FB : Add As Friend? | fasihah.com


July 17, 2011

FB : Add As Friend?


Happy evening! Evening ke? Malam ni malam nisfu syaaban kan? Hurm, bukan nak cakap sal nisfu syaaban, tapi agak-agak, buku amalan kita baik ke tak ye? Dahlah selalu buat dosa, astaghfirullahalazim...


-------------------------

Hari ni mengantoklah. Siang tadi pun tak online, sebab kena pi rumah mak cik, ada kenduri. Masyarakat kat sini, ada 1 tradisi, bila nak puasa, ramai yang buat kenduri. Ramai yang pergi ziarah kubur, bersihkan kubur, puasa..


Tapi kalau 1 malam sampai 3 rumah kenduri, mak aih... camna tu?


--------------


Selingan je tu. Bila mengantok kan susah nak fokus, tersasar je, ubatnya tidur. Sat lagi nak tidur. Eh esok ada orang ajak gi Darul Quran. Pulak? Lagi..lari tajuk..


Friends will be Friends by Mindstep

Facebook.

Ada orang suka bila ramai kawan di Fb. Seronok juga kan? Boleh tukar-tukar pendapat. Tambah kenalan pena, dari New Zealand, Kanada, Cairo, Korea ..

Tapi..

Ada banyak Friends Request yang saya tak approve lagi. Jahat ke? =.=''

Kalau ikutkan, bila approve, sekurang-kurangnya, boleh melebarkan empayar dan sayap serta tahap pengetahuan kawan terhadap kewujudan belog ini. [rasa macam ayat tak berapa betul,abaikan.]

Tapi..

Saya setujulah dengan dia ni tentang kalau blogger add as friend di Fb. Yang ini memang selalunya saya approve sebab boleh tengok mutual friend, ramai blogger, approve. Nampak group blogger yang dia join ke, tahu lah blogger. Jadi approve!

Tapi..

Jap, bukan nak perasan ye. Cuma, ramai yang add tanpa ada mutual friend, atau setakat 1 2 orang yang tak berapa mutual. Maksudnya, kalau ada 4 mutual friend, tiada unity di situ. Kalau 4 mutual friends, empat-empat bloggers, no doubt, approve. Tapi kalau sorang budak kenal kat program, sorang junior, sorang lagi kilang kerepek, haiz...

Lagi parah bila mutual nya seorang je, pulak yang tu kita pun tak berapa kenal, kadang junior ke, kawan baru ke, dan akhirnya tak berusik. Terbiar sahaja notification tu.

Kadang, tak nak approve, bila tengok wall, mak aih, banyak dia like dari belog aku. Baru faham, silent reader, jadi dia nak kenal, dia add. Barulah apprrove, walaupun 1 mutual friend pun tak ada.

Kita bukan sombong, tapi kita pun tak nak lah add sekadar add semata-mata nak peramai kawan tapi hakikatnya siapa dia pun kita tak tahu kan?

-------------


Kalau boleh, bagilah PM sikit nak add, kenal daripada mana ke kan, nak berkenalan ke.. Taklah macam termangu-mangu nak approve ke tak..


Maaflah sesiapa yang add tak berapprove lagi, was-was. Sebab sekarang ni, orang ramai suka jadi stalker. Jadi, kalau add nak tahu latest update entri, boleh like je.. [bajet ramai yang baca belog je,padahal, ape pun tak boleh.haha]






Terima kasih, kalau betul-betul nak kenal, masa add tu, bagilah pesanan sikit ye. Terima kasih. :)

p/s: nak tdo. selamat malam~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

17 comments:

Hamba Ilahi said...

kalau saya kategori mana ya cik seha?

ada kategori yang special punya tak?

Anonymous said...

hihihi..sekarang tak semua orang kita boleh percaya.. kan??

Niena Muhammad said...

hehee gambar cik tupai tu wat tersenyum laaa.. hehehe

syarifahsidrus said...

contohilah kak fasihah yang bagi pm dulu tu :)eheheh

Lydia Miza said...

salam dik..akak pun tgk ramai yg main add je.klu tak kenal walau perempuan akak tak approve pun.kdg2 blogger tak kenal pun akak tgk mood.klu rajin appv.klu tak baik angin time tu akak biar je.sbb mereka ni ramai yg main add je.bkn nak berkawan pun.bila kita on9 bkn nak tegur saper pun.dah appv kita taip tq add pun tak bls..ishh patut ke?

Fasihah Supian said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)kalau yg macam tu, memang terasa nak unfriend tu kak..huhu

najihah sahami said...

hohoh..sama la kita. jarang sangat nak approve org yang tak de mutual fren. tp kadang2 ade jugak blogger yang xde mutual fren, tp dh kenal dia, so, boleh approve dengan senang hati kan.

Syahir Ramli said...

was2 jgk nk approve kdg2 tu kn...tkot2 org yg mmg nk dengki...tp approve jgk lpas tu..hiihi

Suhazli said...

kadang jangan nak main approve je..bahaya gak tu..kan?

Alif Haris said...

hihihi .. ini sy setuju sgt ..:)
sy pn byk tak approve sbb mutual fren cuma sorag 2 orag .. takot mereka tu spy kite je .. nk stalker kita atas arahan orag ketiga or watever la ..

GREENJADE said...

mmg harus jd penyiasat sket b4 appv fren request ni..kang ade lak spy x bertauliah skudeng2 xtvt kita..ngeeee


salam kenal..salam ukhwah sis :)

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

betul... kdg2 mmg malas nk layan.. x approve pun...hehe... wah.. bnyk dah yg "like"... kne usaha lebih ni...

shida said...

agreed..
lepas ni xmo approve org yg xdikenal lagi..hahaha
tq2
jmput sggah blog shida..tq
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/kenapa-kita-pelupa-sambungan-entry-8.html

Unknown said...

kite dah berkawan ke ek kat fb

bersama kak Es said...

samalahh.. kalau tak kenal akk pun tak apprv. sbb bukan nak kejarkan bilangan friends tu. takut timbul masalah lain lak

Qaseh Dalia said...

qaseh tengok mutual fren ada abg ben ..lau ade qaseh aprove..hik2

K said...

betul, hehe XD

ada 100 lebih fren rq yang tak di approve :P