Pentas Baru Hiburan Oleh Bob Lokman -Part I | fasihah.com


March 20, 2011

Pentas Baru Hiburan Oleh Bob Lokman -Part I

Assalamualaikum semua! My beloved readers especially. How are you today? Glad to see you reading this entry! :) Wokey, hari ini, aku mahu kongsikan apa yang aku telah dapat daripada sharing moment Bob Lokman, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Raja Lawak, dikenali sebagai Raja Rock, tapi kini, personalitinya sudah berubah. Kerana apa? Kerana Allah telah memberikan beliau hidayah untuk mencari Islam, bukan mencari dunia.

Aku kira perkongsian yang berlaku pada 2 hari lepas merupakan perkongsian yang sangat tulus dari hati ke hati Bob Lokman kepada kami pelajar UIA. Aku percaya, semua pendengar merasa senang mendengar bait-bait percakapan yang disampaikan. Talk beliau juga sangat sempoi, ada lawaknya lagi yang membuatkan penonton tidak kering gusi dan tertawa, tetapi, pengisiannya cukup mengetuk hati dan fikiran untuk terus memperbaiki diri. InsyaAllah

Aku menulis kerana telah didesak oleh beberapa orang kawan, seperti jiran sebelah, Anak Jawa, juga kawan-kawan di Facebook, menginginkan aku untuk bercerita apa yang telah aku dapat daripada talk tersebut. Dan mereka bilang, kalau ada video, lagi bagus. Ok, aku ada video, tapi nak upload ni, macam tak sahaja kan?tak apa, aku akan berikan gambaran yang terbaik untuk anda! :)

Ok, siapa tak kenal Bob Lokman? Ini merupakan gambar dia yang terkini.


Hmm, macam mana nak mulakan cerita ya?

Muqaddimah [sila bayangkan ini Bob Lokman yang sedang berucap. Ok]

Hari ni, saya tak sangka orang ramai ada di sini, sebab selalu kalau pergi tak berapa ramai. Jadi hari ini alhamdulillah, bila kita tengok orang ramai nak dengar kita umpamakan nak dengar cerita Abu Jahal masuk Islam. 

Korang mesti nak tahu, kenapa, pasal apa? Pasal apa jadi begini, kan? Ada, jenis-jenis soalannya pun kita kena faham. Ada orang akan tanya, "kenapa Encik Bob berubah?" ha.. tu yang tanya tu, dia pakai gaya Fauziah Nawi. Ada juga yang tanya, "ni awat jadi lagu ni ni?" haa.. jadi, soalan yang bentuk pertama tadi, kita jawablah dengan betul. Soalan yang kedua tu, kita jawab "aku punya suka lah, hang susah apa?"

Jadi anda semua ni mesti nak tahu berdasarkan soalan yang pertama tadi, "mengapa jadi begini?" kerana.. Bila hidup kita tidak pernah berfikir tentang kebenaran dalam hidup, bila sekali kita mencari kebenaran maka kita akan berjumpa dengan kebenaran yang perlu kita praktikkan. Luar dan dalam. Bukan sekadar memenuhi kehidupan dan kehendak kita daripada kita dilahirkan, hingga dibesarkan. Belajar. Bekerja. Membina rumah tangga dan.. mati. Itu terlalu simple untuk kehidupan yang terlalu kompleks.

Apabila adat dilebihkan daripada agama, maka dunia terlebih penting daripada akhirat.

Di mana kehidupan ini kompleksnya dalam jangka masa umur 60 tahun adalah merupakan 1 tempat untuk kita bercucuk tanam, dan menuai hasilnya apabila kita mati nanti. Itu realiti dia. Tapi kita dibesarkan dengan adat untuk sebuah kehidupan.

Belajar pandai-pandai, besar, dapat pakai kereta besar, dapat rumah besar, dapat bini kecik. =) Itu yang selalu, zaman saya dulu tahun 70-an start daripada darjah 1, itulah pesanan daripada rumah dan juga orang-orang kampung di kedai kopi. Kalau bahasa Kelantannya dia kata "ngaji sungguh, sok-sok pakai kete besa, rumah besa". 

Jadi daripada kecik kita telah dibuaikan dengan kehendak dunia. Semuanya dunia. Maka kita pun belajarlah bersungguh-sungguh semestinya aku akan masuk universiti untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Haa.. tiba-tiba hilang. =)

Jadi tuan-tuan dan puan-puan,

Kalau itulah hidup ini, maka kita akan tercari-cari dalam maksud "Innamal a'malu binniat''. Bila mana kita berniat untuk masuk syurga? Bila kita berniat untuk mendapatkan rahmat Allah? Bila? Mula-mula kita dilahirkan kita nak berniat? Tak sempat berniat, orang dah iqamatkan kat telinga dah. =) jadi bila masanya? Adalah apabila kita mempunyai akal. Carilah kebenaran sebab itu diberikan akal.

Sebelum datang akal, diberi kita Alif Ba Ta, lepas itu Muqaddam.. Adat kita apa?

Alif Ba Ta, habis Muqaddam sampai Lam Ya Ku Nil tu, lepas tu masuk balik dari Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah, balik ke Surah An-Nas balik, dah tak mengaji dah. Dah khatam. Banyak orang dah tak mengaji termasuk saya dan anak-anak saya. Saya tak kata tuan-tuan pun macam itu juga. Apa pula yang jatuh? (tongkat beliau jatuh pada masa ini) =) itu salah satu daripada petanda? Tua...bila latah tu kan? =)

Itu sebenarnya yang dikatakan, masalahnya ialah adat. Habis mengaji tadi sampai Surah An-nas tadi, masuk ke sekolah. Buku-buku persekolahan lebih banyak daripada Al-Quran. Berapa banyak buku teks yang anda ada? Katakanlah, 15. Al-Quran ada 1 buku teks. Ada 30 Juzuk. Surahnya berapa? 116. (penonton:114) Saja saya buat tak tahu. =)

Adakah kita tahu kesemuanya di dalam itu adalah diperlukan untuk sebuah kehidupan dan kematian kita? Kita tahu dan tak tahu. Antara 2. Yang tahu akan masuk secara dalam-dalamnya. membaca Al-Quran, mencari maknanya dan mempraktikkannya apa yang ada dalam Al-Quran itu. hendak di Tahkik kan lagi benda tu, melalui kefahaman, melalui akal yang bijaksana dan IQ yang tinggi, digunakan pula Hadis. Menepatilah Sabda rasulullah s.a.w, tidak tersesatlah kita selama-lamanya jika kita berpandukan kepada Al-Quran dan hadis.

Tapi mengapa kita melebih-lebihkan dunia dengan 15 buku teks untuk 1 peringkat kemudian kita sambung lagi ke Master kemudian sambung lagi sampai ke PhD. Lepas PhD? Mati. =)

p/s: ini semua memang kata-kata Bob Lokman. tiada penambahan.

Ok, stop sini dulu. Banyak lagi input menarik daripada Saudara Bob Lokman. Tetapi, ada baiknya jika korang sendiri yang dengar dan lihat. Memang sempoi, tapi pengisian dia tulus daripada sebuah episod kehidupan lalu yang melebihkan sebuah kehidupan dunia.

InsyaAllah malam nanti kita sambung. Nanti FS berikan video sekali. Tapi tunggu Part II itulah. InsyaAllah malam nanti. La ni ada discussion untuk project DS. Huhu Got To Go. Sorry. Malam ni, Ok? InsyaAllah. Wil meet you again. Wassalam. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

AJ sedia menanti...hopefully malam ni pon line tenet mengizinkan...senang nk loading video tu...

Mira Amirudin said...

Alhamdulillah...terkejut jugak mula2 tadi;)

niesz said...

betul tu, hidup ni cuma sementara, akhirat yg kekal abadi selamanyer..

Unknown said...

entry yg menarik sahabat.. :)

Hansyirah Takezur said...

Alhamdulillah.. terasa seram sejuk pon ada gak.. Akhirnya seorang penghibur dah kembali ke jalan yg benar.. walaupun ada yg tak suka dgn prubahannya, namun dia ttp bersahaja.. changing for good ain't a crime.. kita kena amik iktibar dgn kata2nya..

jazakillah sharing this.. :)