Perempuan Wajiblah Pandai Masak? | fasihah.com


June 27, 2011

Perempuan Wajiblah Pandai Masak?

Assalamualaikum dan selamat malam kawan! Sudah makan? Nah, kalau aku bagi yang ini percuma, kau orang mahu? Aku tahu, mesti mau punya, mana ada orang tak suka benda free kan?



Aku tengok, trend masyarakat sekarang suka makan luar. Yang hari-hari berasap dapur, confirm dapur restoran-restoran, warung-warung mamak tepi jalan, juga tak lupa kedai-kedai makanan fastfood seperti KFC, McD dan sebagainya. Aku tertarik dengan entri Perempuan Kalau Pandai Masak, Cepat Kawen... 


Apa yang aku setuju sebenarnya? Aku tak lah setuju sangat yang cepat kawin tu. Nanti ada yang sentap pulak. Aku setuju lah perempuan pandai masak tu. Dan aku tahu tetap ada yang akan sentap juga. Bagi mereka, habis, kalau tak pandai masak, tak laku lah? Katanya lagi, alah, orang sekarang semua sibuk kerjalah, suami kenalah faham. Masing-masing sibuk, makan luar lah, senang, jimat duit. Dan macam-macam lagi alasannya.


Kenapa aku kata perempuan wajiblah pandai masak kan? Sebab, seperti yang aku katakan dalam sembang-sembang hantaran rendah kalau perempuan tak pandai masak. Dan bila lelaki bersuara, dan aku suka ambil petikan seorang kawan aku yang memang tukang masak adalah kerjayanya dalam entri Semalam Cerita Hantaran Rendah Kalau Perempuan Tak Tahu Masak, Apa Kata Bakal Chef Tentang Hal Ini?

walaupun laki ni ada yang chef, yang pandai memasak, tapi still nak makan masakan isteri. sebab air tangan isteri dapat mencairkan hati suami, dapat mendidik anak2. dan tentunya air tangan isteri lebih baik berbanding air tangan bangla kat luar sana. -Faisal Arrifin

Tukang masak lelaki bersuara. Perempuan suka pertikai dan lelaki pula sangat suka kalau dapat isteri pandai memasak. Memang bonus lah untuk menambah pingat PJK selepas kahwin. Perut Jauh Kedepan.


Tapi bagi aku, konsepnya begini. Reti masak. Tak semestinya perempuan kena pandai masak Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Gulai Kawah, Nasi Beriani Gum, Nasi Mandi, Steak, Ikan Siakap Masak 3 rasa dan sebagainya. Tak salah kalau kita tahu basic. Tahu masak sayur. Tahu goreng ikan. Yang penting tahu masak nasi juga menjerang air. Jangan cuma tahu buat maggie segra yang letak air panas sahaja. Tak lama botak lah tu kang.


Kenapa wajib reti masak ni? Lagi-lagi untuk seorang perempuan. Sebab, air tangan ibu yang mencorakkan kehidupan anak-anak tu. Ce terang ce terangkan. Awok tak paham ler. Macam ni, kita kembali kepada fitrah ye? Setiap hari kita perlukan tenaga, dan kita akan dapat tenaga daripada apa yang kita makan. Orang Malaysia contohnya, makanan rujinya ialah nasi. Jadi setiap hari makan nasi. Nasi tu masuk perut untuk di hadam, ada yang jadi tenaga, ada yang jadi darah yang mengalir dalam tubuh, ada yang dibuang semula. Kan?


Jadi, konsepnya mudah. Kalau seorang ibu yang memasakkan anak dan suaminya. Maka terjaminlah kebersihannya juga kesihatan anaknya juga darah yang mengalir dalam tubuhnya. Kerana kita perlu mencari yang halalan toyyiban. Halal dan baik.




Cuba kita makan kat luar, ok, ada logo halal. Dah tentu halal, yang baiknya, tentu tak kebersihannya? Bukan tak boleh makan luar. Sesekali, bila memang dah tak sempat nak masak, sesekali bila nak jamu sekeluarga besar makan luar, apa salahnya kan?


Cumanya, kenapa perempuan tu memang wajib reti masak. Jangan tak tahu langsung. Laki ni, seminggu dua tahan lah kot nak diajak makan luar je kan? Sebulan, setahun? Mampu ke? Kang pasang satu lagi, siapa yang menangis tak berlagu?


Lagipun, seorang ibu yang memasak tu, keluar lah zat-zat yang baik daripada tangannya. Boleh mendidik anaknya mendengar kata insyaAllah. Kerana seorang ibu memasak bermula dengan bismillah kan? InsyaAllah antara cara lain melahirkan generasi yang lebih soleh dan solehah. tak gitu? Lagipun, ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?


Sesibuk mana pun, masaklah juga bila ada kelapangan. Jangan biarkan orang gaji sahaja yang memasak. Dan jangan asyik biarkan orang siam kat restoran-restoran tu yang masak untuk anak-anak ni. Lagi bonus, kalau suami isteri reti masak. Sebab, zaman sekarang, keduanya bekerja, kenapa harus isteri sahaja yang memasak? Kan baik kalau keduanya bersama memasak. Tidak pun, seorang memasak, seorang lagi membasuh. Tak gitu?


Jadi, janganlah hentam habis-habis kalau orang kata perempuan kena reti masak. Laki pun gitu juga. Reti jadi Imam. Bukan tahu nak jadi retis je. hehe 


Lagi satu, kenapa kena reti masak? walaupun hanya basic sahaja. Sebab, bila kita tahu basic, kita akan belajar untuk ke aras yang lebih tinggi. Contohnya, memula tahu goreng sayur je, nanti lama-lama tahulah nak buat kari ayam. Lagi pun, myresepi kan ada. Klik je. Zaman dah maju, semua tahu nak klik internet. Nak belajar masak, klik je lah. Ha, ikut je. Tak susah masak ni. Perlu belajar je. Tak menyesal pun kalau dah tahu. Lagi disayangi adalah. Tak gitu? ;)


Sebarang bantahan, sila letak kan komen, tak yah sentap-sentap. MAsing-masing ada hak bersuara. hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

18 comments:

Salim Harmanain said...

nak rasa gak cmne tuan tanah ni masak... :P

Sunah Sakura said...

nice entri balasan... :)

Unknown said...

suami suka mkn apa yg istri msk :D

Solihin Zubir said...

hehe.. btol.. sgt memalukan n janggal kalau perempuan x tahu masak lgsung.. skurg2nya basic pon jadi la kan..

sy kalo bleh, nk msak sama2 dgn isteri kt dapur nnt.. wahhhh... seksinya.. eh.. romantiknya.. hahaha.. ;-p

sumaiyah mokhtar said...

heeeee kalau masak dengan hati yg iklas utk suami agknya lg sedap ek, hehe

al_hakim said...

ala..kalau amsak air ngan nasi sy pun tau!..=P

Cik Pulau said...

setuju..
even masak tak reti..
nak taknak kne la blaja kan..
air tangan isteri dan ibu tu penting..^^,

birdsangry96 said...

setuju nan idea awakk ! yeah ! perempuan wajib masak ! tapi jangan blaja buat air soya ! haha ! nak tau sb pe ? dtg to my blog n read the newest post okee ! ? komen me back ~! :D

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

kalau isteri pandai masak..lelaki syang lebih.. insyaALLAH dah tak cari yang lain...hehe

-Yok mampir diluk = ”gua” wanita...

Unknown said...

setuju.kena pandai masak.suami nak rasa air tangan isteri,bukannya air tangan orang luar.

habsahharun said...

setuju...

skrg saya tengah prektis masak supaya boleh terror macam mak saya.
Ayah tak suka makan luar, nak yang mak masak jer...:)

penglipur said...

tak pandai masak tak ape sebb boleh blaja..tapi jgn pula malas nak belaja..ha tu bert la..peace :p

Cik Aqilah Wardah said...

ekekek... sies!! sume org asek ckp sal masak je... adeh~

Cik Puan iLa said...

Takpe,belajar masak bile2 pn boleh.ehehe..Blaja pndai2 sgt masak buat apa,bkn nak bkk kdai makan pn.hehe

nazirulhazwan~ said...

ko taip sendiri ker?sbb aku tau ko taip sendirila aku bace sampai abes, hehehe:P

kalau aku cari bini pon aku nak yang pandai memasak, takkan tiap2 hri makan mapley(mamak) boleh kene hipetitis B wooo

tp kan, memasak mmg senang, guwa pon terer masak, so malula kalau pompuan tak reti, bo0oooo

najihah sahami said...

haha..mish setuju sgt. pndai masak xperlulah smai kena dpat sijil chef apa semua. cukup untuk tampung perut laki dan anak-anak. hehehe

kalau nak belajar pun lagi ok. laki makin sayang. hehe

juanita said...

Saya setuju...Mmg perempuan wajib pandai masak ...

Help Me to Win House Make Over Worth 15K

1st like this page, http://www.facebook.com/nipponpaintblobbies?ref=ts&sk=photos#!/nipponpaintblobbies?sk=wall

Then search for Si Tikus Bisa Menulis at http://www.facebook.com/nipponpaintblobbies?sk=app_146717525397132 and click like ;)

Please spread it!

Thank you in advance. Really appreciate that :)

100 lucky voter akan memenangi Limited Edition Blobby Plush Toy...so apa lagikk. Voting berakhir pada 10th July 2011

Nini Hartini said...

100% setuju. Masa belum walimah dulu, saya tai selalu masak. bukan tak pandai, tapi MALAS. hehehe...maklumlah, mak ada, saya pun kerja. balik tinggal makan je.

tp lepas kawen, mmg terus mula masak utk suami. tp org jarang masak bila memasak, mmg tak rupa lauk sangatlah. hehe...

tp suka bila selepas 2 tahun walimah suami puji "" skrg baru rasa lauk. kalau dulu..." huhu..

bila dah mula masak mmg kita akn nk explore resepi2 lain. Alhamdulillah skrg dah bolehlah nk masak makanan2 yg x pernah di masak sblm ni :)

Heart In A Cage
.