Memilih Pasangan Yang Betul Itu Penting. Jadi, Apa Petanda Dia Jodoh Kita? | fasihah.com


March 5, 2011

Memilih Pasangan Yang Betul Itu Penting. Jadi, Apa Petanda Dia Jodoh Kita?

Assalamualaikum my readers! ;) Friday, the leader of all day. Hehe Skeaping lah pulak. By the way, sekarang ni, banyak benar masalah sosial kan? Tadi pergi lawat blog tieah sampai macam itu sekali open manusia zaman ini mempamerkan maksiat. Itulah, dunia dah di penghujungnya.

Ok, tutup cerita itu dahulu. Ni nak kongsi tips cari calon suami atau isteri. Ecehh, sejak bila entah aku jadi Dr Cinta,hehe Yerlah, aku menyuarakan isi hati kawan-kawan aku yang dah mula memikirkan hal-hal berbangkit yang paling popular, 'kahwin'. Macam tak tahu, ini topik paling hot untuk dibualkan among the 20th and above people tau. Since I am one of them! hehehe ^___^ (Ops sorry, ini bukan bermaksud aku juga nak kahwin,cuma aku rompak tips ni nak share kat korang! =p)

Gambar Ala awarna biru pula. Hijau tak ada? hehe
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. [Kalau makan sikit-sikit, konon diet, walaupun dah lapar gila, dah sah lah berlakon. Balik rumah habis 3pinggan nasi dalam masa 2minit. tak perlulah berlakon sampai begitu sekali.huhu]

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. [Kalau bersama tapi ingat kat orang lain, dah sah, kau suka orang lain bukan suka dia]

3. Terima Kita Seadanya

Dia tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. [Yang ini penting, kalau terima kerana harta mak ayahnya, sila jauhkan mereka]

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.  [Faktor paling penting, dan aku rasa, rumah tangga yang goyah tu, antara satu sebab ialah mereka saling tak jujur menjujuri antara 1 sama lain]

5. Percaya Mempercayai

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. [haha kalau memang perahsia, guane?]

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? [kalau tak bekerjasama senang bercerai]

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- iluvislam

- Sumber gambar : allisina.org


Sekian, so dah jumpa jodoh anda? hehe ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

21 comments:

Nur said...

wah..memang topik kahwin sangat hangat kalo dah masuk 20..no doubt,,

asal sumer ciri-ciri nih da ada eh..sy da jmpe joodh ke..wakaka...

Sunah Sakura said...

ouh, angah nak cari jodoh yang macam ni lah...:D

Fasihah Supian said...

@Nur hehehe agaknye ;)

Fasihah Supian said...

@Sunah Mohammad alaa,dun wry..angah mesti dapat yg terbaik punye..;)

Ujang9897 said...

=)

Sunah Sakura said...

@FasiHaH SupiaN

doa untuk alang juga...ameen...:)

bardboo said...

jujur n saling percaya tu mmg penting..

p/s: lawa la blog ni...ijau2 gitu.. =)


Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

farid fizi said...

waaa...bgus ni tips2 yg boleh guna..:P

fa-in said...

petanda tu btul2..
mmg..bdk2 nye pon excited borak,kawin nye x,ehee -.-

fa-in said...

petanda tu btul2..
mmg..bdk2 nye pon excited borak,kawin nye x,ehee -.-

fa-in said...

petanda tu btul2..
mmg..bdk2 nye pon excited borak,kawin nye x,ehee -.-

fa-in said...

petanda tu btul2..
mmg..bdk2 nye pon excited borak,kawin nye x,ehee -.-

fa-in said...

petanda tu btul2..
mmg..bdk2 nye pon excited borak,kawin nye x,ehee -.-

niesz said...

nak yang memahami dan soleh..hehe..

Anonymous said...

wah byknye komen fa-in.
hehe.
erm bagi saya, apa ya?
mungkin masa pertama kali nampak,"eh macam ni la pasangan hidup ku"

ataupun,kita rasa macam dah terikat n kita sendiri betul2 mahu hidup dengannya :)

Fasihah Supian said...

@Ujang9897 ;)

Fasihah Supian said...

@Sunah Mohammad tq angah ;)

Fasihah Supian said...

@fa-in fa-in bila lagi?hehehe

Fasihah Supian said...

@niesz itu sangat penting.....

Fasihah Supian said...

@~dianakhairi~ wah,pengalaman yg sangat mengajar nampaknya kak diana ;)

CIK TOM said...

siapalah jodoh kita ye..semuanya unpredictable..perkongsian yg bagus..buatkan cik tom berfikir :)