Kembali kepada yang HAK | fasihah.com


November 6, 2010

Kembali kepada yang HAK

Assalamualaikum. Hari nie je, dah berapa posting aku buat? Sebab sebenarnya, esok kena pulangkan laptop dah. Janji nak pinjam sampai 7 Nov sahaja. ok 2010. Jangan lupa, bukan 7 Nov tahun depan, tapi tahun nie. hehe

Tajuk kali ini ialah kembali kepada yang HAK, yang lebih berhak. Tapi HAK yang besar tu, mungkin lebih merujuk kepada ALLAH. Allah tahu apa yang baik buat kamu tau. Kamu tau ini? Kamu patut tahu, tau?

Ceritanya begini, pada hari Khamis, seorang daripada kawan aku, berbaik hati menemani rakannya untuk pulang ke rumah mak long nya. Ada sedikit urusan. Perginya pagi, pulangnya malam. Malam itu, semasa dia sedang menikmati makan malam di KFC Mid-Valley, dia ada menelefon kawan aku lagi seorang ni yang kat bilik. Semasa itu dia sudah mahu pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, pulang sahaja dia. Aku tak tegur dia, diam sahaja dalam bilik. Tiba-tiba dia panggil, dengan nada yang amat sedih.

Fiqa: Seha, hp fiqa hilang lagi. (sambil menangis)

Aku: (terkejut dan terus mendapatkan dia) Hilang lagi?? Hilang kat mana?

Fiqa: Fiqa tak tau, mungkin masa kat KTM tadi. Sebab kat KTM ramai sangat orang.

Aku: Letak kat mana? Tak kepit ke beg tu?

Fiqa: Fiqa dah letak kat beg rasanya lepas call tadi. rasanya memang masa kat KTM. Sebab ramai, tapi Fiqa tak perasan masa bila orang tu ambik. Masa kat LRT tue, Fiqa teringatkan hp, bila cek memang dah tak ada. Z ada call, memang dah tak dapat dah. (air matanya tak berhenti-henti mengalir,matanya merah)

Aku: iyeke....

Fiqa: Fiqa memang tak boleh pakai hp agaknya. Asyik hilang je.

Aku: Kena matikan no Fiqa tu. Call Celcom Center. Pastu renew sim tu balik. Sian FIqa. Nie, dah bagitau family belum?

Fiqa: Tak bagitau sape-sape pun. Fiqa takut nak bagitau. hari tu dah hilang. Pastu, laptop baru je rosak. Ni hp hilang lagi. Fiqa takut mak Fiqa marah nanti. Mesti mak Fiqa marah.

Aku: takpe2, g mandi dulu. solat ye.. (sambil berlalu ke bilik jiha,mengejutkan dia bangun, ketiduran dia, sebab penat sangat study.hehe kalau jiha baca nie...habisla. habisla.)

********

Aku: Jiha, bangun. Fiqah dah balik tu. Hp dia hilang lagi.

Jiha: (Dengan muka blur) hah? Fiqah?? Fiqah.... ??

Aku: ishh.. Fiqah. dia dah balik tue, hp dia hilang. Dia tengah nangis tue.

(after jiha dah berborak dengan fiqa..)

Jiha: mungkin orang tu dah aim hp fiqa dari KFC tu tak.

Aku: iye lah tu agaknya.

The rest is history... penat nak letak semua conversation kat sini.

Terus aku bagitahu Fizah pula melalui FB Chat. Keesokan hari nya, Sambil menjamu Nasi Lemak untuk breakfast bersama Fiza, sebelum memijakkan kaki ke library.

Pagi itu...(gaya macam dah lama gila berlaku, padahal pagi semalam.hehhe)

Fiza: macam mana hp fiqah boleh hilang?

Aku: (aku pun ceritalah dari a sehingga z)

Fiza: kesian dia, hp hilang lagi. Dahla baru rosak laptop. Hp pulak hilang.

Aku: tulah, kesian..

Fiza: Mungkin betul lah kot, dia takde rezeki dengan hp.

Aku: (berfikir sejenak dan teringat pesan ustazah kat sekolah rendah dulu)

Aku: Tetiba aku teringat pesan ustazah aku wey. Dia kata, kalau barang kita hilang. Kena cakap ALHAMDULILLAH, ia telah kembali kepada YANG BERHAK.

Fiza: Haa.. betul jugak tu. Mungkin benda tue hilang sebab kalau benda tu ada dengan dia, akan menjadi 1 keburukan bagi dia.

Aku: Hmm.. itulah. kena cakap ALHAMDULILLAH tu kan. Walaupun mungkin memang pada dasarnya diambil orang, diseluk, diambil toyol sekalipun. Dia pulang kepada YANG BERHAK. Mungkin itu adalah yang terbaik buat dia.

Fiza: Tapi, bagus gila kalau kita semua boleh rasional macam tu bila kena macam ni. Selalu nya,mesti kita terus fikir, kat mna hilangnya. Macam mana boleh hilang.

Aku: tulah, bukan senang nak berfikiran rasional bila dalam keadaan yang panik dan susah macam nie. dan macam SUSAH je kalau nak cakap ALHAMDULILLAH tu kan. Rasional, rasional..

...end.

Aku pun nak cepat masa tu untuk ke Library. Tapi, nie ha. Nak ucap terima kasih sungguh lah kepada Sponsor Breakfast untuk sesi pagi itu. hahaha cik najiha ye! Walaupun ada pegi Genting bersama keluarga, anda tak lupa kat kami. hehehe Apapun, nasi lemak tu sedap. Tak ada lah nak rindu-rindu kat jiha hari tu kan. hehehe **kidding!

Okey, berbalik kepada topik kita. (hmm hmm aku lost sekejap) Apa nak cakap ya? okey,

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " (Al-Baqarah:216)

Abang aku suka bagi nasihat kat aku guna ayat kat atas nie. Dan aku pun memang suka juga nak ingatkan diri aku dan semua. tu, ayat atas nie, cakap in simple sentence dia, ALLAH KNOWS BETTER...

Macam yang Fiza kata, mungkin bila benda tu ada kat kita, akan berlaku keburukan. Sebab itu, dia hilang. Kembali kepada Yang BERHAK. Walaupun, pada dasarnya, ia dicuri orang. Suka nak mengingatkan. Setiap sesuatu yang terjadi tu, pasti ada SEBAB. Pasti ada HIKMAH disebalik kejadian. Cuma kita je lah kan. Nak jadi rasional ke tidak.

Orang kata, jangan salahkan TAKDIR. betul kan? Jangan salahkan TAKDIR, kita siapa nak salahkan TAKDIR. Padahal, kalau memang itu yang terbaik buat kita, kenapa mesti tak nak terima hakikat kan? Senang sahaja implikasi dia. Ingat kita kat dunia ni bukan hidup sorang-sorang. Ada kawan tempat berbicara, ada keluarga tersayang. yang penting sebenarnya, Allah sentiasa ada. Mungkin kita ada buat kesilapan entah bila, dan ini balasannya. Siapa tahu? kadang2 Allah bagi balasan ni CASH je kat dunia. Tak tunggu hari pembalasan nanti.

Apa lagi nak cakap. Hmm, ha!

Nampak? Ujian Allah nie, lain-lain pada setiap orang. Semasa berborak dengan Fiza, Fiza sebenarnya tak sihat, demam. Fiqa, hilang hp. Aku pulak, pagi tu, diuji dengan hati yang agak berat (malas) untuk pergi Library. Ujian tu, bukan berbentuk kesusahan sahaja bagi aku. Kesenangan pun ujian juga. Kau kat bilik, memanglah best, seronok, tapi ujian aku kalau kat bilik, tuh, katil yang empuk, bantal yg memanggil-manggil aku masa nak belajar. ujian ni ada banyak bentuk. kan kan kan. Kalau bercinta pun tu ujian juga. kaya pun Ujian juga. Bak kata, dunia nie pentas ujian buat kita seorang Hamba lah. hehe

Rasa macam jadi ustazah ganti sekejap. eh, tak bukan bukan. Jadi cikgu pendidikan Islam kat sekolah rendah sekejap. hehehe
Ada tokoh tak agaknya?? lawak. lawak.

Ok, berhenti di sini dahulu. nanti aku kembali lagi.

** baju yang direndam tadi dah panggil-panggil suh basuh mereka. .chill. ;)

****falsafah aku hari nie, redha je lah dengan ujian tu, mana tahu, dapat naikkan tahap kesedaran, keimanan, ketaqwaan kita kepada Allah. Siapa tau?? Allah tau. ;)

falsafah ke tue? taram je lah. tu macam nasihat je tuh. Ok, nasihat pada diri sendiri ye. .awesome.

If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Shah said...

tq seha atas perkongsian ari 2..ngee ^_~

Fasihah Supian said...

aku juga mengingati diri aku...;)

Sweetie Fafie said...

alhamdulillah kak.. stuju2,dunia ni mmg pentas ujian buat kita.. bsbrlah bnyk2 apabila ditimpa ujian,insyaAllah pasti ad hkmh di sebaliknya kn sooner or later..=D

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Surah Al-Baqarah, 2: ayat 155)

Fasihah Supian said...

right-o!
;)