Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS | Cara Semak Keputusan SPM Melalui SMS | fasihah.com


March 23, 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS | Cara Semak Keputusan SPM Melalui SMS

Assalamualaikum! Hari ini tanggal 23hb merupakan waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh calon SPM 2010. Keputusan SPM 2010 bakal dikeluarkan hari ini. Buat adik-adik yang bakal mengambil keputusan hari ini, semoga berjaya kalian semua!

Bagi menyemak keputusan melalui SMS,

Taip SPM SEMAK<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran
hantar ke 15888

CONTOH

SPM SEMAK 901403025778 KG007B067 hantar ke 15888

Semakan Keputusan SPM 2010 melalui mySMS akan bermula pada jam 10 pagi 23 Mac 2011 hingga 12 Malam 30 Mac 2011.
Caj penghantaran SMS ialah RM0.15,untuk caj penerimaan ialah RM0.20/SMS




Haih, teringat kenangan masa ambil keputusan periksa 3 tahun lepas. Dah 3 tahun dah? dah tua rupanya aku. Tak apalah, itu cerita lama. Nak tahu keputusan aku? Tak perlu..budak nakal, mana lah belajar pandai kan...

Tapi, apa yang menarik hari ini?

Kawan-kawan aku ramai yang tak ada kelas hari ini. Budak SPM yang nak ambil keputusan, kami kat U ni pun terlibat sama. Mana tak nya, lecturer punya anak hari ni ambil keputusan. Mak dia sangat nervous. Lebih nervous daripada anak dia. Sampaikan dia cancel kelas, semata-mata nak lihat keputusan anak dia. Itulah korang, belajar bia pandai, mak ayah kita tu nak melihat kejayaan kita...

Biar mak ayah menangis kerana kejayaan kita, jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan mereka..

p/s: Madam, semoga anak madam juga success. Juga buat junior-junior sekolah yang bakal mengambil keputusan hari ini, jangan lupakan jasa cikgu-cikgu kat sekolah tu ye. Ok, keep it up! Ok, lets go to the class! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Ummi Diya said...

wah. hebat skg. dunia tekno betul. check spm pun bley gune sms. ;P

Fasihah Supian said...

@Radhiah teknologi lah katakan Radhiah :)