6 Kubur Digali Untuk Aktiviti Pemujaan | fasihah.com


March 8, 2011

6 Kubur Digali Untuk Aktiviti Pemujaan

Assalamualaikum to all the readers! I am really hope that you are in the best condition of health! by the way.. I am home! Inilah perkara paling menyeronokkan bila belajar kat u ni. Bila dapat balik rumah, memang seronok sungguh-sungguh-sungguh! Tak terkata kegembiraanya! Tapi, bila balik kampung, banyak benar cerita yang baik dan tak berapa baik hinggap ke pendengaran. Almaklumlah, lama tak balik kampung. huhu

Mak: Kubur yang digali tu ada 6 semuanya. Ada kain kapan kat situ sekali dan ada darah kat kain kapan tu.
Along: Mane mak tahu?
Mak: Orang kata memang ada kat surat kabar, dia beritahu.

(aku dok terpinga-pinga dengar perbualan mereka. Sungguh aku tak faham, apa lah yang depa dok cerita ni kan..)

Along: agaknya orang yang gali tu ada buat aktiviti pemujaan kot mak.
Mak: Iyalah agaknya. Setiap kubur tu, dia gali bahagian kaki.

Mak: kata orang yang percaya benda khurafat ni, kalau dapat tali pengikat kepala mayat, bila memancing ikan, sentiasa dapat. Itu kata orang yang mengamalkan khurafat.

Aku: eh, eh, eh, apa ni??? Tak faham betullah. Apa ni? Apa yang terjadi? 
(punya ketinggalan zaman budak ni)
Mak: alaa, kubur kampung sebelah kena gali dengan orang.
Aku: hah? kenapa digali?
Mak: Untuk aktiviti pemujaan agaknya.

Angah: Tak baca ke paper sinar semalam?
(adess kantoi aku tak baca paper)
Aku: la, mana ada sinar kat kiosk.
Angah: ada keluar kat surat khabar hari Khamis hari tu. Cerita kubur kena gali ni.

******
Kesan Kubur Yang Digali. Maaf, Gambar terpusing 90 darjah sebab amik dari Sini.

Aku pun, terus search kat Internet tadi, nak tahu cerita sebenar. Meremang bulu roma dengar. Bengang pun ada juga. Masih ada orang yang kurang bertamadun rupanya zaman moden ni. Tak takut dengan dosa langsung. Menurut kata masyarakat setempat, kubur-kubur yang digali, merupakan orang yang meninggal dunia pada malam Jumaat. Jom baca kisah kubur ini.

SUNGAI LANG TENGAH - Penduduk di sini dikejutkan dengan penemuan enam buah kubur yang dikorek pihak tidak bertanggungjawab di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lang Tengah, semalam.

Ketua Kampung, Kandar Sadiman, berkata, beliau mendapat maklumat kes berkenaan awal pagi kelmarin dan sebelum membuat laporan pois.

Menyifat kejadian tersebut sebagai serius, Kandar berkata, perbuatan tersebut dipercayai ada kaitan dengan ilmu hitam dan tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut dilakukan oleh pengamal ilmu songsang tersebut.

“Enam buah kubur yang dikorek tersebut melibatkan tiga buah kubur kanak-kanak dan tiga lagi kubur orang dewasa. Kejadian ini disedari seorang pekebun yang ingin memotong rumput di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

“Saya kecewa sekiranya pihak berkenaan melakukan perbuatan berkenaan untuk tujuan amalan ilmu hitam”, katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kandar berkata, melihat keadaan lokasi kejadian, dia tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku beberapa bulan sebelum ini tetapi tidak disedari penduduk.

Menurutnya, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab agama melakukan siasatan segera kes tersebut dan melakukan pemantauan bagi mengelakkan kejadian sama berulang ke tanah perkuburan lain.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat, Md. Razali Hassanusi, berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak atasan Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut ada kaitan dengan ilmu hitam. Apa yang berlaku amatlah dikesali kerana masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan amalan khurafat walaupun ianya salah di sisi agama.

“Tinjauan Paid (Pejabat Agama Islam Daerah) Kuala Langat bersama pihak polis turut menyaksikan sebahagian kain kapan juga berselerak dan kubur dikorek sehingga menimbulkan kerisauan masyarakat setempat.

“Keadaan tersebut sebenarnya memberi gambaran masih terdapat masyarakat yang tidak berhati perut dan terus menganiayai insan-insan yang sudah meninggal dunia”, katanya.

Md Razali berharap, perbuatan berkenaan diharapkan tidak lagi berlaku di daerah ini sekali gus meminta kerjasama masyarakat supaya meninggalkan amalan khurafat dalam aktiviti seharian mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan kejadian tersebut dan polis akan menjalankan siasatan mengenainya.

Hai, malu lah. Malu masyarakat hari ni masih mengamalkan benda-benda macam ni. Orang yang dah meninggal tu pun masih nak dikacau. Dah banyak sangat buat amal ke mereka ni? Orang yang dah meninggal tu juga jadi mangsa. Hanya untuk memuaskan nafsu orang-orang yang kurang bertamadun ni. Dorang ni memang kurang bertamadun atau tak bertamadun agaknya??

Lau rasa nak share, boleh lah share, klik like dan share. Agak-agak mereka buat apa gali kubur tu?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

8 comments:

Unknown said...

waa...nasib awak buat entry ni..fy pon xbaca paper smlm..ape nak jd la zaman skrg ni.. =(

niesz said...

mmg da mcm2 jd skrg ni, yg pelik2 tu la yg timbul skrg ni, x fhm btul..

airaniez wirdani said...

ok.menakutkan.korek satu kubur pun cuak.dia leh korek 6 skali..huhu

habsahharun said...

apa lah yang dorang nak puja tu ye..

kalau tgk dlm drama tv, selalunya kubur anak dara kena korek utk buat minyak dagu..

Hansyirah Takezur said...

ya Allah.. khurafat tuu.. betapa sempitnya pemikiran.. even kita dah duk dalam dunia serba moden ni.. masih ada ey yg berfikiran camni..hmm...

hamzah ian said...

berani pulak dia gali eh.. gua takut.. hoho

Sunah Sakura said...

kesiannya lah jasad mereka yang digali...

moga dapat balasan setimpal dari Allah atas perbuatan syirik mereka...

CIK TOM said...

eh ada jugak camni..seram plk bc entry ni malam2..huk3..