Perempuan memang menawan serta jelitawan. Lelaki memang kacak macho budiman. Kan? ^__^
Tadi petang, pi jejalan. Ada satu statement yang memanggil-manggil jari-jari ini untuk berkata-kata. Agak hiperbola di situ okeh. Jari-jari tak pandai berkata-kata, mulut sahaja. Tapi, jangan lupa, di hari kiamat nanti, adakah mulut kita yang berkata-kata?
Agak-agak dah agak ke belum apa statement dia? Hurm, seorang perempuan, berkata.. "memakai legging itu lebih baik daripada hot pants".
Korang tahu kan legging? Ambil kata dasar leg iaitu kaki, jadi seluar yang menyerupai kaki?
Dan korang tahu apa itu hot pants? hot ialah panas, seluar yang panas?
Haha umumnya, legging itu seluar yang sangat ketat, kata orang arab tight, fit dan mengikut bentuk kaki yang sangat tegak seberdiri adakah seperti menara KLCC? entah, menara KLCC itu lebih halal dipandang mata kot?
Hot Pants. Seluar yang Ahmoi selalu pakai. Tahu tak? gambar-gambar tidak akan disiarkan. Seluar jenis ini serupa macam seluar pendek, tapi untuk budak umur 4 ke 5 bulan mungkin? Sebab sangat senteng atau pendek.
Legging lebih baik daripada memakai hot pants.
Mencari tang mana yang lebih baik tu ye? Rasa macam, memakai jubah lebih baik daripada legging dan hot pants je. =.=''
Legging mahupun Hot Pants, kedua-duanya tak cukup syarat. Sebelum berkata-kata baik nya siapa yang lebih baik, eloklah tahu, aurat perempuan tu apa yang wajib tutup. Apa yang tak boleh tunjuk. Jangan memain dengan hukum Allah.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
Sejujurnya rasa macam, statement macam ni tak patut keluar. If you are non-muslim, perhaps, I will consider, if not..... hurm..
Perempuan adalah 1 cabaran buat lelaki..
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum perempuan, iaitu ANDA, perempuan dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
Mungkin ada yang berbisik-bisik mengatakan, 'alaa pakai tudung pun bukan baik! Baik tak payah pakai tudung.' Hurm, dah layak sangat ke nak menghakimi orang tu baik ke jahat ke? Hukum tetap hukum. Mana boleh tolak tepi, unless we are no longer a muslim.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Lelaki : terpandang tak apa, tapi jangan sesekali nak toleh buat kali kedua pulak!
TERIMA KASIH SUDI BACA^^