Stopping The Desire: Bila Robot Menggantikan Tempat Isteri | fasihah.com


March 2, 2011

Stopping The Desire: Bila Robot Menggantikan Tempat Isteri

Assalamualaikum to all the readers! Hiyaaa~~ cak baaa! Hehe Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Ada tak baca cerita orang kat Jepun yang terlebih advance dah cipta robot ganti isteri lah pulak.. Ni tengok sini gambar dia.

Rakyat Kanada, Lee Trung bersama robot ciptaannya, Aiko yang dijual pada harga RM54,000, setiap satu.

Wah. Kau cuba lihat tu, manusia kahwin dengan robot kau. Kau nak tak kawin dengan robot? Aku tak nak lah, bukan dia faham hati kita pun. Macam-macam lah manusia sekarang ni. Apapun, kena sentiasa ingat, tak ada siapa pun yang dapat mencipta benda yang sama macam mana Allah cipta.

KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.
Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi. 
Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.

Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba. More >>>

Antara robot popular:

Teman pesakit strok
Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.

Robot paderi
Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.

Teman kanak-kanak
Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.

Robot pelayan
Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.

Pengurus rumah tangga
Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam. 

Nota ringkas:
- jom pergi kelas, hehe
- mulakan hari anda dengan senyuman! ;)
- Pastikan anda tak berkahwin dengan robot ye. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

10 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

gile tul tu.....xbest.....

Mutiara Bernilai said...

morning dear..

aishh..bahaye ni..last2 manusia semakin menjadi tak btanggungjawab..huhu

hm..robot ni ade nilai ethic n kasih syg x eh? yg xtahan siap ade robot paderi..apekah??

niesz said...

suami robot ade x..ehehehe..tp kalau dah buatan manusia, sure ade kekurngn nye kan..

Fasihah Supian said...

@::blog anak jawer:: hehe dy lebih suka robot, nak wat guane...hehe

Fasihah Supian said...

@Mutiara Bernilai tu dah macam sembah patung je kan along?hehe

Fasihah Supian said...

@niesz haih, nak ke suami robot niesz??hehehe

Wani. J said...

yg sya thu robot pelayan je

ade plak robot nk wt bini
blh ke wt ank? hehehehe ;)

Shazwan said...

Bila plak nk keluar robot gantikan si suami...hehehe

Fasihah Supian said...

@Syazwani Jalal dah sah2 tak boleh buat anak.hehehe

Fasihah Supian said...

@Shazwan aiii,nak ke??hehe