Kelebihan Bulan Rejab | fasihah.com


June 2, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Doa bulan Rejab

Assalamualaikum gadis manis dan jejaka comel. Buat pembaca budiman. Hari ini 1 Rejab 1432 hijrah bersaman 2 jun 2011 masihi. Kita selalu ingat hari ini berapa haribulan masihi, tapi berapa tarikh Islam? Kita selalu lupa. Same goes to me, very sad day, dah breakfast baru perasan today is 1st Rejab. Diucapkan syabas dan tahniah kepada yang berpuasa hari ini. Banyak fadhilat Bulan Rejab ni.


Jangan lupa membaca doa di atas. Alhamdulillah, masih diberikan peluang kita untuk berjumpa Rejab, berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pula. InsyaAllah. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. 


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


.: Kelebihan lain bulan Rejab :.

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

.: Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab :.

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

.: Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab :.
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


Jangan kita asyik dengan urusan dunia, akhirat kita lupa. Mungkin kali ini sebagai titik permulaan baru untuk berubah? Kita hidup tidak lama, entah kan esok Allah menjemput kita, takut amalan tiada pula sebagai bekalan, bagaimana?


Jangan tunggu tua untuk berubah, kerana mati itu bukan tunggu kita tua. The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. -Hlovate. Seorang lelaki yang membuat keputusan untk berubah pada pukul 12 meninggal pada jam 11. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

betul...sgt banyak fadhilat bulan rejab ni...

-Yok mampir diluk = menangis dalam panggung sebab tengok nurkasih...

Mohamadazhan.com said...

salam kak.hehe

info menarik ni! esok pakat puasa sunat...moga umat Islam menggunakan peluang ni untuk beribadah..

tak lama lagi ramadhan...

Kisah Sayyidatina Aisyah R.A | Aisyah Pernah Difitnah Oleh Kaum Munafik