Assalamualaikum. Baru sempat nak menyambung part I, buat malam tadi lepas habis discussion yang sangat mengujakan (stressfull gila!) dan sambungan daripada Pentas Baru Hiburan Oleh Bob Lokman Part I malam tadi. Ok, sampai mana kita? Sampai PhD lepas itu mati kan? Ok, jom sambung.
....continue [again, please imagine Bob Lokman is talking to you right now..and he tells you this...]
Ada orang menamatkan PhD ini pada usia seawal 37 tahun. Dah jadi Doktor, dah ber doctorate. Bermakna dalam hukum pembelajaran, bilamana dia sampai ke peringkat PhD, dia telah menamatkan proses pembelajarannya, bermakna dia adalah master kepada sesuatu bidang yang dipelajarinya.
Pernahkahdalam usia tuan-tuan ini semua berjumpa dengan manusia yang sudah habis dengan urusan dunianya dan tidak tahu apa dia nak buat. Pernah jumpa? Dalam usia saya, ada. Mereka yang berumur 55tahun, berpencen pada peringkat Ketua Hakim Negara. Bukan rendah tu ketua Hakim Negara. Tinggi daripada saya sikit. Nama saya Mohd hakim, dia Hakim Negara. =)
Sehari selepas Tun pencen, saya panggil tun je lah, Tun mana? Ha cari sendiri. 50 ringgit. haa =)Dia tidak tahu apa fungsi dia bagi sebuah kehidupan.Sedangkan dia PhD, segala jenis-jenis kertas Ph dia gunakan. hehehe =) Hilang fungsinya. Jadi, bagaimana? Ke mana dia balik? kepada Al-Quran balik.
Maka dia balik kepada Al-Quran pada sekian umur, kalau dalam bentuk jenakanya boleh kita katakan bahawa pada umur 75 seorang wanita baru start nak belajar bab haid dan nifas. 75 dah kering darah baru nak belajar bab haid dan nifas. Ha macam itu lah tu.
Ya, sepatutnya kalau tidak menjadi adat, kalau adat dan manfaat dipraktikkan, kita bermula daripada awal dengan Al-Quran. Maka begitulah saya; kerana adat tadi, maka saya terlalai sehingga umur hampir 40 tahun.
40 tahun.
Penuh dengan dunia.
penuh dengan kegembiraan.
Penuh dengan enjoy.
Starbucks, CoffeeBean adalah tempat lepak yang saya suka untuk orang nampak saya berada di situ. Ujub berada di situ. Sum'ah kita berada di situ. Kita tak cakap perlahan-lahan kat situ, kita cakap kuat, supaya orang tahu kita style, kita berilmu. Tanpa kita mengetahui bahawa Starbucks itu adalah Al-yahudi wan nasoro. Disebut-sebut dalam Al-Quran..
Penonton: Walan tardho..
Bob Lokman: sampai situ ja? Hehe =)
Sesunggunya tidak akan redha orang yahudi sehingga kamu mengikut mereka masuk ke dalam lubang? biawak. Macam itu lah maksudnya.
Jadi hari ini sebenarnya kita tidak tahu. Kita duduk, kita belajar, betul kita belajar.. Tujuannya? Supaya kita tidak tercicir dalam kehidupan. Betul tidak? Dan kita akan dapat pekerjaan.. Dan pekerjaan ini harap-harap kita dapat gaji yang? Tetap.. Adakah Allah mengatakan dalam Al-Quran bahawa setiap manusia itu akan mendapat gaji yang tetap setiap bulan? Tak ada..
Perkara-perkara inilah yang menjadi adat kepada kita yang memesongkan kefahaman kita dan pegangan kita dan aqidah kita kepada Allah.
Jadi.. nak kena berhenti belajar ke?
Bukan... Belajarlah. belajar di mana-mana pun. tetapi bermula dengan kefahaman bahawa setiap ilmu itu datangnya daripada Allah dan manfaatkan balik kepada Allah.
Ada pernah dulu di sekolah cikgu mengajar? Tentang Ilmu Alam. Apabila siang hari angin bertiup daripada timur ke barat. Dari darat akan bertiup ke laut. Ada tidak cikgu ajar? Hujungnya, ada tidak cikgu cakap, 'Oh, ini adalah kuasa Allah s.w.t'. Ada cikgu cakap? cikgu tidak cakap..
Ada tak cikgu cakap dalam sistem pendidikan kita ini, Pada tahun 1511, maka Alfonso de Albuquerque menyerang bumi Melaka, larilah sultan-sultan Melaka dan bahawa ini adalah bencana yang diturunkan Allah kerana Sultan melaka tidak mempraktikkan cara hidup Islam.. Ada tak cikgu cakap macam itu? (penonton: ketawa) Tak ada, cikgu tak cakap macam tu.. Sedangkan itu yang sebenarnya.
Maka akhirnya, agama tinggal agama, dunia tinggal dunia. Maka tinggallah kita dengan bab nikah kahwin, bab sembahyang. Kesian kadang-kadang ustaz belajar sampai ke Yaman, sampai ke Jordan, balik-balik kerja dia cuma tangkap orang tak puasa sahaja kerja dia. Tahfiz segala tahfiz, hafiz segala hafiz, mahir segala mahir, tangkap orang tak puasa je kerja dia, atau tangkap orang berkhalwat sahaja kerjanya. Atau nikahkan orang secara haram sahaja kerjanya. itu sahaja kerjannya. Tidakkah pernah kita dengar bahawa Al-Quran itu untuk semua perkara?
Jadi yang mana kita nak utamakan antara 15 buku teks dengan 1 Al-Quran?
Saya tanpa pengetahuan dan kesedaran ini, saya menyanyikan lagu..
..andainya matahari, terbit dari barat..
..tak akan bergoyah..
..cintaku padamu..
Pernah dengar tak? Yang tak pernah dengar tu yang muda. Kalau tak caya, tanya kaki dangdut, dia pernah dengar. Lagu tu kalau kita dengar, matahari terbit dari barat, dah nak kiamat, dia nak bercinta lagi. Dah haram akidah dia. Atau pernah dengar lagu ni?
..penawar rindu..padamu..seorang..
..mengapa selalu semangatku dikau puja..
Pernah dengar? 'semangatku dikau puja' tu kerja bomoh. (penonton:ketawa) Dia masukkan dalam lirik. Memuja semangat namanya. Itu memang kerja bomoh. Dia puja semangat orang dulu-dulu, dia nak perempuan, dia tak dapat, dia gunakan bomoh. Itu adalah kerja yang? Syirik. Dijadikan? Lirik. (penonton: ketawa)
Saya ada tulis 1 lagu..
..Isabella adalah..
..kisah cinta dua dunia..
..mengapa kita berjumpa..
..namun akhirnya terpisah..
Apa yang berada di situ? Perkatan 'mengapa kita berjumpa namun akhirnya terpisah' menunjukkan kebodohan saya kepada Qada dan Qadar. Buat apa kita nak tanya lagi kenapa berjumpa kemudian berpisah kalau kita percaya pada Qada dan Qadar? Kalau kita percaya pada allah, tak akan keluar lirik macam itu.
Kenapa Bob buat? Sebab bodoh. Tak reti, tak ada kesedaran.. Tak mengenal Allah itu sebab jadi macam itu. Jadi hari ini, banyak orang tidak perasan tentang itu. Suka pada melodi, sebutlah lirik tersebut.. Kadang-kadang dengan lirik bahasa Orang putih itu menceritakan bahawa baiknya bunuh diri pun ada. Menceritakan neraka itu 1 kemestian. Pun ada. Kalau tak percaya, carilah lagu-lagu rock. Sebab saya dulu adalah pejuang muzik Rock Malaysia.
Tapi akhirnya bila saya melalui zaman kehidupan saya, anak saya membesar. Anak saya ada sini di belakang sana. Baru-baru nak sedar ikut saya. Dulu dia ikut Bob lain kan. Sekarang baru-baru nak ikut saya. Alhamdulillah, sebab dia dah faham apa yang saya buat. Dan, bila saya tengok anak-anak saya membesar, sama yang macam saya ceritakan tadi.
Anak belajar apa hari ni? Nama dia Kaji apa dia panggil, kem...KH KH. Kemahiran Hidup.. Bila laci kat rumah teercabut. Nak tolong repair. Dia tak repair repair.. Kemahiran Hidup. (penonton:ketawa). Dia kat sekolah belajar repair kerusi buat kerusi. Ayah nak beli spanar, kita beli.. Kat rumah, kerusi patah, mintak tolong repair.. 'Ayah beli lah lain'. (ketawa) Kemahiran? Hidup.. Adat semua tu.
Bila saya tengok anak saya ambil air sembahyang.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..Alhamdulillah negara kita ni banyak air terjun. Kadang-kadang ana tengok orang ambil air sembahyang, boom basah sampai orang sebelah. (ketawa) Nak sembahyang, nak bermunajat terus kepada Allah, tapi akhlak pertama nak ambil air sembahyang dah lintang pukang.
Tapi akhirnya bila saya melalui zaman kehidupan saya, anak saya membesar. Anak saya ada sini di belakang sana. Baru-baru nak sedar ikut saya. Dulu dia ikut Bob lain kan. Sekarang baru-baru nak ikut saya. Alhamdulillah, sebab dia dah faham apa yang saya buat. Dan, bila saya tengok anak-anak saya membesar, sama yang macam saya ceritakan tadi.
Anak belajar apa hari ni? Nama dia Kaji apa dia panggil, kem...KH KH. Kemahiran Hidup.. Bila laci kat rumah teercabut. Nak tolong repair. Dia tak repair repair.. Kemahiran Hidup. (penonton:ketawa). Dia kat sekolah belajar repair kerusi buat kerusi. Ayah nak beli spanar, kita beli.. Kat rumah, kerusi patah, mintak tolong repair.. 'Ayah beli lah lain'. (ketawa) Kemahiran? Hidup.. Adat semua tu.
Bila saya tengok anak saya ambil air sembahyang.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..Alhamdulillah negara kita ni banyak air terjun. Kadang-kadang ana tengok orang ambil air sembahyang, boom basah sampai orang sebelah. (ketawa) Nak sembahyang, nak bermunajat terus kepada Allah, tapi akhlak pertama nak ambil air sembahyang dah lintang pukang.
Syarat ambil air sembahyang ialah air yang sedikit diratakan ke seluruh anggota. Biar bertitik walau setitik. Itu hukum dia. Ini kau bumm orang sebelah pun basah sekali. Punya nak sembahyang sangat ni, nak menghadap Allah ni seolah-olah dia mengangkat hadas kecil tu ada tahi gajah. Kerana apa? Kerana adat..ambil air sembahyang.
Inilah manusia. Dia pergi sembahyang Jumaat, dengan cepat nak ambil saf pertama, dia letak kereta tengah-tengah jalan. Dekat luar segalanya Jammed, dia duk dalam masjid, saf pertama. Apa dia dapat? Apa dia dapat?
Bila dia baca ayat, ayat tu kata, sembahyang duduk saf pertama lah yang paling afdhal. Cuma dalam ayat itu tak lah dia sambung parking lah kereta ditempat yang betul. (ketawa) Maka dia ambil sahaja saf pertama dan parking kereta di tengah jalan. Ini akhlak..
Boleh ke kita masuk syurga dengan amalan kita? Boleh tak? Tak Boleh.. Macam mana kita nak masuyk syurga? Dengan rahmat Allah.. Macam mana agaknya Allah nak berikan kita rahmat? Macam mana? Orang macam mana agaknya Allah nak pilih nak bagi rahmat? Orang yang bernama Muhammad Rahmat? Tidak.. Habis, siapa?
katakan saya orang kaya, adik-adik semua memerlukan perbelanjaan untuk menyambung pelajaran ke Nigeria. (ketawa) contoh..=) Saya kata, saya hanya akan menanggung 2 orang, 1 lelaki, 1 perempuan.
Bob: agak-agaklah, pada orang macam mana saya nak bagi bantuan itu?
Penonton: Yang susah.
Bob: Yang susah? Tuhan benci orang kaya yang bakhil, Tuhan lagi benci orang miskin yang bakhil. Saya tak nak bagi kat orangf susah. Lagi orang yang macam mana?
Penonton: Orang yang memerlukan.
Bob: Saya tak nampak. Semuanya memerlukan. Jadi bagaimana?
Penonton: Orang yang baik.
Bob: Orang yang baik dengan kita, yang baik akhlaknya.. Kita bagilah. Betul tak? Kita tengok dia baik.. sopan santun.. Bagilah kat dia..
Tak pernah kah kita terfikir bahawa rahmat Allah datang klepada kita atas akhlak baik kita kepada Allah? Kita ingat akhlak itu sesama manusia sahaja? Kadang-kadang akhlak kita sesama manusia itu dipanggil dalam kata lain ialah hipokrit. Lebih dikenali dengan kata yang kasar sikit ialah munafik. Menunjukkan akhlak yang baik dengan sebab-sebab tertentu kadang-kadang kita boleh sampai dahulu ke dasar api neraka mendahului Tan Sri Firaun.
Jadi cuba kita berfikir, betapa baik kah kita? Sejauh manakah indahnya akhlak kita kepada Allah? Adakah dalam hati kita semangat untuk memperjuangkan Islam? Ada ke tak?
Oklah kawan-kawan, ini sambungan dia dalam video. Yang Part I dan Part II awal ini tiada video. Kalau nak, boleh, FS ada video dia. Tapi tak dan lah nak upload. Internet sangat handsome kalau nak upload video ni. Ok, layankan.
Jadi, kalau nak tahu perkembangan Mohd hakim bin Lokman ini. Boleh Like Fb beliau di sini. Blog beliau pula di sini. Ok, kawan-kawan, ini sahaja yang aku dapat tolong sik. Kalau nak video dari awal, silalah bawa external berjumpa dengan saya. hehe Ok, selamat berhujung minggu. :)
7 comments:
best pegi dgr die ckp aritu.. :D
suke dgn dia :)
wah semua ni fs tulis satu2 dr video bob lokman ker??pergh mmg mantap...
betul jugak kan pasal KH tu..
tk berkesan pun..
seronok dengar ceramah dia :)
best..dpt bygkn cmne die bercakap..=)
teruskan hidub bob..apa pun jalanbya
Nyata dan ketara sekali Bob Lokman tersesat platform. Platform mengenal Allah bukan bukan melalui parti politik. Apabila niat suci mengenal Allah dilakukan melalui parti politik, maka tidak dapat tidak seseorang akan memihak mengikut nafsu politik. Kesian Bob. Apa nak buat, begitulah jika hidup asyik untuk mencari pentas populariti.
Post a Comment