Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas buat anda, ya anda yang membaca entri ini!! | fasihah.com


March 13, 2011

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas buat anda, ya anda yang membaca entri ini!!

Assalamualaikum to all readers! Hari ni weekend, pasti tak ramai yang online, daripada pemerhatian aku, kalau weekend ni, kurang bilangan orang online. Eh, iya kah? Iya mungkin! :) Jadi anda buat apa hari ini? Ada yang bercuti? Aku tahu, cuti sekolah dah bermula, adess, aku bukan budak sekolah, kalau tidak, mesti aku tengah menghadap kartun kat depan tv.

So, aku pun jarang pergi bercuti. Si pemilik blog ar-rifke tengah bercuti tu, ke Sabah. Aku tak pernah sampai sana lagi. So, dia ada buat giveaway. Hadiah katanya COOL, dari SABAH mungkin? haha Tak dapat pergi Sabah, dapat ole-ole dari Sabah pun ok juge =p 

Kalau bercakap tentang bercuti, siapa yang tak suka bercuti? Pasti semua orang suka kan? Kalau ada yang tak suka, habaq mai! Aku memang suka lah. Seronok! Boleh memerhati keindahan alam.

Siapa kata nak bercuti, kena pergi luar negara? Kat Malaysia habis dah ke kau pergi semua? Malaysia pun banyak tempat menarik. Zoo Negara dah pergi? (soalan tak patut, mentang-mentang dekat dengan tempat aku) Lagi.. Genting Higlands dah pergi? (mentang-mentanglah dari bilik dah boleh nampak Genting,haisy) Ok, tempat-tempat yang memang menarik untuk dilawati memang banyak di Malaysia ni. Dari Utara sampai ke selatan.

Aku pernah pergi ke Pantai Teluk Cempedak. Ada tempat-tempat lain yang pernah pergi sebenarnya, tapi aku jatuh hati dengan pantai yang ini.


Aku suka pantai dia, bersih, cantik. Tapi aku tak rasa kalau mandi manda kat sini selamat. Huhu Angin pantai yang sangat mendamaikan. Kalau dapat lihat matahari tenggelam mesti cantik pemandangannya!

Sebenarnya aku pergi pantai ni sekejap sahaja, tapi terasa nak pergi lagi. Tak puas duduk kat tepi pantai tu! Sebabnya aku dengan family sebenarnya menyewa apartment di Gambang Waterpark. Biasalah, dengan anak-anak buah, budak-budak kan suka tempat-tempat begitu. Layankan saja.

Bagaimana dengan kos penginapan di Malaysia?

Kos percutian di Malaysia tak lah mahal mana pun kalau nak dibandingkan dengan bercuti ke luar negara. Pasti banyak wang yang perlu disediakan. Apapun, ada juga yang telah berjaya membuatkan percutian di Malaysia yang paling mahal hingga cecah puluhan ribu. Siapa? Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! Aku pun tak tahulah, hebat betul percutian dia. Pergi terjah baca cerita Aried tu. 

Apapun..
Impian aku untuk ke 2 tempat yang memang menjadi impian yang belum tercapai ini masih belum terkabur. Bila agaknya dapat pergi?

Langkawi
Seoul Korea. Ini gara-gara Running Man.
Ok, sekian.

Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:

1. Buat 1 entri bertajuk “Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!” dan linkkan kepada entri ini.

2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:
3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.

4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.

5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.

6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac  dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Lydia Miza said...

wahh bercuti..suka2

Orang Kampung said...

teringin gak nk join ni..
idea idea.. xdak plak idea.. huhu..

Fasihah Supian said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) mesti lah suka Kak LM! Bila lah nak pi DOHa nie...hehe

Fasihah Supian said...

@Orang Kampung join2 cepat,cepat!hehehe

Unknown said...

cuti2 mesia eh..ehehe..menarik citer ni

pape pun.gud luck...chii tengah dok ingt blk kat mana je chii da pegi..adeih

Fasihah Supian said...

@chii macam banyak je tempat yg dah pernah pergi tu chii :)