Nora Elena Episod 20 | Download Link | fasihah.com


June 9, 2011

Nora Elena Episod 20 | Download Link

Assalamualaikum my beloved readers! Also those Nora Elena's fans. hehe Apapun nah download link Nora Elena Episod 20 . Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.



Bertemu kita sekali lagi untuk menyambung agenda review kita. Hehe Tak boley blaa. Sebelum tu, before that!!! For bloggers, orang ingat aku main SEO. Hurm, ini suka-suka sahaja, apalah blog aku ni nak main SEO pun. Tapi aku tahu ada yang ternanti-nanti nak baca cerita aku review kan? Perasan sudaa. Taklah, aku rasa aku perlu tulis bila mana ada yang memang akan cari blog aku untuk episod terbaru. Bukan dengan keyword download Nora Elena tetapi dengan keyword fasihah.com. Terima kasih tak terhingga buat semua suporters review aku yang tak seberapa. Berlagak cool semedang kan? Well, u know me. Ups, terpanjang. =p
Review Episod 20

Jeng jeng jeng! Seperti dalam buku lah, apa Yvonne bawa? Arak! Pergghhh..aku tengok komen-komen kat fanpage, siap ada yang nak menyumpah si Yvonne tu ha. Hehe aku gelak je baca. Memang menjadi watak Yvonne nak buat korang semua geram kan? Korang rasa nak tampor-tampor je mulut Yvonne ye? Lawak tul. Ala, kan berlakon. Haha kang ade pulak yang nak tampor aku ni kang. hehe


Apa yang menarik hari ini? Wow! Hari ni lahh best... Bukan sebab tu lah. Apa tu? Ok yang tu nanti. Yang best sebab Isteri tak percaya suami, suami tak percaya isteri. Nora percaya Yvonne, Seth pun percaya Yvonne. So, siapa yang menang? Syaitan lah menang? hehe Siapa yang mewakili syaitan? Yvonne. Itu yang semua rasa nak tembak tv tu ye? Hehe Siap ada orang komen, Seth ni janganlah percaya kat Yvonne, dia pun dah jadi sama macam Eid! Sabar, bawak bertendang ye. hehe Ala kak, cerita, dia kenalah ikut skrip. Hehe Tapi serius suka menyampah dengan Yvonne. Ok aku tak berapa cool hari ini. 


Disebabkan yang menarik dan tertarik, semasa di parti, Yvonne lagi, wah, pergi beritahu Amir ye? Insp Amir apalagi? Wah ambil peluang! Pandai... Manusia memanglah kena rebut peluang kan? hehe Ok, sabar-sabar. Aku mana sebelah mana-mana =p Yey! Karim datang bersama isteri, Nilawati. Oh, kawan lama? Eh apasal macam takut-takut je Nilawati ni?


Nora rasa semacam je dengan Nilawati ni kan? Perghh bila pergi rumah dia, besar tu! Villa Kencana ya? Kencana Devi ke? hehe Tapi sayang seribu kali sayang. Amacam, ayat ada lagak penulis tak? hehe Sayang tak ke mana, sayang isteri lempang-lempang kan, badan isteri pukul-pukulkan. Jahat tak ayat? Iyalah, ini adaptasi kehidupan masa kini. Hilang sabar, inilah jadinya. Cemburu buta pun boleh jadi. Sebelum kawin sayang intan payung dah kawin sayang melayang, tali pinggang ke pinggang sampai mata jadi badan lebam-lebam. ha itulah diibaratkan layanan Karim terhadap Nilawati.


Sebab itu orang kata, harta bawaklah mati. Eh silap, harta tak menjamin kebahagiaan. Dunia semua tu. Maka jangan cepat tertipu dengan dunia. Ni korang dah solat belum ni? Dok mengadap laptop, dunia ni, dunia. hehe


Part paling menarik? Sudaa semestinyaaaa part Yvoone nampak Amir dan Nora. kih3. Jahat gila aku. Ialah, fuhh. Laju Yvonne nak pi beritahu Seth! Siap hantar MMS lagi tu! Ala, tak lama hayat kau Yvonne dalam cerita ni. hehe 


Part tak best? Apa korang ingat, part menarik aku nak cakap sal Nora pregnant lah? Tak best la. Mana best, dia je happy. Seth bukan dengar voicemail dia pun. Tak ada kan? Seth tak tahu lagi dia pregnant! Bila bahagia nak muncul, derita potong barisan dulu. Ala, biasalah tu, cerita. Kehidupan pun kadang memang begitu juga.


Part paling da booomb! Part yang aku nantikan daripada semalam! haa betul tak aku cakap. Hari ni dia tayangkan. Terbongkar sudah rahsia! Dah seronok Nora dapat masuk bilik rahsia, ada Tafsir Al-Quran, Yassin, wahhhh. Eh eh, apa kat kotak tu? Bila ambil dan buka. Rantai! Dalam hati Nora, 'macam aku kenal rantai ini, tapi di mana ya?'  kih3..Nantikan minggu depan, minggu terakhir. Hari Khamis episod 24. Episod akhir. NAk tahu ending dia macam mana? Ending dia Nora mati. Eh, iyaka? Tak lah, tunggu...;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

1 comment:

Ardini Humaira said...

nora elena ni best sebab ada pelakon cun hensem.. ekceli jalan cite dia lebih kurang sama je kan ngan cite lain. hehe... maybe sebab dni dah baca novel tu sebab tu duk rasa cemni. tah la dear...