[ Credit. Kawan-kawan yang bercuti semester, SELAMAT BERCUTI. Manfaatkan cuti anda! hehe ] |
Antara jawapan-jawapan kawan-kawan aku yang cuti. macam-macam aktiviti ada. Kena ingat, gunakan cuti sebaiknya. Kalau yang susah nak balik tu, bila balik rumah janganlah asyik cakap bosan sahaja. Cuba buat aktiviti yang berfaedah. Isi masa yang ada. Gunakan masa yang ada sebaiknya dengan Keluarga.
Jom, tengok, antaranya apa. :)
- TIDUR : yang ini memang lah. Kena dapat tidur yang secukupnya. Tapi kalau balik rumah tu, janganlah asyik membuta sahaja. Pagi tu, bangun-bangunlah tolong mak buat sarapan kat dapur. Tak pun, sendiri buat sarapan untuk keluarga. Orang yang tak tidur lepas subuh, murah rezeki tau.
- MAKAN : Makan memang perlu. Tapi bila balik rumah, terlebih makan. Aduhai. Aku pun terlibat dalam kategori yang ini. Kalau cuti mak masak sedap-sedap. Tak perlu turun dari tingkat 4 beli makanan. Nak snack pula tinggal buka peti. Huhu setuju ke tak yang ini?
- MAIN GAMES : Ini apa mau jadi main games saja? Haha salah ke main Games? Kalau kejap-kejap tak apa, jangan sampai solat semua tinggal sudah. Tapi carilah aktiviti lain lagi, jangan cuti penuh dengan segala macam Games pulak.
- DOWNLOAD : Ini bagi mereka yang bila balik umah Internet laju. Kat Uni wireless laju teramat macam siput kan. huhu Masa inilah nak download segala Drama Korea, Family Outing. Apa lagi? lagu-lagu terbaru. huhu (tiba-tiba teringat "ethics in IT" haha semua belajar dalam kelas,tapi macam tak praktikkan je, kalau download free sapa tak mahu kan?huhu)
- SHOPPING : Ha, kalau balik ni, kalau shopping dengan family, memang kegemaranlah kan? Sebab tak payah keluar duit kan? Haha
- BLOGGING : ok, yang ini aku terlibat. Masa ni lah boleh post banyak entri, nanti dah balik Uni, sibuk dengan kuliyyah, susah dah nak post entri baru kan?
- BACA KOMIK : Yang ini aku lihat, mereka yang gemar baca komik, banyak habiskan masa dengan komik. Siap simpan semua siri dia. Kalau dah minat....
- ONLINE : Ha, ramai yang online! Iyeke? Macam tak je. Apa yang aku lihat, kawan-kawan aku hanya segelintir sahaja yang selalu online. Mungkin sibuk. Aku sendiri sudah jarang buka FB. Jadi mungkin bila aku online,mereka tak online.
- MENONTON TV, WAYANG lagi satu YOUTUBE : Masa ni lah kalau nak tengok episod cerita kegemaran yang dah lepas-lepas. Boleh search kat Internet. huhu
- HANG OUT : Yang ini aku khususkan keluar dengan kawan lama. Kawan sekolah. Masa ni lah nak jumpa. Nak tukar-tukar cerita. Masa ni jugalah kalau nak buat reunion.
- TRAVEL : Yang ini memang seronok! Pergi tempat-tempat lain. Berjalan melihat dan mentafsir. Cuti-cuti Malaysia! huhu Memang yang inilah paling best, tapi lagi best kalau dengan family tercinta. :)
- BACA NOVEL : Memang ramai yang membaca novel kerana sewaktu semester berjalan, mana ada masa nak layan novel-novel ni kan. Pendapat akulah.
- BACA BUKU ILMIAH : Yang ini memang bagus. Bila ada kesedaran untuk memperbaiki diri, kenalah tambah ilmu di dada. Ramai kawan-kawan aku yang dalam proses transformasi kepada yang lebih baik. So, mari sama-sama transformasikan diri anda menjadi yang lebih baik dari semalam.
- KERJA : Ada yang aku tahu, buat kerja part-time. Ada yang jadi pembantu kat printing. Ada yang jadi pembantu di pejabat sekian-sekian. Wah, bagus kan? Dapat pengalaman..
- DOMESTIC ENGINEER : haha hebat tak yang ini? Ini sebenarnya suri rumah tangga. Homa maid. hehe Antara kerja yang paling banyak sekali mengeluarkan peluh. Lagi-lagi kalau Mop lantai. Peluh menitik-nitik kat dahi. So, banyak lemak terbakar ni. Kalau nak maintain kan badan, tak nak gemuk waktu cuti ni, jadilah DOMESTIC ENGINEER yang rajin..
- BELAJAR MASAK : Yang ini, aku dengar ramai kawan aku nak belajar masak. Baguslah, nanti senang cari calon. hehe
- JADI BOS : Yang ini memang melampau. Duduk rumah goyang kaki sahaja. Aiyoo.. tak bagus tahu?
Ok, itu melalui pemerhatian aku. Kawan-kawan. Masa yang ada ni, gunakan sebaiknya. Berbakti pada kedua ibu bapa. Mungkin kita tak dapat apa-apa gaji. Tapi, ikhlaslah, InsyaAllah ada ganjaran yang menanti di sana. Sama-sama perbaiki diri. Mana yang baik, kita perbaikkan, mana yang buruk, kita cuba jauhkan. :)
FasiHaH kata:Apapun, pastikan cuti anda penuh bermakna ya! Selamat menghiburkan diri anda bersama Keluarga dan Alam Semulajadi! Hijaukan muka Bumi ini. :) Oh ya, pasti ada banyak lagi aktiviti lain yang aku tak sebut, jomlah share! ;)