Lawak Budak Kecik Versi Monyet dan Kera | fasihah.com


June 18, 2011

Lawak Budak Kecik Versi Monyet dan Kera

Assalamualaikum dan selamat malam buat pembacawan dan pembacawati yang budiman juga hartawati. Ok, nak relax-relax santai je malam ni. Korang tahu tak? Sekarang ni banyak haiwan yang dah kehilangan tempat tinggal. Jadi mereka terpaksa merempat mencari tempat baru. Tapi kat kampung aku ni memang ada monyet lah rasanya. Kampung kan ada hutan. Jadi tak lah pelik sangat.

*Awas entri ini ada berbaur kebinatangan sedikit.

Eh, tapi betul, korang jangan berani-berani dengan monyet. Depa ni, ada keluar paper merupakan haiwan pembawa HIV dan pelbagai penyakit. AKu tak ingat surat khabar bila. Korang carilah sendiri. hehe 


Jadi, malam ni aku nak kongsikan 1 kisah monyet kat belakang rumah pak ngah aku. Kat rumah aku tak ada dah, dulu ada, semenjak pak long sebelah umah pura-pura bawa senapang nak tembak dia, semenjak tu kitorang dah tak nampak monyet-monyet ni berkeliaran dekat kawasan rumah aku. Tapi kat rumah pak ngah aku ada. Jadi, memperkenalkan, watak Monkey Ozawa. (ops, Ozawa? Bukan Maria Ozawa Ok)

Aku Monkey Ozawa, Ada gaya professor tak? haha

Di suatu pagi yang tenang. Pada cuti sekolah yang lalu. Ijam anak Pak Ngah  yang muka macam Aaron Aziz sedang menonton tv. Pagi itu Pak Ngah hendak pergi kerja, maka dia pun berpesan kepada anaknya.

Pak Ngah : Ijam, abah nak pergi kerja ni. Cuti jangan nak pergi mana-mana. Jaga ayam, pokok-pokok tu jangan sampai monyet ambil. Sampai abah tahu ko tak halau monyet tu, habis semua telur nanti, siap lah.

Ijam ni pun, faham-fahamlah. Budak-budak, cuti mana lah nak duduk rumah. Jadi dia pun mendapat akal. Tips untuk menghalau monyet daripada datang semula ke tempat kita.


Dia nak lah keluar jalan-jalan jumpa kawan-kawan. Pulak, abah dia suruh jaga rumah. JAdi, dia pun memulakan plannya.


Mula-mula, dia pergi petik sebiji betik di belakang rumahnya. Kemudian, dia pergi petik cili yang banyak. Dia ambil lesung batu, dia tumbuk kesemua cili tadi. Betik yang diambil tadi, dilubangkan sedikit dibahagian atas. Dan, masukkan kesemua cili tadi. Pastikan cili-cili yang dipetik tadi mencapai tahap yang paling optimum.


Kemudian, si Ijam ni, pergi kat pokok betik tu, dia letak betik tu kat bawah pokok. Monyet ni, dia licik tau. Kita kat dalam rumah, dia datang tanpa sebarang bunyi. Tapi nanti bila kita keluar, bila tengok, habis semuanya.


Jadi entah bila monyet ni datang, dia makan betik tadi tu! haha Terus tak muncul-muncul. Bila si Ijam cerita, semua dok pakat gelak. Mana taknya, tak boleh bayang macam mana reaksi monyet tu. Orang kata, monyet kalau makan pedas, telinga dia berasap!


Kesian monyet2 tu. Mesti pada awalnya dia dah kesukaan dengan memanggil kawan-kawannya bila nampak ada betik besar. hehe Maka buat beberapa ketika dia memang tak berani datang dah. Takut termakan cili lagi barangkali! habis nanti berasap! Jadi berduka citalah monyet-monyet tadi.. Tapi kalau boleh janganlah seksa binatang tak berdoasa ni ye. Peace yo!



Kalau suka, boleh like. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

haha..boleh cuba praktik kan ni..monyek liar kt kg tu pn dh naik lemak dok curi telur je..hehe

SoLy SoLicious said...

hahah...idea cun2.... kat ukm ni bnyk sungguh monyet haaa....

Nurul Jannah said...

hhaha..bernas tol :D

Unknown said...

ahah aku tak pernah jumpemonyet

merahitujambu said...

ahhahaha..cian..tapi elok gak kena..baru beringat ckit monyet2 tu..kalau kt kg nenek saya..habis lektrik dia putus2 kan..buah x sempt nk masak dh habis monyet2 ni keje kan..haish...!

Sunah Sakura said...

adoiiii... nakalnya ijam ni... kesian monyet.... huhuhu.. tapi kalo tak wat gitu, cane nak bagi dia tak datang kan? haha~