ayah dia, sampai mak ayah dia kata apa? "Ambil nyawa kami dahulu". Kita ni suka nau menghukum orang, kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita pun tak faham hukum. Tapi main sebut ja orang tu salah, patut kena pancung, bla bla blaa..


Sebelum tu, nah baca ‘Ambil nyawa kami dulu’.


Aku tak layak nak ulas benda ni. Pi tanya ustaz, ulama', jabatan agama. Serius kesian. Kesian kat mak ayah dia, lagi kesian kat Asyraf tu. Masyarakat menyisihkan dia. Korang dah baca? Mak ayah dia bukan nak dia jadi macam tu pun. Lagi kesian bila rekod kesihatan dia menyatakan hormon perempuan lebih banyak dalam badan dia. Dari bayi lagi kot..


Cer kite letak diri kita kat tempat dia, tak ada kawan, tempat berlindung, mak ayah pun buang dia. Cer kita amik contoh senang.


Adik kita seorang yang suka berjudi. Sebagai abang, sanggup ke kita nak biarkan dia terus bergelumang dengan dosa? Sanggup ke kita tengok dia mati tanpa bertaubat?

Itu sebagai abang. Cuba sebagai mak ayah, kita mestilah nak anak kita soleh, doakan kita bila mati kan? Ce fikir, ce fikir..

Think twice by *davespertine

Dah habis pikir dah? hehe Kita doakan dia jelah, semoga Allah berikan jalan terbaik untuk dia. Semoga Allah kuatkan hati mak ayah dia. Tak kesian ke kat dia? Kesian tau sebenarnya bila nampak lelaki2 dah tak serupa lelaki, kan bakal-bakal imam tu?




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

12 comments:

syarifahsidrus said...

banyaknya cerita pasal dia harini. hehe..tapi betulla, masyarakat kadang2 hanya tahu mencela, mencaci. tanpa terfikir nak cuba menyelami apa yang jadi sebenarnya. dah tak tau nak salahkan sape

Hamba Ilahi said...

kesian memang kesian..
nak salahkan dia seratus peratus takleh gak..

suma orang ada saham sebenarnya..

suhaili sarif said...

kalah akak.akak pun x ayu mcm ni

betul 2 dik.kalau kita cerita keburukan org,ape perasaan org sekeliling dia..
akk pernah rasa keadaan sakit hati bile kwn kita kena caci.kesian sgt2..tp bukan kes mcm ni la.kes gado2 mulut.hehe
itupun akk sedih sgt2 sbb kwn kta kena tindas..
kalau bnda cmni jadi kt family sndr,nauzubillah

cayang GIRANG muahx muahx said...

jom join my GA => http://cayanggirangmuahxmuahx.blogspot.com/2011/07/girang-1st-giveaway-for-muahxs.html

arap sudi join k. :D

H.J said...

apa-apa pom..dia still ayu..ehehe

aimie amalina said...

betol~ mane2 cite pasal ni jek ari ni...hehehe..

aduhai~ biar Tuhan selayak memberikan pape kpd hambaNya

NURUL NADIAH MAMAT said...

moga Allah menunjukkan jalan yg terbaik untuk dirinya..

::blog anak jawer:: said...

mmg dah tak nmpak kelelakian nya... semua dah mcm perempuan...siap bertudung pulak tu... orang perempuan tulen pun ade yg tak bertudung...

mintk di jauhkn la dri jadi mcm ni...

Acik said...

semoga hatinya terbuka dan dia kembali ke jalan yg benar. Amin

GR said...

sebelum kritik, cari punca permasalahan dulu. seeloknya kita mendoakan yang terbaik :)

Sunah Sakura said...

tadi baca kat blog penulis senja.. ermmm... moga dapat hidayah..

sergeant keroro said...

semoga dia kembali ke jalan yang benar.

p/s : tapi lau dia jadi laki, susah gak. sebab dia dah buat pembedahan jantina.

kesian kat parent dia, kesian kat dia jugak