Assalamualaikum semua. hehe Sekarang ni kat U musim pepriksaan kan? Tak dilupakan juga owner of this blog. Bz nak exam. Tadi ada orang share 1 note kat FB, Kenapa Pelajar U Gagal dalam Peperiksaan. memang menarik. Haha Pandai betul dia buat analisis. Jom baca nie!
Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun. **especially bloggers, berapa jam menghadap blog sehari???
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!
Hehe ini sekadar selingan bagi mereka yang sedang belajar. Perlu diingat, nak berjaya perlukan usaha, orang berjaya akan mencari jalan, orang malas akan mencari? alasan....
Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)
Notes:
1. Baru jenguk blog, masa on, ada 755 followers, tetiba jadi 754, huhu macam-macam. Owner sibuk nak exam, belum sempat balas jejak. Haih, tak kisahlah, korang dah besar boleh fikir sendiri.
2. Waktu yang diperlukan untuk study lebih diberikan priority buat masa ini. Segala jejak, komen belum dapat dibalas. harap maklum. Ini bukan soal sombong tapi soal mana yang lebih penting.
3. Buat kawan-kawan, selamat berstudy, kuliah pun dah habis. Mari gunakan waktu yang ada sebaiknya.
4. GOOD LUCK to all yang akan menduduki peperiksaan. ;)
15 comments:
hahaha...sgt setuju...need more time...:8)
aduh!strees nye, kadang2 time exam tu lagi tensio..gape pulak dekat2..boleh gile jd nyer..heee...
setuju dgn statement fasihah tu, tp time yul sekola dulu tak pernah guna semua tu kot, hikhik. sebab tu tk brjye. hurm. utamakan yang penting dulu, blogging nie bila2 mse boleh kan. yul faham. hee :)
@::blog anak jawer:: good luck AJ!
@niesz hahaha same lah kita niesz..tp lum gila lagi.hehehe
@YUL tq yul! :)
Hahhaaa...lawak2...dari 755 jadi 754...dia pi toilet sat tu...hehehhe....korang sekarang student banyak cabaran...masa aku dulu mana ada segala internet, blog, FB bagai ni...nasib korang la....pandai2 la bahagi masa....hehehhe
@Fadzli Amir hehe bro..tahu xpa...makin banyak cabarannye apabila teknologi makin advance nie....adeh..banyak betul yang menggoda...hehe
alasan memanjang ye.. :) .. muhasabah kembali pada diri ni.. dan semoga berjaya dan kuatkan semangat juga pada enti ya.. salam ukhuwah
@mariah terima kasih mariah..ye, berusaha!hehe
hehehe.. nanti cuti 3 bulan.. dah terlebih xcukup dah nak blajo!.. huhuhu....
gua tak sngka ko seorang adek yang bijak pasal mate ni
@-ilhamArman- haha tau lah cuti semester panjang sungguh!hehehe
@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o well bro..kau kan lebih memahami hehehe
all da best utk final seha!:)
Post a Comment