March 31, 2011

Pelajar U Memang Hebat!! BRAVO!

Assalamualaikum semua! To all my beloved readers, my beloved commenters..hehehe lagi-lagi brother nie brutalsolo dan saudari niesz. Haih korang memang tersangat sporting ah! Hiyaaa benci la, kenapa mesti nak online? Dan kenapa mesti nak buka belog ini?? Gerammm, mod: final exam. -____-''



Hang pa pernah dengar tak pelajar ni selalunya lebih hebat daripada seorang lawyer mahupun profesor madya. Mahu tahu sebab apa?




Sebab..... baca nie...

In a survey it was asked in how many days can a 1000 pages book be read? 
WRITER : 6 months 
DOCTOR : 2 months 
LAWYER : 1 month 
STUDENT : on the night before exam!


Haaa.. hebat tak? hebat kan? Aku lah tu, nak final ni, baca buku teks sampai lebam. Tertidur tersengguk-sengguk. Ahhh.... yang bestnya, 3 hari berderet paper reading! best GILA!



Anda semua yang sedang dilanda demam FINAL EXAM seperti aku, sila jangan bunuh diri ye. Hehe Pastikan anda letakkan niat yang betul. Tak apa, kalau rasa macam banyak sangat nak  baca, tak payah baca terus. -____-'' hehehe


Apapun, aku cuma nak ucap GOOD LUCK to all my fellow friends!!!!!
May Allah ease our burden and SUCCESS!!




Haha, sokong? Don worry, student memang hebat. So, jangan GIVE UP! kalau suka, boleh like! ;)

Notes:
1. Segala post adalah autopost.
2. Segala jejak belum di balas.
3. Giveaway top commenters akan di extend sehingga akhir bulan 4.
4. yang no 22 222 jangan lupa claim GA.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 30, 2011

Limited Edition Version Of Satria NEO R3

Assalamualaikum my beloved readers. I am just stopping by to spread this message! Do you like SATRIA NEO? Do you prefer PROTON? If yes, you may grab the chance to own R3 SATRIA NEO! Hurrp up! It is limited!



There's only 300 units in Malaysia, so if you miss this, you'll miss the chance of owning a new Satria Neo R3. Inspired by motorsports, this beauty is assembled by enthusiasts for enthusiasts.


So, just click HERE to know more details.







Note:
I am sorry, I am really have a difficult time to online now. Final exam is just near by. Pray for me!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 27, 2011

Rahsia Misteri Telah Terbongkar!

Tadi Dxsonique, seorang ahli Says telah membuat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Berbekalkan kameranya, tanpa ragu-ragu dia mengembara dari Damansara Utama ke Bukit Bintang untuk membongkar misteri ini. Selepas berjam-jam mencari, akhirnya, cuba teka apa yang dijumpainya? Dua Pontianak berpakaian serba putih berjalan membawa penanda bertulis “Biar Betul” disiang hari!
Tengoklah renungan maut yang dilemparkan oleh Pontianak kepada semua pengunjung Sungai Wang. Kesemua pengunjung merasa takut kepadanya!
Tak percaya dengan kuasa renungan mautnya? Lihat lelaki muda ini yang melarikan diri apabila dia merenungnya.
Ibu dan anak perempuan menjerit ketakutan apabila Pontianak merenung mereka!
Klik SINI untuk baca cerita lebih lanjut! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Attention to all my followers!

Assalamualaikum and a very good morning to my beloved readers! Happy Sunday everyone! Hari minggu hari paling disukai. Semalam earth hour, berapa jam tutup lampu? Hehe

Tapi, aku sokong apa kawan aku kata. Dia kata macam ni..

rileks arr bro, gua open lampu sejam je pun. karang tepat jam 9.30 gua off lampu sampai 5.30 pagi esok baru gua on. lagi lama dari korang off. barulah namanya selamatkan bumi. setakat sejam je bro mana cukup. dah tu membazir je kejenya. kata berkobar-kobar nak selamatkan bumi. boleh jalan lah bro!

Haa..betul kan apa kata dia?Dunia ni makin panas, siapa punya angkara? manusia.. Jadi sebagai manusia, aku rasa, kita patut sedar bahawa kita dipertanggungjawabkan untuk memastikan kita menjaga bumi kita ini sebaiknya.. Tak gitu? hehe 


Oklah, macam biasa, entri pendek-pendek sahajalah waktu demam peperiksaan ni kan. Pulak tu, autopost. jangan marah haaa.hehehe




To all my followers! 

Minta perhatian, bagi mereka yang dah follow belog picisan ini, tapi tuan belog ni tak follow balik, sila beritahu dan marah tuan belog ini. tuan tanah kedaung ni kadang-kadang blurr sikit. Tapi kalau blurr banyak,lagi banyak lah yang tak terpandang. Harap maklum. Aku nak follow belog korang yang belum aku follow semula. Sila tinggalkan link belog anda diruangan komen di bawah. Terima Kasih! ;)




p/s: sila baca status, siapa no 22 222, sila jangan segan-segan beritahu aku. Taki kiralah kau sapa, janji pelawat ke 22 222. Lagi 1, top commenters, aku masih fikir nak bagi giveaway apa kat top commenters tu. Lagi 1, komen semalam belum sempat dibalas jejak semula. InsyaAllah one fine time, I will reply. hehehe Ok, see u when I see u! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 26, 2011

Ya, Aku Perempuan, So?

Assalamualaikum semua! Morning readers! Sekarang musim peperiksaan akhir Universiti kan? Pelajar-pelajar dah mula sibuk dengan urusan buku masing-masing. Tidak ketinggalan, owner of this blog juga.. Jangan cari alasan untuk tidak belajar ye! hehehe

Jadi, hari ini, tiada apa yang nak dikongsikan sebenarnya, cuma, semalam aku terjumpa 1 blog yang sangat penting untuk semua insan yang bernama wanita atau perempuan di luar sana..



Memang wajib baca 1 blog ni..Dan semua perempuan patut ambil tahu bukan buat tak tahu. Wajib tahu. Ok, so apa bendanya kan?





Ok, layan kan....




Klik pada gambar untuk terus ke capaian.


Ada banyak isu yang dikupas mengenai perempuan di blog tersebut..Jadi, aku kongsikan ini semua buat yang membaca. Agar yang tak tahu jadi tahu dan yang dah memang tahu tidak melakukannya. Juga, bagi mereka yang memang dah tahu akan menyebarkanya..   



Jagalah maruah diri anda wahai perempuan, kerana aku juga perempuan...
Tiada lain, maruah anda sangat berharga kerana anda memang cantik! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Earth Hour

Assalamualaikum to all my beloved readers1 ^____^ Sudah makan? Do you know that tonite is Earth Hour? It will begin at 8.30 pm. Hot.fm pun tak akan bersiaran selama 1 jam malam ini. Jadi, satu jam sahaja kan? Mari menyokong Earth Hour! ;)



POCOYO pun support Earth Hour lah! hehehe


Jom-jom malam ni ok?







(^______^)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 25, 2011

Alasan Pelajar Gagal Peperiksaan [U]

Assalamualaikum semua. hehe Sekarang ni kat U musim pepriksaan kan? Tak dilupakan juga owner of this blog. Bz nak exam. Tadi ada orang share 1 note kat FB, Kenapa Pelajar U Gagal dalam Peperiksaan. memang menarik. Haha Pandai betul dia buat analisis. Jom baca nie!


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,

Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun. **especially bloggers, berapa jam menghadap blog sehari???

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!


Hehe ini sekadar selingan bagi mereka yang sedang belajar. Perlu diingat, nak berjaya perlukan usaha, orang berjaya akan mencari jalan, orang malas akan mencari? alasan....



Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

Notes:
1. Baru jenguk blog, masa on, ada 755 followers, tetiba jadi 754, huhu macam-macam. Owner sibuk nak exam, belum sempat balas jejak. Haih, tak kisahlah, korang dah besar boleh fikir sendiri.
2. Waktu yang diperlukan untuk study lebih diberikan priority buat masa ini. Segala jejak, komen belum dapat dibalas. harap maklum. Ini bukan soal sombong tapi soal mana yang lebih penting.
3. Buat kawan-kawan, selamat berstudy, kuliah pun dah habis. Mari gunakan waktu yang ada sebaiknya.
4. GOOD LUCK to all yang akan menduduki peperiksaan. ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 24, 2011

Sekolah Terbaik SPM 2010

Assalamualaikum semua! Haih, jiran sebelah suka betul bila sekolah dia jadi the best school untuk SPM 2010. Dah berapa tahun dah, nama sekolah dia je. Pergh... Semua lelaki tu..

Sini baca sini meh...

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengetuanya Sabuddin Sani berkata pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Katanya jika tahun 2009 hanya dua calon sahaja mendapat semua A+, tetapi pada tahun 2010, ia telah mencatat sejarah apabila 16 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang.
 Berita selanjutnya >>>>

So, nanti pukul 8 boleh lah tengok berita, mesti ramai yang bergembira hari ini.. Dengar kata Keputusan Meningkat tahun ni kan.

Kawan aku kata: gila lah, SASER lagi, semua lelaki pulak tu. Ramai tu yang dapat semua A. Naz, sila jangan kembang sangat Ok. Bukan hang yang amik keputusan hari ini. hehe ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 Meningkat

Assalamualaikum! Tahniah to all my juniors. You have done very well. SAMUSKDianz must be proud of you guys! Keep it up! Remember, it is the beginning of your real life. In the future, you need to work harder! ;)

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009. 

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi. 
Sumber: Berita Harian

Tahniah kepada calon SPM 2010! Bravo! Kalian memang hebat! Semoga kalian terus success dan menjadi insan yang cemerlang dan berbakti kepada negara.


Pada yang tidak berapa cemerlang, jangan berduka cita, ini bukan jalan terakhir untuk berjaya. SPM bukanlah segalanya. Selepas ini banyak lagi cabaran yang perlu dilalui. SPM sebagai 1titik permulaan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)

Congratulation once again to all SPM candidates! :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^