Petua Awet Muda (Make It Simple) | fasihah.com


February 20, 2011

Petua Awet Muda (Make It Simple)

Assalamualaikum penduduk maya sekalian! Pagi-pagi Ahad ni buat apa? Haih, assignments berbukit nak kena siapkan ni. Tapi, nak share 1 tips ni. Lama dah nak share dengan u'olls ni. Tapi tak menyempat-nyempat. 

Ok, meriahkan pagi anda dengan senyuman! Jom layan tips sentiasa nampak muda! Macam pemilik blog ni gambar ni.


Pagi-pagi lepas bangun tidur, selalu u'olls buat apa? Haa, jom lihat apa yang patut dibuat.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
  1. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  2. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  3. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  4. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  5. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
  7. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Macam boleh dipercayai ni. Hehe Ok, nak tahu banyak lagi? Jenguk ke sini. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^