Ok, kawan-kawan, hari ini, aku nak berkongsi fenomena pelajar sekolah pula. Ya, pelajar nakal, macam aku pastinya anda semua juga pernah mengalaminya. Cerita ini telah diadaptasi dari pelajar nakal yang comel ini.
Fenomena 1: Pelajar Nakal Terlebih Rajin Datang Awal, untuk?
Abu: Ali, nampak tak Cikgu Siti pagi tadi?
Ali: Nampak, nampak.
Abu: Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun.
Ali: Ada laaaaa
Abu: Plat kereta dia ABC 123 kan? Aku tengok tak ada pun.
Ali: Dia tak naik kereta dia yang tu hari ni. Dia datang dengan husband dia.
Abu: Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.
Untuk Melihat Sama Ada Cikgu Hadir Atau Tidak Sahaja?
[memang cukup nakal]
Fenomena 2: Pelajar Nakal Yang Rajin Membawa Buku Teks, Tapi..
Cikgu Siti: Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya tak masuk kelas.
Murid-murid : ALA. APA NI CIKGU.. KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alaaa :(
Selepas cikgu keluar, semua murid sorak kegembiraan!
[masa sekolah, siapa tak suka cikgu mesyuarat,kan kan kan?]
Iklan: pelajar nakal yang tetap comel.
Fenomena 3: Apabila Pelajar Nakal Terlebih Rajin?
Ali : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Abu : Aku pun!
Kawan-kawan Abui dan Ali : Aku juge aku juge!
Murid skema : Aku buat! :P
Cikgu Siti : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla..
dan sesi pembelajaran bersama Cikgu Siti pun tamat..
Pelajar Gembira?
[ish ish ish.....]
Fenomena 4: Pelajar Nakal Tidak Suka Pulang Awal?
(Lagi 5 minit nak habis kelas)
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham (sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg)
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T (Bawa keluar balik semua barang)
Padan Muka! Siapa suruh jadi pelajar nakal?? =p
Ada lagi 2 fenomena, boleh terus cari pelajar nakal yang comel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. hehehe
Dah masuk U, masih nakal lagi tak ya? Nantikan episod akan datang, hehehe Anda pula bagaimana? Pelajar skema atau pelajar nakal di sekolah? ;)
Nota pesanan ringkas:
1. Tuan tanah sedikit sibuk di penghujung Semester kerana ada banyak kerja yang belum selesai. Jejak akan dibalas kemudian. Terima kasih kerana membaca :)
2. Peperiksaan akhir tinggal beberapa hari sahaja lagi.
3. Akhirnya dapat bersama Saudara Bob Lokman tadi, mendengar ceritanya. May Allah bless him..
4. Dengar-dengar Fedtri Yahya pun nak ikut jejak langkah Bob, betul ke?
10 comments:
haha..teringat zaman sekolah dulu..rindunyaaa nak jadi kanak-kanak kan..
slamat ptang syg,,
eheh..tgelak along bace..
nway alang, all d besh 4 final paper neh!!
u r in my prayer!
syg slalu!~
hahaha..AJ x macam tu ea...:8)
hahaha.lawak gak
@najihah sahami tp xdapat nak u-turn masa :)
@Mutiara Bernilaialong memang sgt baik hati...huwa...love you long!
@::blog anak jawer:: ea..yeke AJ? nak cakap dia pelajar baik lah nie ea??
@Onitsuka_hanadulu bukan memang macam tu ke? hehe
hehe..tu la..tringt zmn skolah dlu..nsib baik skrg dh baik dh..haha =p
@kiwi hehehe manusia berubah :)
Post a Comment