Mana Satu Yang Perlu Dipilih Sebagai Kekasih Hati? | fasihah.com


March 14, 2011

Mana Satu Yang Perlu Dipilih Sebagai Kekasih Hati?

Assalamualaikum semua. Anda sudah berpunya? Bagaimanakah anda memilih pasangan anda? Bagi yang masih dalam dilemma dalam mencari pasangan hati, ini jawapannya. ;)

*****

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya  mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.  Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan  sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.."  mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu  membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan  kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja  ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak  menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama  mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang  bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin  dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh  ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak  dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia  telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali  lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti  seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak  buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire.  Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum  kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu  tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta  dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak  pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya  merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak  memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil  memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

Sambungan cerita di sini.

*****

Menarik cerita tu. Buatlah pilihan yang betul ye kawan-kawan. Walaupun Song Joong Ki yang FS minat, dia bukanlah pilihan yang tepat. hehe :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Sunah Sakura said...

sweet kan cite ni...:)

Hansyitake~ said...

suka jawapan tu... tulus daripada hati.. memang susah kita nak cari someone yg akan jd jodoh kita..

Orang Kampung said...

ramai skrg ni becinta sbb nafsu..
tu pasai x pnjng cinta depa..
bagus artikel dri iluvislam ni, sebaik baiknya brcintalah slpas kawin.. bru lbih hangat nti..hehehe

Fasihah Supian said...

@Sunah Mohammad betul tu angah! :) kak sunah ni bila nak langsung?hehe

Fasihah Supian said...

@Hansyitake~ tahu xapa..nak pilih pasangan bukan semudah ABC....kan....

Fasihah Supian said...

@Orang Kampung haha tapi susah gak kalau tak kenal langsung....hehehe