June 30, 2011

Blogger : Adab, Budi Bahasa, Fitnah, Juga Aib Sesama Manusia

Assalamualaikum, selamat pagi menginjak ke tengah hari. Hari ni nampak ramai yang ping cerita Wardina vs politik. Ada yang cerita pasal saman yang hendak dikeluarkan. Ada yang cerita mengutuk. Siap panggil dia betina lagi. Berblog kerana traffik semata kot? Laju je orang masuk baca post dia. Kalau post yang macam INI tak apalah.


Hati-hati dalam menaip entri. Jaga perasaan sesama manusia. Jika kita ditempatnya, kita dah bertudung, suka kahkita melihat orang menyebarkan gambar semasa kita tidak bertudung? Tak perlulah kutuk orang lain macam diri kita ni baik sangat. maksum tiada dosa. 


What you give, you get back. 
Kalau hari ini, kita mengutuk orang, tak mustahil suatu hari yang lain orang akan mengutuk kita.
Kalau hari ini, kita membuka aib orang lain, tak mustahil, pada suatu masa yang lain orang lain akan buka aib kita pula.



Gunakan medium yang ada sebaiknya.

Al-Baqoroh 191

"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). "   
(Hadith riwayat Abu Daud)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

I Believe ..Be sure and have no doubt

I dedicate this song to all my beloved readers, friends and fellow beings.

~Ask myself. Am I a BELIEVER, or a mere FOLLOWER?? ~

 

I Believe Lyrics featuring Maher Zain

IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

lyrics from http://www.islamiclyrics.net/irfan-makki/i-believe/

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Menarik : Bila Agaknya Seseorang Itu Akan Mula Menutup Aurat?

Aku telah jumpa 1 jawapan terbaik untuk 'Bila seseorang akan mula menutup aurat?'. Jenuh dah bagi nasihat, tak jalan juga. Jadi bagaimana ya? Jadi, di sini, atas perkongsian seorang teman. Aku kira jawapan yang sangat saaaangat menarik!

adik: abang tahu tak bila perempuan yang tak tutup aurat akan mula menutup aurat?
abang: pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik: salah, teka la lagi
abang: (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik: salah, nak tahu jawapanya tak, senang ja
abang: apa dia dik?
adik: tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya

Aku kira, ini adalah satu peringatan yang sangat baik. Terkadang penant bukan menasihati? Tapi, benar, hidayah itu Allah sahaja yang beri. Tapi tak salah kalau berusaha kan? Antara orang yang rugi adalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada semalam.Jadi keluarlah daripada kegelapan.


window of possibilities by mothyyku on DeviantArt


Hidayah itu seperti cahaya yang tidak akan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya. 


Kongsikan =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 29, 2011

Wordless Wednesday #5 : Love At The First Sight


Tahniah Malaysia berjaya mendahului 2-1 ke atas Taiwan!
Malaysia boleh!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Speechless Wednesday .. Adoii

Hujan baru sahaja reda. Tapi masih ada tanda-tanda akan hujan lagi. Anak buah baru pulang dari sekolah pagi.

Aku : Mir, terus balik, ambil baju sekolah petang.
Amir : Buat apa nak ambil. Ummi tak gosok pun!
Aku : hah? Habis nak pakai baju apa?
Amir : (sambil berjalan menuju nenek) 
            Nenek Uda pun nanti tak ambik ke sini.
Nenek : Hah? Nak cuti ke?? Jangan mengada-ngada.
Aku : Hah??

Amir : Nenek Uda kata tak yah ambik. Cuti.

Aku pun macam blur-blur je..


It was raining outside by amirmimosse

Aku : Laaaa cuti Israk Mikraj ke? 
Amir : Haah


Apelaaa punya mak cik, itu pun tak tahu. hehehee Apapun, sejuk je hari ni hujan dari pagi hingga kini tak berhenti lagi..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordless Wednesday #4

Pada hari rabu, blogger akan post 1 gambar without any description. That is what we call as Wordless Wednesday :)



 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 28, 2011

Leave Me Alone


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bebelan Petang : Mentang-mentang Kau Besar, Aku Yang Kecik Ni, Sebelah Mata Pun Tak Dipandang

Salam pemanduan berhemah 1 Malaysia. Boleh tak macam tu? Panas-panas. Panas hati. Fuhh bersabar. Tarik nafas, lepas. Kalau anda seorang pemandu berhemah, pasti anda merupakan seorang yang penyabar. Ya, macam aku. Haa perasan, penyabar apa kalau dah jadi bebelan kat blog macam ini?


Siapa suka memandu? Of koz lah ramai kan? Tapi apa yang menyebabkan hati ni rasa bengang nak memandu? Hari-hari memandu, ada saja yang boleh membakar rasa hati, nasib baik aku cool. Hon pun aku tak tekan. Ha, baik kan? Masuk lift tekan sendiri nampaknya.
Sedang tenang memandu di Jalan Raya, di hadapan lampu merah. Kemudian lampu hijau pun menyala. Nissan X-Trail di belakang dengan lajunya hendak memotong. Kebetulan ada bas berhenti di tepi. Jadi aku pun, ke kanan lah sikit, tapi tak makan jalan sebelah pun. Aku tahulah aku kancil. Kau gajah kan? Tak perlulah hon-hon, bawak macam pelesit. Nak kata aku bawa 40 tak pun, lagipun baru je lampu hijau tu menyala. Nak kejar apa pun. Sabar je laa

Bertimbang rasa lah sikit di jalan raya. Lagi kalau pemandu itu lelaki, nampak pempuan yang bawak kereta. Ada saja masalah yang dicari. Aku tak faham betul. Ingat perempuan tak layak memandu kereta ke? Tak semua lelaki cakap perempuan tak tahu memandu kereta, tapi segelintirnya begitu. Mereka rasa mereka hero kot?


Ok, lari tajuk sikit. Tapi tu lah, kalau kereta besar ni kan, mereka rasa mereka ada POWER kot. Yang kecik kena mengalah. Lagi-lagi kalau kereta mahal. Yelah, lagi laju kan? Lagi power. Kancil macam aku, apa ada? Tapi.. tak semua yang kereta besar tu sombong bila memandu, ramai juga yang baik.. :)

Bila memandu sendirian. Terkadang kita boleh melihat sikap segelintir manusia daripada cara pemanduannya. Refleksi dalam kehidupan kita juga. Ada manusia yang baik, bertimbang rasa. Ada manusia yang sombong dengan darjat dan kedudukan.

Lagi 1 tak suka bila jammed, orang memotong di lorong sebelah kiri. Yang ni memang rasa nak je kuar kereta, bagi ceramah free. Macam kat iklan tu. Jangan memotong barisan. Beratur, dan tunggulah giliran anda. Nasib baik masih bersabar, dalam hati kata, nanti ada polis ke jpj saman, padan muka. haha Teringat kalau kat highway, kena saman dah depa nie..


Lagi 1, budaya tak nak langsung beri laluan. Lagi-lagi bila daripada 2 lorong kepada 1 lorong. Hallamak aih, yang aku perasan, orang melayu lah selalunya, payah nau nak bagi peluang orang nak masuk kanan. Kesian aku tengok kadang-kadang, sampai lama tunggu sebab semua orang laju. Orang cina selalu baik hati. Oh di sini bukan perkauman ke apa ye. Sebab, aku dah kena berapa kali, macam ni..

Ada kereta aku perhatikan lama. Cikgu tu baru keluar sekolah, jadi dia nak masuk lorong kanan. Ada sekali tu, kereta nak melintas, tapi memang susah sebab sekolah tu, depan dia jalan besar dan agak complicated. Selalu jammed sebab ada traffic light. One day, traffic light merah, aku bagilah laluan cikgu tu kan, perghh aku kena honn baik punya kereta pajero kat belakang. Aku pun terkejut dengan honn tu. Mahu luruh jantung dibuatnya. Padahal lampu merah depan tu, nak kejar apa?

Itulah antaranya yang membuatkan aku hari ni menulis juga mengenai ini. Jadilah pemandu yang berhemah. Budi bahasa itu bukan hanya dalam masyarakat dan percakapan. Juga semasa memandu. Tak salah bukan menjadi pemandu yang berhemah juga berbudi bahasa? Rasanya, aman jalan raya, traffic pun lebih teratur kalau semua tahu bersabar.

Lagi 1, ni parking pula.. Kalau dah tahu tempat tu tak boleh parking, pulak berhenti belakang kereta, janganlah parking dan letak kereta kat situ. Gaya macam tak ambil lesen je.. Dahlah lama tak muncul-muncul. Orang nak keluar tak boleh. Dah buat orang marah dan buang masa. Kalau orang tu nak cepat ke apa, kan dah susah..

Jadilah orang yang suka memudahkan orang lain. Ya peringatan buat diri dan sesama manusia. Tak kira siapa kita. Apa pangkat kita, bangsa apa kita, pangkat kita di sisi Allah sama. Yang membezakan kita hanyalah amalan, keimanan dan ketaqwaan kita.

Juga, jangan memperkecilkan perempuan. Perlu ingat, antara lelaki dan perempuan, kita saling melengkapi antara 1 sama lain. kan? :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

I Believe That ...

I want to believe by teaphotography on DeviantArt

"True faith is to believe in Allah, His Angels, His Books, His Messengers, the Last Day & in divine destiny, its good & its evil." (Bukhari)
 
 
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam insyaAllah...

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cinta Monyet Hingga Ke Jinjang Pelamin ? Wow!

Assalamualaikum cuty boys and comel girls sekalian. Tiba-tiba mood bercinta pulak malam ni. hehe Kita tidak asing dengan frasa cinta juga kita mengenali monyet. Maka bila digabungkan, jadilah cinta monyet yang terkenal dalam kalangan budak sekolah atau kanak-kanak bawah umur.

Cinta monyet boleh didefinisikan sebagai cinta main-main. Atau dalam bahasa arabnya, playing around and have fun baby!

Teringat masa sekolah rendah dulu. Suka kan kecik-kecik dok kenen-kenen kan orang. Tahu tak kenen-kenen? Ala, dok pasang-pasangkan kawan kita. Macam.. Siti suka Ali. Siti suka Ali. Minah suka Abu. Minah suka Abu. Dan mulalah sesi main kawin-kawin kat belakang kelas waktu rehat. Haha aku gelak je kalau ingat memori dahulu kala. Manis-manis belaka. Lucu pun ada.


Lagi kalau dalam satu darjah, ada yang memang handsome, rambut perang, muka putih, anak cikgu, gaya macam imam, bila azan time nak solat, semua teruja. Haa, kalau yang ini, ramai yang request nak kawin-kawin dengan dia. Siap ada, hari ni Jah, esok Senah pulak dengan dia. Esok bla bla bla..

Awak-awak, jom kita kawin!

Sweet nye bila ingat cerita masa kecik-kecik dulu. Main balas-balas surat lagi. Sampai guru besar pun jumpa surat. Hehe ops, kantoi! haha Tapi, cinta monyet ni tak ke mana pun. Setuju tak? Agaknya, ada tak yang bercinta dengan monyet lepas tu kawin? Eh, confirm tak ada, tapi yang bercinta monyet masa sekolah, lepas tu kawin, ada tak?

Ada dapat hadiah gula-gula, coklat. haha sweet. Walaupun aku tak pernah lah pulak merasa. Tapi cinta monyet yang aku dan kawan-kawan rasa masa sekolah dulu-dulu, serius, memang hanya sekadar mainan. Tak pulak aku jumpa ada yang kawin, masih keep in touch.

Awak nanti nak sekolah kat mana? Lepas tu awak nak belajar kat U mana?  -antara intipati surat. hehe

Merancang benar. Siap ada janji nak call rumah ye?

Nanti petang saya nak call rumah awak. Pukul 6.30 petang tau. Awak jangan bagi orang lain angkat. -hah lagi, tak mahu keluarga dapat tahu. bijak!

Buat surat layang pulak, guna roket kertas.


Haha. Sweet betul. Lepas tu siap gaduh-gaduh lagi bagai. Nak cerai berai. Sesi pujuk memujuk, semuanya dengan surat dan hadiah. haha Sweet candy bars with love!



Kalau ada lah kan, cinta monyet. Cuba kira, berapa tahun lamanya mereka bercinta sebelum kawin. Itu yang akan buat rasa teruja! Ada ke? Yang dok cinta-cinta masa kicik-kicik sampai besar, dah besar kawin. hehe Aku rasa orang itu benar-benar setia lah kalau ada.


Kalau tengok budak-budak sekarang kecik-kecik dah ada hp. Aku terfikir, haisy, makin advance! Pulak ada Facebook. Kecik-kecik dah boleh tulis status I love you. Adoii.. Kecik-kecik dah tahu nak melawa. Fuh~

Acik, tengok ni je tau, jangan bukak inbox kite tau. -kata anak sedara bila aku nak tengok hp dia.

Menyebabkan aku super duper curious lah kalau orang cakap camni. tak ke korang rasa macam tu? Terus aku cakap kat sepupu aku lah. Kau better spy anak buah kau tuh. Hai budak sekarang bukan main!


Aku pun terjebak gak dengan cinta monyet ni. Tapi dulu lah, masa kecik-kecik. tak ada tarbiyyah lagi kata ustaz kan. hehe Darjah 1 pun dah main kawin-kawin. Pergi sekolah pakai inai merah menyala. Lawak je kalau ingat. haha


Lepas tu, bila dah besar? Orang yang tak de kecoh-kecoh kena gosip ke tak ada angin tak ada ribut, tak ada kenen-kenen kawin dulu. Pengalaman yang manis dan lelucon kata orang. Mana boleh beli ni? Walaupun, tak lah berapa baik pun. Tapi, dulu. Dulu apa lah sangat yang kita tahu. Dah membesar hari demi hari tu, masuk darjah 4 baru lah yang gegirl ada rasa malu-malu. Lepas tu pulak, darjah 6 masing-masing ada haluan sendiri kan?


Jadi, aku tak rasa cinta monyet tu boleh ke jinjang pelamin. Rasa macam, ohh tak bosan ke? Tapi kalau dah jodoh tak ke mana..kan? Makanya bila semakin besar, kita mengerti bahawa kita perlu mencintai dahulu sebelum dicintai. Mencintai siapa?

Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?

Siapa tak mahu keluarga bahagia kan? Baiti Jannati.. :)

Carilah cintaNYA sebelum mengenali cinta manusia.. :)


Kalau rasa menarik, share lah. hehe =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 27, 2011

Background Lagu .. Best ..

 


Tetiba balik dari ambil anak buah sekolah tadi. Teruja nak cari lagu Imam Muda, nak download. hehehe Zikir yang masa penyingkiran tu best... yang ni...




Pepetang yang tenang ni layan dua video ni..
Aman damai sikit..
Menjunam ke dasar lautan..
Di persisir laut china selatan..

ahh sudahhhh..
nak gi balas jejak lagi bagus.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Untuk Peminat Setia KOREA, Wajib Tahu Ini ..

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bahasa Korea selamat pagi ape ek? Gomawo. Haha rosak bahasa. Aku lupa lah pulak. Jadinya, buat peminat-peminat KOREA, anda mungkin susah untuk menjejaki KOREA kan? Jadi anda menginginkan barang-barang dari KOREA. Semestinya CENDERAHATI dari KOREA yang comel-comel seperti orang KOREA juga. Cuba layan gambar-gambar ni.














Antara gambar-gambar stokin yang menarik dari KOREA. Untuk pengetahuan semua, barang-barang ini 100% imported from KOREA. Jadi, untuk KOREAN LOVERS tak rugi membelinya. Harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan lebih kurang harga di Malaysia. RM4 dan RM6.  Ada banyak lagi stokin-stokin comel yang dijual di StoreKing.


Mungkin anda menginginkan penanda buku yang lain daripada yang lain dari KOREA?








BOOKMARK KOREA berharga RM5 (kecil) RM8 (besar).


Hurry Up!! While stocks still available!



Just go to this blogshop.


Click the picture to go to the site.


Anda juga boleh LIKE laman facebook StoreKing di sini.


http://www.facebook.com/storeking.msia


Owner nak pergi KOREA lagi dalam masa terdekat. Ingat nak buat GA from KOREA lah.
Siapa mahu? ^___^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Perempuan Wajiblah Pandai Masak?

Assalamualaikum dan selamat malam kawan! Sudah makan? Nah, kalau aku bagi yang ini percuma, kau orang mahu? Aku tahu, mesti mau punya, mana ada orang tak suka benda free kan?



Aku tengok, trend masyarakat sekarang suka makan luar. Yang hari-hari berasap dapur, confirm dapur restoran-restoran, warung-warung mamak tepi jalan, juga tak lupa kedai-kedai makanan fastfood seperti KFC, McD dan sebagainya. Aku tertarik dengan entri Perempuan Kalau Pandai Masak, Cepat Kawen... 


Apa yang aku setuju sebenarnya? Aku tak lah setuju sangat yang cepat kawin tu. Nanti ada yang sentap pulak. Aku setuju lah perempuan pandai masak tu. Dan aku tahu tetap ada yang akan sentap juga. Bagi mereka, habis, kalau tak pandai masak, tak laku lah? Katanya lagi, alah, orang sekarang semua sibuk kerjalah, suami kenalah faham. Masing-masing sibuk, makan luar lah, senang, jimat duit. Dan macam-macam lagi alasannya.


Kenapa aku kata perempuan wajiblah pandai masak kan? Sebab, seperti yang aku katakan dalam sembang-sembang hantaran rendah kalau perempuan tak pandai masak. Dan bila lelaki bersuara, dan aku suka ambil petikan seorang kawan aku yang memang tukang masak adalah kerjayanya dalam entri Semalam Cerita Hantaran Rendah Kalau Perempuan Tak Tahu Masak, Apa Kata Bakal Chef Tentang Hal Ini?

walaupun laki ni ada yang chef, yang pandai memasak, tapi still nak makan masakan isteri. sebab air tangan isteri dapat mencairkan hati suami, dapat mendidik anak2. dan tentunya air tangan isteri lebih baik berbanding air tangan bangla kat luar sana. -Faisal Arrifin

Tukang masak lelaki bersuara. Perempuan suka pertikai dan lelaki pula sangat suka kalau dapat isteri pandai memasak. Memang bonus lah untuk menambah pingat PJK selepas kahwin. Perut Jauh Kedepan.


Tapi bagi aku, konsepnya begini. Reti masak. Tak semestinya perempuan kena pandai masak Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Gulai Kawah, Nasi Beriani Gum, Nasi Mandi, Steak, Ikan Siakap Masak 3 rasa dan sebagainya. Tak salah kalau kita tahu basic. Tahu masak sayur. Tahu goreng ikan. Yang penting tahu masak nasi juga menjerang air. Jangan cuma tahu buat maggie segra yang letak air panas sahaja. Tak lama botak lah tu kang.


Kenapa wajib reti masak ni? Lagi-lagi untuk seorang perempuan. Sebab, air tangan ibu yang mencorakkan kehidupan anak-anak tu. Ce terang ce terangkan. Awok tak paham ler. Macam ni, kita kembali kepada fitrah ye? Setiap hari kita perlukan tenaga, dan kita akan dapat tenaga daripada apa yang kita makan. Orang Malaysia contohnya, makanan rujinya ialah nasi. Jadi setiap hari makan nasi. Nasi tu masuk perut untuk di hadam, ada yang jadi tenaga, ada yang jadi darah yang mengalir dalam tubuh, ada yang dibuang semula. Kan?


Jadi, konsepnya mudah. Kalau seorang ibu yang memasakkan anak dan suaminya. Maka terjaminlah kebersihannya juga kesihatan anaknya juga darah yang mengalir dalam tubuhnya. Kerana kita perlu mencari yang halalan toyyiban. Halal dan baik.




Cuba kita makan kat luar, ok, ada logo halal. Dah tentu halal, yang baiknya, tentu tak kebersihannya? Bukan tak boleh makan luar. Sesekali, bila memang dah tak sempat nak masak, sesekali bila nak jamu sekeluarga besar makan luar, apa salahnya kan?


Cumanya, kenapa perempuan tu memang wajib reti masak. Jangan tak tahu langsung. Laki ni, seminggu dua tahan lah kot nak diajak makan luar je kan? Sebulan, setahun? Mampu ke? Kang pasang satu lagi, siapa yang menangis tak berlagu?


Lagipun, seorang ibu yang memasak tu, keluar lah zat-zat yang baik daripada tangannya. Boleh mendidik anaknya mendengar kata insyaAllah. Kerana seorang ibu memasak bermula dengan bismillah kan? InsyaAllah antara cara lain melahirkan generasi yang lebih soleh dan solehah. tak gitu? Lagipun, ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?


Sesibuk mana pun, masaklah juga bila ada kelapangan. Jangan biarkan orang gaji sahaja yang memasak. Dan jangan asyik biarkan orang siam kat restoran-restoran tu yang masak untuk anak-anak ni. Lagi bonus, kalau suami isteri reti masak. Sebab, zaman sekarang, keduanya bekerja, kenapa harus isteri sahaja yang memasak? Kan baik kalau keduanya bersama memasak. Tidak pun, seorang memasak, seorang lagi membasuh. Tak gitu?


Jadi, janganlah hentam habis-habis kalau orang kata perempuan kena reti masak. Laki pun gitu juga. Reti jadi Imam. Bukan tahu nak jadi retis je. hehe 


Lagi satu, kenapa kena reti masak? walaupun hanya basic sahaja. Sebab, bila kita tahu basic, kita akan belajar untuk ke aras yang lebih tinggi. Contohnya, memula tahu goreng sayur je, nanti lama-lama tahulah nak buat kari ayam. Lagi pun, myresepi kan ada. Klik je. Zaman dah maju, semua tahu nak klik internet. Nak belajar masak, klik je lah. Ha, ikut je. Tak susah masak ni. Perlu belajar je. Tak menyesal pun kalau dah tahu. Lagi disayangi adalah. Tak gitu? ;)


Sebarang bantahan, sila letak kan komen, tak yah sentap-sentap. MAsing-masing ada hak bersuara. hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 26, 2011

Mungkin Sebab Itu Kot Jangan Kecoh Kalau Dapat Sesuatu Kelebihan

Assalamualaikum! jelita dan kacak pembaca sekalian! Yey. Dapat online! hehe Kalau rasa bahasa Melayu tunggang langgang abaikan sahaja. Aku pagi tadi, eh ke tengah hari tadi? Entah, yang penting masa dapat online kejap, ada lah terbaca entri si JIJI YU tentang cara melajukan broadband. Ha, kalau korang nak cari tolong pergi blog dia dan search. Sesungguhnya aku memang dah running out of quota! Derm!!!


Aku baru komen kat entri si JIJI YU yang aku pun sangat berterima kasih kat Maxis sebab kuota dah habis pun masih boleh tengok video. Sekali petang tadi selepas keletihan ingat nak lah berblogging dengan jayanya, teringat gambar-gambar masa program Aulad, boleh aku upload. Sekali tu....


Kehabisan quota broadband

Haha best tak? Itulah, orang kata, jangan puji, nanti tak lama lah tu. Macam budak-budak, kalau dia tengah selera makan, jangan puji pandainya, seleranya dia makan, takut tak lama. Sebab itu ada juga frasa Sadness behind the happiness. Eh yeke? Kalau kita nampak sesuatu nikmat, macam budak yang selera makan tu kan, kalau tak silap aku, kena cakap MasyaAllah. Ahh, lecturer ada beritahu. Ohh siapa kawan kelas aku? MasyaAllah kan? Kalau tak nikmat tu tak kekal panjang.


Potong line betul lah... Cuti ni mana income nak berjimba-jimba sakan keluar duit. Aduyaiii. Kalaulah kat tempat aku ni ada wireless, unifi ke....................................................

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pakaian Terbaik!!



Mahukah kawan-kawan yang membaca blog saya ini tahu sesuatu?
Saya berjumpa dengan satu pakaian yang sangat baik untuk semua si pemakainya.
Jadi  pakaian bagaimanakah ya rupanya?


Show me something beautiful by catch---222 on DeviantArt


"Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada TAQWA." (Saidina Umar bin Al-Khatab)
 
p/s:hari ini berprogram dengan kanak-kanak mengenai kisah semut dan huraian Surah An-Naml ayat 14-19. Adakah kalian masih ingat kisah semut dan Nabi Sulaiman? Selamat berhujung minggu. Masih belum lagi sempat membalas semua jejak. Saya memohon maaf sangat-sangat. Masa yang ada perlu dibahagikan dengan baiknya. So do u all, have a nice day! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 25, 2011

Pemberitahuan Kepada Semua Peminat Stanza Cinta

Assalamualaikum dan selamat tengah hari! Have a nice Saturday. Haaa, melepas lah nak  tahu apa jadi dekat baju Amni tu masa Stanza Cinta Episod 1. Sebabnya.. Stanza Cinta Episod 2 tak akan ada! Tengok sini.



Haiz, putus cinta terus. Nasib baik  Novel Stanza Cinta dah sampai! hehe Baru tadi Posmen hantaq dengan Pos Laju. Vrooom! Pin Pin! Pos Laju Pos Laju! So, boleh lah layan Novel Stanza Cinta sementara menanti episod 2 minggu depan.


Boleh tak kalau nak buat Petition? Tolong jangan siarkan Jom heboh, atau siarkan selepas Stanza Cinta atau siarkan Stanza Cinta selepas konsert. Tak penting pun konsert tu. hehe Jahat. =D Memang pun, bukan aku tengok.




Oh, selamat berhujung minggu dengan baik semuanya! :)



pesanan penaja : masih membalas jejak2 yang banyak. ohh kuota dah kehabisan!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Habis Madu Sepah Tak Habis-habis Lagi







HABIS MADU, SEPAH TAK HABIS-HABIS LAGI


Nasib baik Sepah yang menang. Tapi apapun, Nabil lah paling kaya. Sepah 350 000 kongsi 3 orang. Jozan 250 000 kongsi 2 orang. Nabil 150 000 sorang je maa. So, cuba korang kira, betul kan Nabil yang dapat lagi banyak?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Perlu Kah Aku Jadi Begini?



Jadi apa?







Dan bagaimana?








I am too tired. Got sooo many things to do. Not much time to online. 
Soo many 'jejak' yang tak terbalas. InsyaAllah tomorrow..


Good Night.
Sweet Dreams!



Dont forget to pray du'a before sleep :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 24, 2011

Mahar VS Perempuan dan Hantaran 10K?

Assalamalaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Buat pembaca budiman dan budimawati. hehe Yang dah berkahwin dan yang belum berkhawin. Hehe Sekarang ni, trend kan? Duit hantaran lawan siapa paling mahal. Dan apa relevannya duit hantaran mahal nie?


Duit Hantaran

Kalau orang nak kahwin, sibuk dok nak tahu. Eh berapa hantaran anak dia? Eh, aku dengar hantaran anak dia cuma bla bla bla. Maka masyarakat kemudiannya terus berlumba-lumba. Kalau boleh nak anak dia yang paling mahal hantarannya di kampung. Itulah, kadang-kadang aku rasa, pepatah yang mengatakan biar mati anak jangan mati adat itu tidak betul. Biar mati adat jangan mati agama mungkin lebih patut? Atau bagaimana ya? Sebab, aku tengok masyarakat sekarang, budaya dan adat itu lebih diutamakan daripada agama. Lagi pulak, nak berlawanan antara satu sama lain.


Aku tertarik dengan 1 komen di entri relevannya duit hantaran mahal. Dia tidak memberitahu nama sebenar, tapi aku faham perasaan dia. Dan aku pasti, dia seorang lelaki.


Yang paling aku suka nak highlight, berapa taun kena makan maggie baru dapat kawin? Pernikahan sepatiutnya suatu yang baik dan tidak menyusahkan. Kenapa perlu meletakkan harga hantaran yang tinggi bila ada orang masuk meminang anak perempuan? Macam nak jual anak. Apapun, artikel yang aku ambil dari syahirul ni mungkin boleh membantu jejaka ni.

Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak

Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.

“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”

“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”

“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”

Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal

“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.

“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Artikel oleh: Ustaz Muhammad Isa

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Funny Friday #1


I don't know whether this is FUNNY or CUTY..
hehe

but, this picture is FUNNY. 
click HERE

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Jumaat Yang Dinanti dan Dunia Ini ...

Goodbye Beautiful day by happybg on DeviantArt


Rasulullah saw bersabda,"Barangsiapa berniat untuk memperolehi akhirat,maka Allah membuatnya kaya jiwa dan dunia pun datang padanya dengan melimpah. Tetapi barangsiapa berniat memperolehi dunia(sebagai tujuan utamanya),maka Allah menceraiberaikan urusannya,membuat kemiskinan di depan matanya dan tidak memperolehi dunia,kecuali apa yang telah ditentukan padanya." -Ibnu Majah

Berlumba-lumbalah kita dalam mengejar akhirat kerana akhirat itu sepatutnya tujuan utama kita di dunia ini ..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 23, 2011

Orang Kelantan Cute?



Ohh...Orang kelantan cute?

Habis orang Selangor, Kedah, Perak, Sarawak, Sabah, tak cute ke? 
hehehe

Diskriminasi betul!
Pulak keyword kat blog orang Selangor nie. Hisy..
Sabor jo laaa....


Rasanya, dia ni lagi cute!!!













TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday #1




Sayang tak semestinya memiliki..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bicara Buat Sahabat..

Lonely by tomedson on DeviantArt


Sahabat..
Andai kau tahu betapa aku rindu padamu..
Aku rindukan gelak tawamu..
Aku rindukan suasana kasih antara kita..


Sahabat..
Baru aku sedar..
Bahawasanya kalian antara bintang di hati ini..
Kita bersama melayari lautan bersama..
Kita berkongsi suka duka..


Sahabat..
Andai esok ada lagi buatku..
Ingin aku pelukmu erat-erat..


Sahabat..
Marilah, pimpin tanganku..
Marilah kita bersama menuju jalan Allah...


Sahabat..
Aku rindukanmu selalu..





Salam sayang; Fasihah Supian; 2:10 am 23rd June 2o11


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Masyarakat Memandang Rendah Denganku



Aku akur tika mana
Aku bukanlah orang yang berharta
Tak juga secantik model seantero dunia
Tapi aku punya hati
Aku punya perasaan


Ah sudah. Kalau berpuisi, alamat tone, picing semua hancus ke longkang gamaknya. Assalamualaikum! Suda makan kakak cumel juga abang kacak? haha Kembali lagi dengan kisah masyarakat. Bila aku kenangkan, lawak. Bila kenang kali kedua. Sabar je lah!


Dont cry by ilhaman, DeviantArt

Sejak bila entah, terikut-ikut dengan SunahSukaSakura. Ish, tapi aku sukalah gambar cantik-cantik ni. Cair dibuatnya.


Hmm, kita terima tak kalau orang buat fitnah kat kita? Lagi-lagi kalau orang buat fitnah kat orang yang kita sayang? Lagi-lagi itu ibu bapa kita? Ya, kecewa kan? Iya, begitu juga aku.


Situasi yang berlaku di kedai makan, warung-warung di kampung di tepi jalan. Seorang pak cik menaiki motorsikal menuju ke masjid.

Pak Mat : Ha, kau nak tahu Dolah, Si Ahmad tu, belakang dia ada yang ngikut.

Pak Dolah: Ada-ada ja kau ni Mat. Apa yang ngikutnya?

Pak Mat : Kat belakang dia tu ada lah tu. Bawak dari Mekah.

Pak Dolah : Apa? Toyol ke?

Pak Mat : Ha lah Dolah. Kau tengoklah, sejak dia balik haji dulu. Makin senang aku tengok dia. Rumah pun dah makin cantik. Makin besar. Kerja pun kerja kebun je dia tu. Banyak je duit dia. Membela lah tu. 

Pak Dolah : Iye ke Mat? Patutlah aku tengok dia senang je sekarang. Ada bela rupanya.


Maka ada lah yang menyampaikan kepada yang lain. Ala, kalau kita belajar Marketing, word of mouth, Viral marketing. Begitulah fitnah berleluasa. Kalau kita ni, kat alam maya, blogger please take not, penyebaran berlaku sebaik sahaja entri di publish. Kalau ada yang setuju, bahkan yang membangkang, benda ini akan tersebar. Kalau mula-mula seorang tukang sebar, lama-lama ramai yang menyebarkan. Kalau baik tak mengapalah. :)


Jadi, bila sampai kat Tuan empunya diri. PErnah kita fikir perasaan dia? Lagi-lagi bila fitnah tersebut tidak benar dan salah belaka.


Begitulah, aku katakan pada abahku dan emakku. Tak apalah mak, kita biarkan. Kita yang dapat pahala. Orang itu tahu mengata sahaja. Dia bukan tahu kita usaha. Dia bukan nampak abah pergi kebun hari-hari. Kebetulan rezeki murah lepas mak abah balik haji. Lagipun anak-anak dah besar, dah ada yang kahwin, dah bekerja.

Kalau tidak tahu yang benar, janganlah sampaikan yang batil. Janganlah membuat andaian, tetapi bertanya. Dahlah kita membuat andaian, lepas itu kita beritahu orang pula.

Beginilah, hidup bermasyarakat. Ada yang tak senang nampak orang lain senang. Ini semua dunia. Teringat Halaqah sentuhan kalbu malam tadi. Dunia ini jadikanlah pentas mengumpul untuk di akhirat sana. Apapun, jauhilah fitnah, kerana fitnah itu membunuh. Seperti pedang yang sangat tajam. Walaupun fitnah sangat murah modalnya, impaknya sangat besar di kemudian hari.

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Yes, big girl! dont cry. This is life. Rite? :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 22, 2011

Video Terbaik! Win For The First Place Goes To ...



UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA


Assalamualaikum semua! Fuh~ Rasa bangga walaupun tak tahulah siapa pembuatnya, tapi dengar kata budak architecture. Tak tahu juga contest apa, tapi tadi nampak kat Youtube Multimedia Contest. BAnyak juga U yang join antaranya Uitm, Unikl and banyak lagi. And UIAM win the contest! 


CONGRATULATION!!


Kenapa aku beria-ia nak post? Sebab, video dia, yes, penuh pengajaran.


HILANG

Jangan mudah mengalah.
Jangan pernah rasa gagal untuk meneruskan kehidupan.
Jangan rasa kegelapan itu akan terus gelap.
Ingatlah bahawa kehidupan itu pasti ada sudut terangnya.
Bukan terus gelap.


Tunggu Orang Muda!
Perjalanan kamu sebenarnya masih lagi jauh.
Tuhan sebenarnya ingin menguji kamu.
Kerna bila dunia kamu gelap,
Itulah masanya kamu mencari-cari terang.



Very Nice. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordless Wednesday #3





TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 21, 2011

Lagu Stanza Cinta

Assalamualaikum selamat tengah hari. Aku tertarik dengan liriknya. Lagunya tenang sahaja. Lirik Oleh penulis novel itu sendiri, Kak Nurull Halawati.


 


Novel Theme Song Stanza Cinta
by Dodi Hidayatullah

with lyrics by
Nurull Halawati and Dodi Hidayatullah




Don't forget to watch this drama every Sunday 9 pm on tv3.


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 20, 2011

Aku Kecewa Dengan Facebook

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Kecewa. 1 perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Yes, well, I am not a brilliant student. Not a genius one. But I have my right to speak out rite? Aku baru sahaja membaca 1 note di Facebook yang mana penulis note tersebut adalah seorang yang sedang membuat Master dalam Ilmu Wahyu.


Aku kecewa kerana penggunaan FB dijadikan sebagai ladang fitnah. Walaupun ada yang betul dalam note nya, tetapi pada masa yang sama ada yang auta. Perlu kah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat keji dan jijik dalam menggambarkan sesuatu? 


Cuba kita buat 1 anologi, dia baik tapi dia bodoh, jadi dia perempuan murahan. Kalau begini kau orang setuju? Begitu juga sesuati tempat, contohnya, di sesebuah universiti, ada yang baik, ada yang buruk, patut kah kita katakan bakal menjadi sarang pelacur?


Agama yang kau belajar mengajar begini kah untuk membuka mata orang mengenai Islam? Atau nota kau hanya semata-semata sebenarnya hendak memburukkan sesebuah tempat itu? Sedangkan itu tempat yang kau sedang mencari ilmu. Master lagi. 


Kalau kau nak kata, kelab malam itu sarang pelacuran aku tak kisah. Tapi kalau kau kata universiti itu bakal menjadi sarang pelacur, aku kurang setuju. Mungkin kau rasa ini salah satu cara kau nak sedarkan orang-orang yang berdekatan dengan engkau dengan apa yang dah terjadi kat universiti tu. Tapi, kau tak sedar yang sebenarnya ayat-ayat dalam nota kau itu sangat over. Terlampau dan melampau.


Cara kau menulis seperti langsung tiada baiknya dalam universiti tersebut. Mungkin kau sendiri juga berubah kepada yang lebih buruk sejurus memasuki universiti tersebut? Suka-suka kau katakan aktiviti dakwah tidak berkesan dan sebagainya. Ingin juga aku bertanya, kau dah cukup berdakwah ke dalam universiti itu?


Sebelum berkata lebih, janganlah asyik menuding dan mencari salah orang. Sedangkan empat jari lagi menuding diri sendiri. Aku sendiri nampak yang ramai juga yang menjadi lebih baik dan bukan semua menjadi lebih jahat. Tolonglah... Jangan buat statement terburu-buru. 





Bagitu juga manusia, jahat dia pun, pasti ada baiknya kan? Mengapa mesti asyik nak canang kejahatan orang sebaliknya kita tak doakan dia untuk berubah. Aku membesar dan aku belajar. Aku melihat dan memerhati. Apa yang aku perasan, kalau kita dok kutuk-kutuk orang, nanti balik ke kita. What you give you get back. 


Aku bukan apa, setiap yang baik ada buruknya. Tiada yang perfect. Entahlah, dalam kes nota yang aku baca, aku nak cakap 1 lah. Ya, mungkin sistem dan pentadbiran kurang peka dalam masalah seperti itu. Tapi kita kena fikir, program keagamaan pun banyak, kemasyarakatan, tapi masalahnya, pentadbir itu tak ramai. Bagaimana dia nak pastikan pelajar yang beribu-ribu tu semuanya ikut undang-undang dan syariah. Itu pentingnya ilmu, ilmu perlu diamalkan, bukan belajar untuk dapat A. Dah belajar agama, amalkan. Tapi ini tidak, belajar agama tapi tak ikut. 


Mungkin Allah belum meberikan hidayah. Tapi tak perlulah nak mengata keburukan orang. Doakan dia. Hidayah itu Allah sahaja yang punya kuasa memberikan. Tapi tak salah rasanya kalau kita cuba berusaha mendapatkannya.


Kau terima tak kalau kau pandai, tapi disebabkan kau tak pandai masak, orang asyik cakap kau tak pandai masak?


Nak tahu apa akan jadi kalau orang teraniaya? Dia akan perbaiki diri dia. Nanti, kejahatan yang dicakap itu akan kembali kepada diri yang mencanang keburukan orang itu tadi. Tak payahlah memburuk-burukkan orang. Diri sendiri pun entah cukup amal nak bawa ke akhirat.


Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.
 
Fitnah berleluasa bila dunia berada di penghujungnya. Tiada bukti tak perlu kata. Kalau aib orang pula, jangan buka pekung di dada. Banyak dah amalan nak bagi kat orang lain masa kat akhirat nanti? Ish, kecewa. Aku pun bukanlah baik, aku juga bukanlah pandai. Tapi setiap ada peluang untuk berubah kepada yang lebih baik bukan?Kita belum cukup baik untuk menjahatkan orang.


Oh, tak tahu apa aku bebel. Macam ini rupanya orang kecewa manulis. huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kehebatan Seekor Tikus Siber

Assalamualaikum dan selamat malam. Tikus Siber semakin mengganas. Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan memakan kesemua list di bawah in.

  1. woofer(speaker)  roomate yang baru beli tak sampai 1 hari...habis wayar di gigit sampai putus...tak boleh pakai dah...mahal tu..
  2. AJ punye cable usb henset... di gigit wayar sampai putus gak...
  3. charger henphone roomate..pun di gigit wayar sampai putus...
  4. maggi 4 bungkus...gigit siket lepas tu blah...
  5. biskut 1 bungkus besar...belum open pun lagi..
  6. ovaltine bungkus sederhana...baru beli tak sampai 1 hari...belum open pun...digigit sampai koyak..tak boleh mkn sbb dah kene kencing...
  7. panadol active fast 2 biji...hancur lebur di kunyah nye..
  8. padadol soluble 4 biji...hancur gak....
  9. panadol biase sebiji...gigit separuh...
  10. nescafe 3 in 1... 1 peket....


Terkejut aih den baco. Tang makan panadol acti-fast tu, mesti tengah pening sebab makan charger handphone si AJ. Kesian aku nengok ha. Aku rasa kat asrama tuh banyak je kucing, apesal still ade tikus ni AJ? Pasang perangkap ke. Apa lagi? Ha, racun tikus!! Brilliant tak?


Jadi, pembaca yang budiman, kacak lagi anggun, cuba bagi idea kat anak jawa macam mana nak halau tikus ni.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^