Nora Elena Episod 15 | Download Link | fasihah.com


June 2, 2011

Nora Elena Episod 15 | Download Link

Assalamualaikum. Selain Aaron Aziz, ada yang lagi sorang yang popular. Cuba tengok dia, ada calon-calon lelaki idaman tak? Pergi ke sini. Tak adalah, dia pilih aku jadi blogger pilihan. Mana tak suka, sebab.. blog aku ni.. tak ada apa lah yang special, blog dia hebat. Opss, sorry, terkeluar tajuk asal.


Ok ok, mari, ini download link Nora Elena Episod 15. Kalau nak download daripada episod pertama, terus pergi ke sini. Hari ni nak buat review ke tak ye? Tapi sebelum itu, tadi pergi page Nora Elena Slot Akasia Tv3 kat Facebook. Hari ni bertambah satu lagi watak yang membuatkan hati penonton panas. Watak Eid dan semestinya Yvonne masih mengekalkan carta sebagai watak yang paling dibenci dan dibangangi.


Cik Gayah tanya kenapa dia tak berminat pun nak tengok cerita ni? Entah, mungkin rasa tipikal je cerita melayu ni kot? Aku tengok sebab pengaruh kakak aku la ni. Benci, sekali dah tengok drama bersiri, tiap episod nak tengok! Lain kali jangan kasi diri terjebak dengan drama bersiri. Ok ok, selingan, selingan.




Review Episod 15 Nora Elena


Hari ini, part yang orang makin suka kat Aaron Aziz mestilah part memujuk tu kan? 'From the bottom of my heart, please forgive me'. Sambil memberikan sejambak ros segar berwarna merah kepada Nora. aku tahu, kalau yang fanatik tu, mesti 'ahh suwitnyaaa'. huhu Aku cool je. Apapun, hari ni, apa lagi yang boleh buat orang semakin teruja sangat dengan watak Seth ni? Semua nak suami macam dia. Haiz. Macam aku kata, 'does this kind of man really exist in this world?'. Bukan lah part yang sangat romantik tu. Sangat caring tu. Part itu aku rasa ada kot? Haha jahat. Tapi part, dah raped orang then nak kawin dengan dia.


Apa yang lagi sangat buat penonton cair? Part yang mana ea? Part yang KC masuk pejabat tu lah kot, yang dia kata, Seth tak bagi Nora buat kerja berat-berat sebab dia baru sembuh. Well, aku rasa mesti semua perempuan akan rasa bagaikan puteri kalau dapat jadi Nora kan? hehe


Unsur suspens. Apa yang suspens kali ni? Bila Inspektor Amir datang rumah waktu Seth dah pergi kerja. Suspens sedikit. Ingatkan dia nak buka cerita lama apa. Rupanya cuma nak cakap masa sekolah dulu Amir suka kat Nora. Mana tak suspens, siap cakap jangan beritahu Seth kan? Gaya macam nak cakap sal raped tu. huhu Bagus-bagus, ada juga kasi sama penonton suspen.


Unsur-unsur yang menjelikkan lagi memualkan. Ni tak lain. Si Eid dengan si Yvonne. Apa yang memualkan kat Eid? Sibuk-sibuk nak tahu pasal Nora bagai. Penat Malik nasihatkan, jangan ingat dia lagi. Tapi Eid ni bukan nak dengar. Adoii, bini orang tu dah Eid. (nasib baik cerita, kalau memamg situasi dalam masyarakat, lama dah kene penampau mamat ni.hehe)


Lagi 1, Yvonne tu apehal lak nak marah-marah Seth tak masuk kerja? Dia big boss, ape der hal. Sebenarnya dia tu terlampau cemburu dengan Nora. Tahniah Yvonne kerana berjaya membuatkan penonton makin benci kat kau! hehe


Antara komen di fanpage, 'kenapa lah Nora tak nak buka hati dia, bagi peluang kat Seth?'. Aku jawab ye, aku jawab. Ala, kejap lagi lah tu, tunggu... hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Kechik Itu Comel said...

dtg dr blog IR..=)
drama ni tgh jg bualan hanga n hot dh skrg kan..

Fasihah Supian said...

@Nour Akmal terima kasih ke sini :)