February 28, 2011

Entri Akhir Sebelum Bersara Daripada Dunia Blog

Assalamualaikum readers! Oh my beloved readers, followers, kalau aku bersara boleh tak? huhu Semalam aku langsung tak sempat nak online, dan hari ni baru dapat online. Seriously, jadi hamba + student + anak soleh + ahli jawatankuasa kelab + blogger + kawan, segalanya dalam 1 masa bukan suata perkara yang mudah. Ditambah dengan waktu yang sangat "limited" dan tiada siapa yang boleh mengubahnya.

dulu mase saye start berblog, dunia blog aman je.tp tu 4 taun lepas la.haih -kata CEO Suratan kebetolan
Aku bukanlah nak bersara sebab hiruk pikuk huru hara dunia blogger. Aku pun dah penat nak tengok, dengar dan baca isu-isu blogger yang tak habis-habis hari ke hari. Semua nak terkenal. Tak apa, biar aku mengundur diri. Bagi ruang pada yang lain yang lebih layak mungkin? Ecehhh.

Tidaklah. Aku tak kisah dunia blogger ni bagaiman dan macam mana. BAgi aku, selagi aku tak kacau dan burukkan orang lain, tak aibkan orang, dan still menjadi identiti tersendiri. Aku tetap terus berdiri di medan ini. 

Cuma, masalah aku, sebagai seorang pelajar, hamba, kawan, AJK kelab dan pasti seorang anak, sangat banyak benda perlu diselesaikan dalam sesuatu masa. Aku tak tahulah, memang U aku ni menuntut semua pelajarnya jadi sesibuk ini dengan course work yang banyak dan tak henti-henti. Ditambah dengan program kemasyarakatan, memang tak menang tangan.

Ya, susah nak online. Susah nak membalas jejak yang ditinggalkan hari demi hari. Aku rasa bersalah bila tak update entri. Tak balas jejak. Aku minta maaf sangat-sangat, masa aku sangat limited untuk membuat semua itu.

Adakah bersara pilihan yang lebih baik?


Haih -_____-''


"Sesungguhnya aku mengidamkan yang terbaik dalam semua bidang"


Sibuk itu bagus.
Sibuk itu menghalang daripada perbuatan yang sia-sia.
Sibuk itu menjadikan kita lebih sihat dan cergas.
Sibuk  itu membuatkan kita lebih menghargai masa.

Tapi, pada masa yang sama.
Untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu berkorban.

Sesungguhnya sibuk itu membuatkan aku terus-terusan diburui rasa rindu kampung halaman.
Rindu pada tenang dan damainya kampung yang nuin jauh dari pandangan.
Rindukan suara keriangan anak-anak kecil bermain berjeritan.
Rindu masakan emak yang pasti tiada bandingan.


Hargailah masa kita. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 
Muda sebelum tua.
Kaya sebelum miskin.
Sihat sebelum sakit.
Lapang sebelum sempit.
HIDUP SEBELUM MATI.

Nota pesanan:
1) Tuan tanah kedaung baru balik dari berprogram. Terkejut followers naik, agak ramai. Mungkin disebabkan entri sebelum ini. FS akan cuba jengok anda. Tapi, mengambil masa.
2) Assignments berlambak kena siapkan. Ada yang nak tolong? huhu
3) Masih mempertimbangkan untuk menarik diri daripada dunia blogger atau tidak. Sayang sebenarnya nak tinggalkan... T____T

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 25, 2011

Dia Memang Sporting habislah! Kau Sporting Tak?

Assalamualaikum! Zaoshaong hao~~~! Hehe Morning, morning. Entri autopost. Macam biasa, tuan tanah hari ni full schedule. Ni nak exercise pun tak sempat. Nasib baik kampus ni banyak tangga, berpeluh kalau layan tangga-tangga kat sini wey! tapi still, aku malu betul dengan nenek yang hari tu, korang ingat tak? Nenek Ni memang Sporting Habislah, Kalah Kita Orang Muda, Tak Tercabar Ke?

Ingat tak yang dia bagi lurus tegak kaki dia tuh? Pergh..kau boleh buat? Aku belum pernah buat. hehe So, aku pun tak sporting. Alaa, kau sporting ke? Dah buat senaman pagi ni? Ke, bangun-bangun terus online, tengok facebook, tengok blog? Haaa, kantoi sudaa.

Tengok nenek ni,

Sporting habis!

Inilah masalah problem kita sekarang. Nak exercise, banyak no alasan! Busy lah, ada meeting lah, ade kelas lah. Haih! (jawapan macam kenal je, ok, tembak hidung sendiri!)

Kesihatan tu penting oi. Baca ni, baca.

Banyak perkara yang diberi sambil lewa rupanya adalah perkara UTAMA yang paling kita rinduinya selepas ia hilang dari kita. Justeru, bersungguhlah menghargai & mengisinya. Ia merentasi banyak perkara, contohnya, umur muda, kesihatan, keluarga, ibubapa, isteri, suami, anak dan sebagainya. Sewaktu semua ada disisi, perhatian lebih kurang shj bila ia tiada lagi, barulah terasa rindu & sesal. -Zaharuddin.net

Haa, nanti kang dah OBES baru nak nyesal. Lakukan pencegahan awal daripada sekarang. Mulakan gaya hidup sihat! Bersenam, bersukan! Jaga makan! (yey, aku jadi pakar kesihatan sudaa!)

Tak, yang menjadi masalah problem lagi 1, haiwan pun exercise ni ha! Kau tak tergugat? Kau tengok gambar-gambar ni. Layann kan!

Gambar : Ok, sambil relax kan minda, angkat kaki kiri ye, walaupun bersenam, kita mesti COOL!
Gambar :  Sambil pejam mata, angkat dua kaki. Teknik ni bagus untuk kecilkan peha. hehe

Pastikan anda terus kelihatan comel semasa melakukan senaman. Biar tak tinggi, tapi tetap comel! ;)

Gambar : Bangun tidur, hiyaaa!!! Tarik nafas, lepas, tarik... lepas...
Gambar : sekarang, kita long jump okey! untuk menguatkan segala muscle! Watchaaa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok, teruskan bersenam untuk terus kelihatan comel dan sentiasa segar untuk memulakan hari Jumaat anda. Jumaat penghulu segala hari. Manfaat Jumaat sebaiknya! Wallahua'lam ;)


Nota Pesanan Padat: 
1. Terima kasih yang follow. FS masih dalam proses pergi dari 1 blog ke 1 blog, bukan tak mahu membalas jejak, tapi ikut angka giliran deh! hehehe
2. Hari ni, jadual full, kena jumpa Menteri Pendidikan lagi, Jumpa Perdana Menteri lagi, nak tunjuk proposal buat Modern City. Fuhh
3. Ingin mengucapkan selamat menempuhi dunia pekerjaan kepada kawan-kawan kat KUIS yang dah habis belajar. Aku bila lagi?? 


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 24, 2011

Blog Hijau

Assalamualaikum readers! I have been tagged in this post, by sissyira. Huwaa, sekali tengok yang bawah tu, wajib tag dua orang yang blog warna hijau. Adesss, aku nak tag siapa? Haih, buat lah dulu entri nie..


Yang tak boleh blaa nye, "ceritakan dengan menarik" mak aih, kenapa blog warna hijau pun kena cerita dengan menarik? Walah walah...

Aku tak tahu nak cerita apa, sebab dah memang aku suka hijau. 

Kenapa mesti hijau juga yang aku suka? (haih, aku punya suka lah, blog aku.)

Aku suka hijau sebab aku suka dengan tumbuhan, aku suka kehidupan yang hijau, pelbagai tumbuhan di sekeliling, persekitaran yang nyaman, tumbuhan hidup denagn segar, sebagai 1 ekosistem yang mencakupi secara holistiknya pinciptaan azali alam ini..

(ntah hapa aku mengarut)

Dah lah, tak yah ce citer panjang-panjang sebab aku tak tahu nak kabor camna, ini adalah satu masalah problem. Maka, aku galakkan, korang baca entri hijau Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran .

Ok, nak tag 2 orang? Sesiapa yang blog nya warna hijau, tolong lah buat. Huhu (nada merayu, sebab aku selalu jumpa blog warna pink, biru, hitam putih, coklat uwaaa).

Ok, dah buat kena tinggal komen kat sini lak. hurmmmm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 23, 2011

Kritikan Panas CEO Suratan Kebetolan : Blog Untuk Tayang Pakwe & Makwe

"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"

Demikianlah ulasan dari hati yang tulus mulus CEO Blog Suratan Kebetolan, Encik Nazirul Hazwan. Ulasan beliau telah mendapat beberapa pandangan daripada Majlis Pemilik Blog Malaysia di laman Sahabat Blogger di Facebook.

Aku malas nak ulas panjang lah. Sudah sedia maklum, blog ini tempat untuk apa? Jual buah hati kah? Jual maruah kah? Sendiri mahu ingat ok. Tayang gambar satu dua boleh terima lah. Tapi kalau 1 sidebar penuh gambar pakwe or makwe ape cer? ce citer ce citer. Sekali kena kebas orang baru tahu! huhu [Perlu diingatkan, tak tayang lagi bagus, kalau dah halal lain citer lah der!]

1. Kasihanilah Pembaca Anda 

Seriously, aku pun tak suka. Bukan apa, kalau blog tulis personal boleh lah diterima. Tapi kalau semua personal, larat ke orang nak baca? Lagi 1 kena fikir, dah kat blog kau tayang gambar buah hati, gambar kau, gambar pakwe, gambar makwe ditambah dengan entri pasal baby hubby sayang melayang. Orang nak baca pun mual. Apa cara terbaik? Pangkah siap-siaplah.

Ini antara trend sekarang, berpacaran ya? oh pacaran, ibarat tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah. Ada tu apa? Bila pacaran dah macam belangkas, tak boleh terpisah.

Gambar : Macam belangkas Orang Jerman kata.

2. Kesan Daripada Blog Kepada Pembaca

Apa? Blog personal? Ok, kalau blog personal, sila jangan bagi orang baca. Sendiri-sendiri simpan sudah. Kasi private. Kena ingat kawan. Kita berblog niat it bagi betul. Blog kita ni, siapa baca? Kalau betul private, itu masalah kau. Tapi ada kita fikir blog kita bagi kesan baik ke buruk kepada orang tak?

Orang lewat-lewatkan solat, semata-mata nak baca cerita kat blog kita, kalau betul bermanfaat tak apa. Kalau tak beri apa-apa manfaat pada mereka? Hanya menyebabkan mereka buang masa sahaja, kita pun dapat share tau. Kau dah sedia nak tanggung dosa orang? Dah sedia nak bagi pahala kau kat orang lain?



Lagi, kena ingat, sekarang masyarakat celik IT. Budak kecik pun tahu Internet, Facebook. Sekarang blog pun menjadi 1 trend. Kalau mereka nampak blog kita tayang makwe pakwe, cerita pasal pakwe makwe. Tak takut ke mereka nak ikut. Mereka pun terdorong untuk mempunyai pakwe dan makwe. Contoh baik ke buruk tu?

Kita kalau bagi contoh tak baik, kita pun dapat share juga. Ok fine, kau nak cakap aku ni berlagak baik. Kena ingat kawan, kita kat dunia ni, tak lama. Kalau bukan kita yang perbetulkan keadaan, siapa lagi? Nak tunggu sampai generasi mendatang rosak? Aku pun manusia biasa, tak lepas daripada dosa. Cuma kita sama-sama beringat.


3. Cara terbaik : Kawin

Nabi kata apa? Perkahwinan itu 1 sunnah. So, kalau ada calon, aku nasihatkan, kau kahwinlah awal-awal. Hari-hari boleh tengok dia kan? tak perlu nak tayang kat blog bagi orang lain tengok. Aku tahu, korang dah tahu kan? pergaulan lelaki perempuan ada batas dalam Islam? Kalau tak tahu, bagitahu aku, nanti aku carikan buku. 

Kena ingat kawan, kau berpacaran dengan dia, belum tentu lagi dia masuk meminang. Tambahan kau dah tayang-tayang, sekali orang kebas, sendiri susah. Sampai kang ada masuk paper bunuh diri pakwe lari! Kalau betul cerita yang pakwe or makwe hang baik sangat, dia patut dah pi jumpa mak pak hang minta izin nak buat orang rumah. Barulah betul gentleman! hehehe

Ni baru ni Kelantan ada sedia dana siapa nak kawin lagi. Boleh pakat ramai-ramai cari calon Kelantan. hehe Betul lah aku cakap, kau orang kena tahu, gejala sosial inilah masalah problem masyarakat sekarang. Mudah terikut culture orang lain. Ikut yang baik ok, yang tak baik?

Gambar : Kalau nak pasangan baik, kita kena baik dulu.

Fikir-fikirkan lah.. Selamat beramal! Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jom tengok apa ulasan panjang lebar CEO suratan kebetolan :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 22, 2011

Biar Benar Earning Dia Hampir 9000??

Assalamualaikum semua. Macam inilah, kalau namanya belajar. Musim-musim sibuk sokmo. Assignment terjerit-jerit memanggil suruh siapkan. Oklah, buka-buka dashboard tadi, Tertarik dengan 1 entri ni Earning Churp-Churp Aku Dah RM9680 | Lagi Best Dari Nuffnang?

Aku memang tertarik habis-habisan lah dengan title tersebut. Mana taknya, Churp-Churp ni, siapa rajin, aku rasa, tak mustahil dia boleh dapat earning banyak. Kalau dah bertahun dalam tu dibiarkan., mahu tak cecah ribu. Nak beli DSLR sebiji pun apedehal kan. 

So, siapa pemilik blog tersebut yang dah kaya raya tu?

Boloque

Aku pun malas nak cakap banyak. Assignemnt dah jerit-jerit. So, tak perlu cerita panjang, nah baca kat sini cerita Earning dia ni. 

Ok, selamat study! hehe kepada yang dah tak belajar, selamat berehat. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Musim Pilihanraya Kampus. Kampus di Gombak Baru Nak Mengundi Hari ini.

Assalamualaikum dan selamat pagi! Senyumlah sebelum memulakan tugasan anda hari ini! ;D Semalam dah dengar cerita UM, macam-macam. UKM pulak tenang sahaja mengundi. Ok, UIAM ape citer? ce citer ce citer. huhu

By the way, baru nak pergi mengundi ni ha. Nanti update semula keadaan mengundi kat sini guane rupenye.

Pesan aku buat kawan semua, undilah calon yang terbaik! Ye, yang handsome, budiman lagi baik budi pekerti. hehe Pilih yang terbaik ok! Aku tahu budak kampus aku bukan boleh baca pun entri aku, wireless kena sekat time-time mengundi ni. Huhu sian tul kat kami. hehe 

Oklah, undi anda rahsia! Jalankan tanggungjawab anda. Ok, jom gi kelas sambil senyum! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 21, 2011

Musim Pilihanraya Kampus. Ada Calon Yang Hilang? [updated]

Assalamualaikum semua. Ada kampus yang dah mengundi hari ni ke? Kampus aku esok mengundi. Tapi kat tempat aku tenang sahaja lah. Tadi baca paper, rasa macam, hangat nya PRK kat kampus lain. Sampai ada yang hilang. Jom baca ni. Kalau dah baca, terus scroll ke bawah. hehe

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bahang Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya yang akan berlangsung esok semakin mendebarkan apabila seorang calon wanita promahasiwa yang bertanding, kini hilang sejak petang semalam.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang semalam sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

Menurut Pengerusi ProMahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul, sebelum kehilangannya, Masturah bersama beberapa rakan termasuk Nurhanis Wahidah berkumpul di antara blok D dan E pangsapuri tersebut untuk berkempen.

"Kira-kira pukul 4.15 petang, Masturah memberitahu rakannya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di blok E.

"Bagaimanapun, setelah menunggu agak lama, Masturah tidak muncul dan usaha rakannya menghubungi calon itu gagal.

"Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, Masturah gagal ditemui sebelum Nurhanis Wahidah membuat laporan polis tengah malam tadi.

"Masturah berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit sawo matang bercermin mata, tinggi kira-kira 173 sentimeter, memakai kot labuh warna hitam dan kasut sandal putih sebelum dia disedari hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Taufiq, pihaknya menggunakan khidmat perubatan Islam Darussyifa untuk mengesan mangsa. Keluarganya juga telah dimaklumkan tentang kehilangan Mastura.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian tersebut, rakan kepada calon itu memaklumkan bahawa Masturah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

"Antara isi kandungan SMS tersebut adalah: "Woi celaka! jaga sikit perangai kau itu, kami dah lama perhati kau, siaplah kau lepas ni, kau ingat kau bagus sangat".

"Malah pada pagi tadi, seorang lagi rakan mangsa menerima panggilan yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah sekiranya mahukan Mastura selamat," katanya lagi.

Katanya, ekoran panggilan yang berbentuk ugutan itu, satu lagi laporan polis dibuat di balai polis yang sama pada pukul 11.40 pagi ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kampus itu, Mohd. Taufiq memberitahu, pihaknya telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM memohon supaya menangguhkan pilihan raya tersebut.

Katanya, dalam usaha mendoakan mangsa selamat sehingga ditemui, pihaknya mengadakan majlis solat hajat beramai-ramai di Dewan Tunku Canselor di universiti itu malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan pelajar itu.
"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.

Kesian sister ni. Ini baru politik kampus. Itulah, dalam dunia ni, sentiasa ada orang yang tak senang melihat kita senang, berwaspadalah. Semoga sister Mastura ni selamat. Amin. 

updated! dah dijumpai, baca sini.

Masuk cerita Kampus aku pula. Hehe Kat sini ok ok sahaja. InsyaAllah. Tapi aku lah pulak yang tak tahu nak undi siapa kan? Tengok semua macam.. hehe Tak, semuanya terbaik punya. Kalau tak, takkan orang calonkan mereka kan? Pagi tadi menyempat snap 1 picture sebelum masuk kelas. Ini pemandangan di Kuliyyah Ekonomi. Kuliyyah lain aku tak tahu. Ok, nak pergi kelas. ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Tak perlu cakap banyak, siapa nak join, boleh ke sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

SPESIS LEBAH DI BLOG LEBAH


Ok, jom kenal spesis lebah! Dalam Blog Lebah ada 3 spesis lebah. Jadi nak pilij spesis APIS CERANA. Google punya Google, rupanya spesis lebah yang ini dipanggil RAJA MADU. Ok, yang ini mendapat sumber dari blogger Jawa Barat Indonesia.

Menurut beliau lebah madu Apis cerana atau seringkali dikenal dengan lebah lokal atau dalam bahasa Inggris dinamakan oriental honeybees. Jenis lebah ini sangat dikenal oleh masyarakat kerana sering ditemui di bunga-bunga sekitar rumah kita.

Madu dari lebah Apis cerana sangat khas rasanya, dan apabila anda sudah sekali dua kali merasakannya maka akan jatuh cinta dan tidak mau berpisah. Hanya sayang memang pada saat ini jumlah madunya sangat terbatas.

**tiba-tiba nak rasa lah pulak, gaya macam very special je madu ni kan. Pulak nama kat dalam List yang ni. hehehe

Gambar ade ke? Google lagi, Google.

Ini dia Apis Cerana. Sumber
Comel juga. Tapi kalau kena sengat, comel lagi ke? Of koz lah tak kan.hehe Nak join? klik sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Petua Awet Muda (Make It Simple)

Assalamualaikum penduduk maya sekalian! Pagi-pagi Ahad ni buat apa? Haih, assignments berbukit nak kena siapkan ni. Tapi, nak share 1 tips ni. Lama dah nak share dengan u'olls ni. Tapi tak menyempat-nyempat. 

Ok, meriahkan pagi anda dengan senyuman! Jom layan tips sentiasa nampak muda! Macam pemilik blog ni gambar ni.


Pagi-pagi lepas bangun tidur, selalu u'olls buat apa? Haa, jom lihat apa yang patut dibuat.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
  1. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  2. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  5. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
  7. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Macam boleh dipercayai ni. Hehe Ok, nak tahu banyak lagi? Jenguk ke sini. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 19, 2011

Running Man Korean Entertainment

Assalamualaikum to all the readers, members of the floor, and you! Korean fans! Zaoshaong hao~~~! (mandarin). Ok, this morning, I just want to share about Running Man (Korean Entertainment, Variety Show). Running Man is another popular Korean Entertainment of the variety show after Family Outing.

Yesterday, when I put 1 video of Running Man 22nd Episode, I can see, many people like to watch this show. 




OMG! So, I am not the one who fall in love with Lee Joong Ki la. Haha How come Lee Joong Ki? He is so sooo cute lol! ^____^ 

So, I got 1 massage in my shoutbox asked me, from where I downloaded the videos. Basically, for me, no worries la where can I download it. Because, my roommate is going crazy with all the Korean stuff. The dramas, stories, variety shows, Big Bang, shinee, 2pm and etc. So, I can just ask her, "Oh my beloved sis, may I borrow your external please?" haha Easy rite? ;)

But, I thought, everyone can download it without any difficulties; and yesterday, here it is :-

Running Man
So, how can I help you zuryn? So here is my suggestion.

You can download all the videos from this website http://www.isubs-squad.com. Make sure, you register 1st and just click at Download& Streaming. From there, there is 3 shows available, Running Man, Family Outing and Family Outing Season 2. Choose Running Man, and there will be links available to watch the videos and you can download it!

Easy right? I am sorry sis zuryn cause I can't detect your link. You have wrongly give link to me I thought. So I hope, I have helped you in finding the solution of your problem. :)

So, anybody who has the same interest with me, lets be friends. Anybody likes Joong Ki? hehehe

If you like this entry, klik like button below. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 18, 2011

Diorang Follow Sebab Blog Kau Cantik?

Assalamualaikum. Selamat petang. Wenshaong hao!~~ hiyaa. Ngantok ah. Ya, misi diteruskan lagi melihat Running Man [Korean Entertainment terbaik abad ini] nak tengok? Hah, ni ada Episod 22 punya.



Kawan-kawan sebilik nak keluar. Semua nak tinggalkan aku. Mereka kejam! [kalau depa baca, habis lah aku kena smack down.huhu] Takpa.. aku layan blog habis-habisan petang ni.

Bangun-bangun tidur aku tengok blog. Tiba-tiba aku teringat kisah antara aku dan seorang kawan aku yang pun sama ada blog. Di suatu malam...

Kawan: follower kau dah mengatasi follower aku lah sekarang.
Aku: eh, yeke? entahlah, aku pun tak tahu kenapa diorang follow. (jawapan konon-konon humble gitu.haha)
Kawan: diorang follow sebab blog kau cantik kot. (terkedu beb masa ni!)
Aku: Sebab cantik? Mana ada cantik mana pun. 
Kawan: Diorang tengok blog cantik, sebab itu diorang follow.
Aku: ea? Owh.. bukan sebab entri aku la.. (speechless)

Tiba-tiba hari ni aku teringatlah pulak perbualan malam tu. Siapa blogger tersebut? Itu tak perlulah nak diberitahu di sini.

Cuma, the point is . . Blog aku tak cantik pun. Dan apa sebab diorang nak follow tu, aku tak kisah pun. Dan aku pun malas nak jadi sensitif tak tentu pasal pun. Aku buat blog pun suka-suka pun.

Bagi aku, setiap sesuatu itu ada tarikan yang tersendiri. Ada yang terpikat dengan cerita nya. Ada yang terpikat dengan rupanya. Ala,biasalah tu.

Tapi, aku suka blog yang ni. Jom terjah and baca artikel dia jadi tutor. Apa kau ingat senang nak mengajar orang?

Apa lagi? Jom terjah blog dia. Dia comel, blog pun comel gak! klik sini.


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

Assalamualaikum penduduk maya sekalian! Tetengah hari lepas makan ni, nak update blog blur-blur sikit. Jadi, aku pun mengambil kata putus untuk menjoinkan diri dalam bloglist si Izamir Ridzwan ni. Tuan punya blog lebah.



So, antara steps yang perlu diikuti :-


1) Buat entry bertajuk "JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH" dan link kan ke entry ini..

2) Copy code dalam textbox kat atas dan paste-kan di entry korang tu.. (Tukar mode "Compose" ke "Edit HTML untuk pastekan code tuh) -sila ke blog IR untuk mengambil kod tersebut.

3) Buat review sikit mengenai blog IR ni.. Tak lebih dari 100 patah perkataan..

IR, nak kena review kah? Tak melebihi 100 perkataan kan? Oraitt...
 
Blog Lebah merupakan blog yang mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan semua lebah-lebah(blogger) seantero dunia berkumpul mencari madu(informasi) di situ. Tuan Lebah yang banyak memberikan informasi dan pandai menarik hati pembaca juga telah digossipkan dengan blogger terkenal YuyuZulaikha. Ini menunjukkan beliau semakin popular dalam arena ini.

4) Pastekan URL entry korang tu di ruangan komen ini..
 
 
Ok, homework siap! (walaupun assignment banyak lagi yang belum siap, yang ni paling awal siap.haha)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 17, 2011

Dapat Bonus Daripada MAXIS? Mimpikah?

Assalamualaikum semua! Wenshaong hou!~~ hiyaa! Tarik nafas, lepas.. tarik, lepas. Hahhh! Korang semua sihat? Aku baru dapat online nie, sadis! [itulah,padan muka tak buat entri autopost awal-awal!]

Haih, apa cerita FS? Bonus apa kau dapat daripada MAXIS?

Aku punyalah bersuka cita bila 2 bulan lebih tak bayar broadband aku ni, masih boleh guna. Dalam hati aku, Hah, MAXIS bagi aku BONUS lah! MAXIS sayang aku lebih lah! Kau ada? haha punyalah 'jakun' dan terus lupa nak bayar broadband ni.

Aku memang dengan 250% confident rasa yang MAXIS tak kisah pun kita bayar cepat atau lambat. Dan aku terus sengaja melambat-lambatkan bayar bil dan terus terlupa untuk bayar.

Memang semakin SAYANG 360 darjah la kat broadband ni.

Maxis Broadband

Untuk pengetahuan u'olls, kat Gombak ni, line MAXIS memang agak boleh dipercayai 99.9% laju lah. Unless anda yang dah kehabisan quota.

So, nak dijadikan cerita. Hah, ce citer citer! [babak dalam Hantu Kak Limah]

Hari Rabu, petang tu, balik kelas, dengan semangat yang berkobar-kobar nak update BELOG ni kan, aku pun bukalah laptop. 

Tapi......................



Broadband tak boleh connect!!!!!!!!!



Huwaaa! Amik kau. 

MAXIS kata kat aku : Hah, sekarang, kau tengok, langit tinggi ke rendah? Suka suki kau je kan bayar lewat, dah 2 bulan lebih pulak tu! (agaknyelah, padan muka kau FS!)

Itu pasal baru dapat update belog ni u'olls. U'olls yang pakai broadband tu, jangan jadi macam aku ye. Jangan bayar lewat-lewat. Nanti kena terminate. Bila kena terminate lagi 1 hal, dia tak terus activate, aku kena call center tadi. Baru boleh connect.

Itulah ceritanya. Bonus hape pun, kena terminate adolaaa wey. Padan muka aku. Serve you right FS!!! ^___~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah

::Ini entri melekat sehingga 11:59 pm 15 Februari 2011, sila skrol ke bawah untuk entri terbaru,terima kasih :) ::


Assalamualaikum semua.
Selamat Bercuti.
Kalau hari ini kita berselawat, jangan lupa untuk berselawat esok juga.
Kalau hari ini semua nak ucapkan Salam Maulidur Rasul,
jangan dilupa sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri.

Jangan lupa, walaupun hari ini Maulidur Rasul, sepatutnya hari-hari kita perlu mengingati Nabi Muhammad s.a.w.

;)


Maulidur Rasul 1432 Hijrah. Sumber: sini


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Meninggal Dalam Tandas Lebih Mulia Daripada Dalam Masjid?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi-pagi cuti Maulidur Rasul, for sure ramai yang ambil cuti daripada hari Sabtu sampai Selasa. Wah, seronoklah kalau dapat cuti macam tu. Senyum sampai ke telinga jawabnya! :)

Ingat lagi mengenai entri Mati Yang Bagaimana Dianggap Mulia? Jadi pagi-pagi ni, kita santai-santai lah kejap kan. Ok, ada yang kata, mati yang hari Jumaat. Wah, ramai yang nak mati hari Jumaat. Tapi ada yang kata, 'depends'. 

Aku suka dengan jawapan Hamba Illahi

pandangan saya, tidak terlalu dikisahkan bagaimana sesorang itu mati. tetapi yang diambil kisah adalah dalam keadaan apa dia mati.

contoh, A mati di tanah haram Mekah. B pula mati di dalam kelab malam. sekali pandang macam A dapat husnul khatimah, dan B su'ul khatimah. tapi, selidik punya selidik, rupa-rupanya A mati bunuh diri, B pula mati akibat dipukul dengan teruk ketika cuba menyampaikan dakwah (nasihat). kan dah terbalik tu.

Ok, itulah jawapannya. :)

Sebenarnya untuk entri Bagaimana Mati Yang Dianggap Mulia tu, tak habis lagi. Cuma kita lah macam mana nak fikir dengan secara lebih rasional.

Kisah yang sebenar, si mati yang meninggal di dalam Masjid waktu hening pagi itu sebenarnya mencuri tabung Masjid dan entah bagaimana, mati ditempat kejadian.

Tapi yang meninggal dalam tandas pula, sempat melakukan adab-adab memasuki tandas, baca dooa, masuk kaki kiri, menutup kepala.

Jadi antar 2 situasi tersebut, yang mana lebih baik? Jadi yang masuk tandas tadi tu lah. Yang mencuri tu, sempat ke dia nak bertaubat? Fikir-fikirkan lah. :)

Jadi macam itu jugalah kehidupan seharian kita di dunia. 
Mati itu pasti dan kita tak tahu bila. 
Tapi kita perlu lah bersedia. 
Jangan kata tunggu dah bersara. 
Takut tak sampai masa bersara, Allah jemput kita dulu dan meninggalkan dunia.
Siapa yang rugi? Pastilah mereka yang alpa.

Jadi awal-awal pagi ni, kalau rasa moody je, tak ada semangat, tak sempat nak balik kampung lah, tak sempat nak shopping lah dan sebagainya. Jangan merungut, insyaAllah pada suatu ketika yang lain nanti, urusan lain pula dipermudahkan. :)


Apapun rasa gelodak, kejora, huru hara payau,pahit masam manis, mulakanlah hari anda dengan senyuman. Kerana Awak Comellah Bila Senyum! :)

Macam Heliza senyum, comel kan? ;)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 14, 2011

Valentine's Day -What Maher Zain Said About It?

:::Entri Melekat Sehingga 11:59 pm 14 Feb, sila scroll ke bawah untuk entri terbaru, terima kasih :) :::

Assalamualaikum! Menonong masuk blog lepas layan video kat Youtube. Layan siapa punya video pulak kau FS? Haha Esok aku cerita video siapa.

La ni, ada yang lebih terpenting daripa yang amat terpenting untuk semua. Hari ini 13hb Februari. Esok 14hb. Haih, aku lupa dan tak teringat mula-mula pasal tarikh ni. Tapi bila online, penduduk maya ramai cerita pasal Valentine. Hah baru aku ingat, 14hb Februari valentine katanya. 

Kan bagus kalau semua orang tak ada memory 14 Februari hari apa. Tak perlu nak nasihat-nasihat. Kadang-kadang bila kita nasihat, ada yang dia lebih daripada buat.

Ambil contoh budak sekolah :-

Cikgu kata, senyap. Tolong senyap! Faham tak?


Apa budak-budak buat? masih ada lagi yang bercakap. Tapi cuba lihat situasi dua :- 
Ada sesiapa lagi nak bercakap?

Masa ni, semua senyap. Tak berani nak cakap.

Nampak tak apa yang aku nak cuba sampaikan? Bila kita cakap jangan, lagi dibuatnya. Ok, tapi disebabkan hari Valentine ni rata-rata yang sambut dah besar-besar. Masing-masing dah boleh fikir. Lagi bagus kalau semua buang cerita 14 Februari. 

Say No To Valentines Day. Say No To Zina.

Ini sedikit pesanan daripada Maher Zain. Dia kata . .
Maher Zain Fan Club
So, aku juga menyahut seruan Kempen Saudara Sunah serta entri Izamir Ridzwan.


Tolong faham kasih sayang di sini kasih sayang yang bagaimana. bukan maksudnya berkasih sayang sesama makwa dan kekasih hati. tetapi hari-hari kita sebarkan kasih sayang terhadap orang-orang yang disayangi. Terutamanya yang memang utama Allahurabbi. Bangun-bangun pagi ucap alhamdulillah. Tanda syukur dan menunjukkan kasih kita pada DIA. 

Lagi panduan? Boleh baca artikel yang ini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 12, 2011

Bila Blogger Popular Bersara

Assalamualaikum penduduk maya sekalian. Apa khabar semua? Patik menyusun 10jari memohon keampunan. waa, tuan tanah kedaung ada exam. Subject paling kritikal semester nie. Sampai tak sempat nak online. Baru dapat buka hari ni. Hari ni sabtu, tapi ada kelas sampai petang. Ha hebat tak hebatlah belajar kat U . . ni ha. Memang menguji kesabaran tahap giga bite!




Memang rindu gila kat blog kumbang ni. Rindu kat Sahabat Bloggers juga. Terhebat lah, 5hari tak buka email, inbox cecah 10 000. Hampir 99% daripada Sahabat Blogger tu.

Aku tak sempat pun nak buat entri auto publish. Sebab kisah dia yang sebenarnya, laptop ade problem sikit. Kenalah hantar bengkel bagi perbaik. Memang tak dapat nak online lah. Akhirnya dapat gak online malam ni. Baru ambil laptop ni u'olls. Terus publish entri. hehe

Ok, terima kasih kepada semua penjejak dan peninggal komen, pemfollower baru. Kena terjah satu-satu balik..

haip jap2, siapa blogger popular yang bersara? Mana ada, dia dah update blog dia balik lah, nak tahu sapa? pergi sini.

Selamat bercuti hujung minggu :)

p/s: entri mukaddimah. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Salam semua. Aku mengambil kesempatan seminit mengupdate blog yang berhabuk ni dengan menjoinkan diri dalam segmen Ben Ashaari. Macam biasalah tu. hehe ;)

Nak join? klik sini.

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

haha sekian terima kasih. 
Dalam kelas ni.
Pelajar nakal memang gitu. huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 7, 2011

Nenek Ni memang Sporting Habislah, Kalah Kita Orang Muda, Tak Tercabar Ke?



Ok, pagi-pagi ni. Siapa yang tak bersenam lagi tu?
Sila bersenam cepat.
Tak rasa tercabar ke dengan nenek ni?

Dah tua pun masih hebat lagi bersenam tahu?

Senamlah selalu :)


p/s: entri autopost. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 6, 2011

Seorang Pelumba Basikal Yang Tersingkir Awal Sebelum Le Tour Bermula. Apa Masalahnya?



kesian....
salah seorang peserta LTDL tidak dibenarkan menyertai kejohanan Le tour di sebabkan basikal yang tidak memenuhi piawaian....
hehehe....camno nak kayuh!!!


p/s: entri autopost, tuan tanah kedaung ada exam. huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Universiti Bagi Cuti Tpi Sengaja Nak Buat Orang Macam Tak Cuti

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Waa tension, dah kena balik kampus semula. Rasa baru je balik rumah semalam. Lepas ni bila entah boleh balik lagi. Haih, kena beli kereta lah macam ni. Baru boleh selalu balik. Huhu

Masa cuti ni juga lah jadual exam nak keluar kan.

So, announcement kepada kengkawan UIAM, jadual final keluar sudah. Dia macam sengaja nak suruh kita naik sem jangan main-main. Dia suruh belajar. Haih. Betul-betul sengaja. Assignments banyak tak siap lagi, Midterm paper ada lagi 3 tak lepas naik cuti ni lah.

Jadi tak perlu cerita panjang-panjang. Jom layan jadual final exam masing-masing ok?

Ha, pergi ke sini ..

http://www.iium.edu.my/anr/news_files/SEM21011.pdf

Ok sila pastikan  tiada exam yang bertindih waktu ye. Kalau ada, maklumkan kepada Kuliyyah anda sebelum 11 Februari 2011. Harap maklum. Sebar-sebarkan. :)


Exam oh Exam
Aku sangat suka dengan kau Exam
Sungguh suka sangat

Jadual kau bagi baik punya
3hari berturut membaca
3 hari berturut mengira

Wah, yang tang membaca tu aku tak tahu lah macam mana.

Speechless.

Ok, mahu pulang ke U.

-___-
 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 5, 2011

Mati Yang Bagaimana Dianggap Mulia?

Assalamualaikum! rupanya bila pulang ke kampung lagi susah mahu menjengah belog ini. Huhu terima kasih kepada yang memberi komen, nanti cheq balas sorang-sorang deh. hehe  

Dalam hidup ni, kita selalu menilai dari apa yang kita nampak, senang cerita, luaran nya lah kan. Kadang dari luarannya kita nampak dah dia alim, baik, berakhlak mulia dan sebagainya.

Ok, nak ambil masa anda sikit. Sekarang, aku ada 2 situasi si mati. Jadi, situasi yang mana 1 merupakan situasi mati yang dianggap baik?

Situasi 1 :-

Si mati meninggal di dalam Masjid jam 4.30 pagi Jumaat.


Situasi 2 :-

 Si mati meninggal dalam tandas.


Ok, sekarang, beritahu aku, situasi yang mana 1 yang lebih baik agaknya?



p/s: entri pendek sahaja, saantai-santai gitu. hehe ;) 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga -Lelaki Gentleman Part 2

Selamat malam semua. Petang tadi buka topik pasal gentleman. Ramai pengomen yang kata? Tak perlu semua ni. Hehe Sepatutnya perempuan yang kene komen, bukan laki. Laki kalau komen, dorang nanti fikir dorang memang sentiasa gentleman dan cool. Lagi-lagi si Ujang. hehe Jangan marah k Ujang. :p

Apepun, gentle ke tak seorang lelaki itu, terpulang kepada orang lain yang melihat dia. Taste orang lain-lain. Tak boleh nak stick pada 1 perkara sahaja. Apapun, ada yang sibuk suka yang macam ni. Ada yang suka macam itu.

Ada suka yang tinggi, ada suka yang rendah. (Aku pilih yang tinggi sebab aku dah rendah. haha) Mengarut malam-malam. 

Sebelum tidur ni, apa yang aku nak kongsikan bukan apa, 1 benda paling penting dalam mencari pasangan. Bagi yang sedang mencari. dan bakal mencari dan sebagainya.


***jap, jap, tadi aku dah kena perli dengan sissyira, dia tanya ada apa-apa ke tiba-tiba wat entri macam ni. 


Ok, jawapan dia. Aku bukan sengaja secara tiba-tiba. Sebenarnya aku nak sampaikan apa yang kawan mak aku merangkap cikgu aku masa kidergarten dulu.


Dia pesan..

Kalau mencari, yang penting AGAMA ye anak-anak. AGAMA
Harta tak jamin kebahagiaan anak-anak. 
Kecantikan dan kehandsoman tak lama anak-anakku.
Pilihlah keturunan yang baik-baik.
Yang penting agamanya ye anak-anak.

Aku dan kawan aku termasuk dengan anak dia masing-masing terangguk-angguk je dengar. Kami tahu, dia nak kan yang terbaik buat kami.

Dan aku tahu juga, korang pun nak kan yang terbaik buat diri anda bukan? 


Pesan aku, sebelum anda hendak memilih ..

Kalau kita mahukan yang terbaik, kita mestilah jadi yang terbaik dahulu. 
Kalau kita mahukan yang soleh atau solehah, kita juga jadi seperti itu dahulu.

Sesunggunya, aku juga bukan yang terbaik. Tapi aku masih comel. haha perasan! gurau je ye. Ye, kalau kes aku, aku mahukan yang tinggi, gila aku kena jadi tinggi dahulu. Formula apa mahu pakai? Huhu

Apapun, kita doa minta yang terbaik, kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Tapi jangan lupa untuk berusaha juga. Sesungguhnya, Allah itu Maha adil lagi bijaksana.

Chill! Renung-renungkan dan selamat mencari jodoh! heheheheehe ;D


p/s: tapi ada orang kata, pilih orang yang sayang kita, bukan pilih orang yang kita sayang tapi dia tak sayang kita. haha soalan teka-teki ke apa nie? Tapi macam betul je kan? thinking-thinking.hehe
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 4, 2011

Macam Mana Nak Tahu Lelaki Gentleman Atau Tidak

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hehe Tajuk tu macam tengah desperado nak cari suami. Dok aih. Saja nak keluarkan buah fikiran kejap. Cuti-cuti ni santai-santailah sikit kan? Hehe

Lecturer FAF ( Financial Accounting Fundamental) kata :
Lelaki yang gentleman adalah mereka yang dahulukan perempuan daripada diri dia. Seperti membuka kan pintu sebelum masuk restoran, membukakan pintu kereta, tolong angkat barang.
Dan lelaki tersebut tak pilih kasih. Tak kira perempuan itu seorang ibu atau nenek, dia tetap dahulu kan perempuan.

Permasalahan di sini. Lecturer aku tu, dia nampak lelaki gentleman ni waktu dia belajar kat oversea dulu nu ha. Patu dia nak bandingkan dengan masyarakat Malaysia. Aih, payah lah nak cari wey. Eh, tapi ni kalau laki baca, takut aku yang kena balik. Sebab ramai lelaki rasa dia gentleman. Hehe

Nak tahu? Ada lelaki yang gentleman pura-pura sahaja. Siapa?
Ini ialah mereka yang masa kenal dengan perempuan yang dia suka automatik jadi gentleman. Pergh.. dia lah bayar. Dialah buka pintu kereta, dialah bawa barang. Padahal kat umah, barang mak pun tak pernah tolong bawakkan! Yang ni memang sah Gentleman pura-pura.

Yang ini, harap maklumlah. bahaya buat suami wey. Time bercintan cintun je nampak gentleman, nanti dah beranak pinak, kau kau aku aku. Ahha sudah. Ketap gigi jela jawabnya.

Kang kalau minta tolong dia jawab "haih, awak ada tangan ada kaki, bawaklah sendiri". 


Time macam ni kalau boleh putar balik masa, si isteri mesti rasa tak nak kahwin je dengan si suami dulu kan. hehe


Tapi kan, bagi aku, seorang lelaki yang gentleman ialah ..

Mereka yang tahu agama dan bila nak kawan lebih rapat dengan kita, terus minta green light daripada parents kita.

Pergh...menunjukkan dia memang seorang yang berani. Straight call mak ayah tanya nak kawan dengan anak dia boleh ke tak. Huhu tak payah penat bercinta lah. Tu ha, bercinta pun gentleman pura-pura. Apa barang. hehe

Semalam jumpa kawan. Mak dia pesan, kalau nak cari bakal suami atau isteri, doa dan minta pada Allah. Doa minta yang terbaik, sebab Allah tahu siapa yang terbaik buat kita. Chill! ;)

Tapi, citarasa orang lain-lain, anda rasa  apa kriteria lelaki gentleman?

Tapi sebelum tu, rasa dia gentleman. haha tiba-tiba.

Asyraf Muslim. 
Gurau-gurau je lah. Aku tahu, ramai peminat dia. Bukan apa, ramai orang suka bila dia dah jadi ustaz sekarang. Aku pun suka gak. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 3, 2011

Pengalaman 3hari Kursus, Tak Dapat Online, Tapi Traffik OK



Assalamualaikum semua. Selamat petang. Haa, dari balik hari Selasa lagi nak buat entri ni, tapi lupa je. Ok, hari tu, tuan rumah kedaung pergi berkursus 3hari. No lappy. No internet. No Blackberry. No Blogwalking. Memang miss blog lah. Kalau ada suami, suami jeles dengan blog. Sebab lagi miss blog daripada suami. Haha Kidding. Nampak macam terlampau addicted di situ. hehe

Addicted to Blog?

So, disebabkan 3hari tak boleh access internet. Aku pun fikir-fikir, congak-congak, cari idea, macam mana nak pastikan blog ni tak bersawang. So, nak tahu aku buat apa? Ok, aku buat entri autopost. Nak tahu? Traffik dia lagi bagus daripada aku tak buat entri autopost. Waktu aku scheduled kan entri tersebut ialah pagi 1 malam 1. Pagi pukul 8.00 waktu orang masuk kerja. Malam pula, aku scheduled kan pukul 10 lebih kurang. 

Kalau harapkan aku tak buat autopublish, belum tentu sehari aku dapat buat lebih dari 1 entri. selebihnya aku blogwalking. Tapi, bila aku pergi kursus tu. Aku buat experiment, boleh ke aku nak generate visitors without blogwalking? Ternyata boleh! Yang penting kena update lah. And lagi 1 memang tajuk memainkan peranan penting.

Ok, jom buat analisis.

Klik gambar untuk bertukar!

ok, harap maklum. ini bukan entri nak tunjuk trafik aku banyak. Tak, sorry. Memang sikit sangat. Aku ni siapa pun. Aku cuma nak tunjuk, 28hb, entri aku 1 sahaja. tengok trafik macam mana? sikit kan? itu pun harap blogwalking. Ok, 29 dengan 30 Jan tu aku sedang berkursus. Semua entri autopost. sehari ada dua entri. Ada 94 dengan 97 ha. Lagi banyak daripada aku blog walking yang 28 hb kan?

So, siapa kata kalau bz blog kena tinggal bersawang? Tak.. bila korang free, buat je entri dan kat bahagian option tu, korang pilih scheduled. Tulis tarikh dan masa bila korang nak dia published.

Jadi, lepasni, no worries walaupun berepergian meninggalkan blog. Apapun, ni semua nasihat dari Bro Ben Ashaari. Thanx Bro!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

10 Rumah Yang Paling Unik Di Dunia

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti-cuti 1 Malaysia. Cina raya, kita pun raya. Akibatnya, baru nak buka blog. Haha ada kena mengena ke? Ok, nampak macam ramai yang pergi bercuti bersama keluarga. Hurm, seronoknya! Aku? Aku kat umah ni la, jadi domestic engineer.

So, blur-blur je nak cerita pasal apa hari ni. Jomlah layan gambar 10 rumah unik kat dunia. 

Shoe House
Agak-agak macam mana dia bina rumah ni? Mesti tuan rumah adalah seorang yang sangat fanatik dengan kasut! hehe


Round House
Agak comel lah yang ni. huhu


Sphere House
Tak tahulah ada orang duduk kat sini ke tak. Nampak macam tinggalan. Mungkin dah tiada waris yang boleh menjaganya. ;p

Pumpkin House
Kecik je, seorang duduk sudah memadai. Jimat sikit. huhu

Pink Castle

Yang ini yang paling aku suka. Comel. Budak-budak confirm suka!

Kettle House

Nampak macam makmal ape je. huhu

Hobbit House
Ada ke orang yang nak duduk kat sini? tak takut ada ular masuk ke nanti? isk3, musykil2..

Grass Ceiling House
Oh My God. This one memang greeny la. I like! ;)

Half Circle House
Half Circle House
Tak nampak macam rumah pun..Hmm, unik ke? Huhu

Ball House
Ball House
Persoalannya, ada ke yang duduk dalam Rumah Bola ni? Macam kat tengah jalan je, mana pintu masuk kalau ni rumah? Haha pelik-pelik je. Macam Bundle je.


Apapun, ini aku ambil dari dia.
Masih mencari keunikan disebalik 10 rumah tersebut. Unik ke?
huhuhu


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pelajar Darjah 3 Lari Dari Sekolah Tengah Malam

Assalamualaikum! Hari ni cuti! Yey! Esok raya! haha Raya Cina lah. Kau cina ke? Tak, tapi PM kata 1Malaysia. Ok, 1 Malaysia. Tak kisah la 1 Malaysia, janji CUTI. Itu yang PASTI. hehe Jahat gila. Alaa, tak pe, bukan aku sorang suka cuti, korang pun suka kan?So, apa plan cuti? Aku tengok kat umah aku, banyak gila invitation cards. So, weekend tak perlu masak la macam tu, nak makan, pergi rumah pengantin. hehe

Banting: Wartawan FS melaporkan, seorang pelajar kampung yang baru sahaja dihantar masuk ke sekolah asrama (Nama pelajar dan sekolah dirahsiakan) telah lari keluar dari asrama tempat beliau bersekolah. Pelajar tersebut merupakan  pelajar tahun 3 dan baru sahaja dimasukkan ke sekolah tersebut.

Beliau merupakan seorang pelajar perempuan dan berjaya memboloskan diri keluar dari sekolah waktu tengah malam. Kawasan sekolah tersebut agak sunyi dan jarak antara rumah ke rumah juga jauh. Setelah dapat meloloskan diri, dia telah lari pergi ke sebuah rumah dan meminta makan. Kemudian dia sambung lari lagi hingga polis menjumpai pelajar tersebut.

Kemudian, polis menghantar pelajar tersebut ke rumahnya yang terletak di Banting.


Untuk pengetahuan semua, berita ini tak keluar pada mana-mana surat khabar. Hehe ada kat blog ni sahaja. Ini budak kampung aku. Bila aku dengar cerita budak ni tadi, gila ar, berani gila budak nie. Baru darjah 3. Aku yang dah pangkat makcik ni pun, tak dan lah nak keluar malam-malam lari tengah-tengah hutan sorang-sorang.

Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah sesuai anak yang bersekolah rendah dihantar ke asrama? Apa pandangan anda?

Dalam kes ini, sekolah atau ibubapa yang bersalah? Jom diskusi perkara ni. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 2, 2011

Mereka Yang Perlu Dihubungi Untuk Mengetahui Keadaan Keluarga Di Mesir

Bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
          1)      Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
                   Pemangku Ketua Pengarah
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No. Telefon       : +6019 – 270 8222
                   E-mel                  : mrujhan@mohe.gov.my


          2)      Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
                   Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6019 – 752 0672 
                   E-mel                  : alwee@mohe.gov.my

          3)      Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
                   Ketua Penolong Pengarah Kanan
             Unit Jabatan Penuntut Malaysia
             Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6012 – 931 6172
                   E-mel                  : jamalulail@mohe.gov.my


Untuk mengetahui maklumat lanjut, boleh lah ke Laman Krisis Mesir, Nasib Pelajar Malaysia atau layari Facebook Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

TERIMA KASIH SUDI BACA^^