Showing posts with label Keputusan SPM 2010. Show all posts
Showing posts with label Keputusan SPM 2010. Show all posts

March 24, 2011

Sekolah Terbaik SPM 2010

Assalamualaikum semua! Haih, jiran sebelah suka betul bila sekolah dia jadi the best school untuk SPM 2010. Dah berapa tahun dah, nama sekolah dia je. Pergh... Semua lelaki tu..

Sini baca sini meh...

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengetuanya Sabuddin Sani berkata pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Katanya jika tahun 2009 hanya dua calon sahaja mendapat semua A+, tetapi pada tahun 2010, ia telah mencatat sejarah apabila 16 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang.
 Berita selanjutnya >>>>

So, nanti pukul 8 boleh lah tengok berita, mesti ramai yang bergembira hari ini.. Dengar kata Keputusan Meningkat tahun ni kan.

Kawan aku kata: gila lah, SASER lagi, semua lelaki pulak tu. Ramai tu yang dapat semua A. Naz, sila jangan kembang sangat Ok. Bukan hang yang amik keputusan hari ini. hehe ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 Meningkat

Assalamualaikum! Tahniah to all my juniors. You have done very well. SAMUSKDianz must be proud of you guys! Keep it up! Remember, it is the beginning of your real life. In the future, you need to work harder! ;)

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009. 

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi. 
Sumber: Berita Harian

Tahniah kepada calon SPM 2010! Bravo! Kalian memang hebat! Semoga kalian terus success dan menjadi insan yang cemerlang dan berbakti kepada negara.


Pada yang tidak berapa cemerlang, jangan berduka cita, ini bukan jalan terakhir untuk berjaya. SPM bukanlah segalanya. Selepas ini banyak lagi cabaran yang perlu dilalui. SPM sebagai 1titik permulaan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)

Congratulation once again to all SPM candidates! :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^