Musim Pilihanraya Kampus. Ada Calon Yang Hilang? [updated] | fasihah.com


February 21, 2011

Musim Pilihanraya Kampus. Ada Calon Yang Hilang? [updated]

Assalamualaikum semua. Ada kampus yang dah mengundi hari ni ke? Kampus aku esok mengundi. Tapi kat tempat aku tenang sahaja lah. Tadi baca paper, rasa macam, hangat nya PRK kat kampus lain. Sampai ada yang hilang. Jom baca ni. Kalau dah baca, terus scroll ke bawah. hehe

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bahang Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya yang akan berlangsung esok semakin mendebarkan apabila seorang calon wanita promahasiwa yang bertanding, kini hilang sejak petang semalam.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang semalam sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

Menurut Pengerusi ProMahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul, sebelum kehilangannya, Masturah bersama beberapa rakan termasuk Nurhanis Wahidah berkumpul di antara blok D dan E pangsapuri tersebut untuk berkempen.

"Kira-kira pukul 4.15 petang, Masturah memberitahu rakannya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di blok E.

"Bagaimanapun, setelah menunggu agak lama, Masturah tidak muncul dan usaha rakannya menghubungi calon itu gagal.

"Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, Masturah gagal ditemui sebelum Nurhanis Wahidah membuat laporan polis tengah malam tadi.

"Masturah berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit sawo matang bercermin mata, tinggi kira-kira 173 sentimeter, memakai kot labuh warna hitam dan kasut sandal putih sebelum dia disedari hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Taufiq, pihaknya menggunakan khidmat perubatan Islam Darussyifa untuk mengesan mangsa. Keluarganya juga telah dimaklumkan tentang kehilangan Mastura.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian tersebut, rakan kepada calon itu memaklumkan bahawa Masturah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

"Antara isi kandungan SMS tersebut adalah: "Woi celaka! jaga sikit perangai kau itu, kami dah lama perhati kau, siaplah kau lepas ni, kau ingat kau bagus sangat".

"Malah pada pagi tadi, seorang lagi rakan mangsa menerima panggilan yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah sekiranya mahukan Mastura selamat," katanya lagi.

Katanya, ekoran panggilan yang berbentuk ugutan itu, satu lagi laporan polis dibuat di balai polis yang sama pada pukul 11.40 pagi ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kampus itu, Mohd. Taufiq memberitahu, pihaknya telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM memohon supaya menangguhkan pilihan raya tersebut.

Katanya, dalam usaha mendoakan mangsa selamat sehingga ditemui, pihaknya mengadakan majlis solat hajat beramai-ramai di Dewan Tunku Canselor di universiti itu malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan pelajar itu.
"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.

Kesian sister ni. Ini baru politik kampus. Itulah, dalam dunia ni, sentiasa ada orang yang tak senang melihat kita senang, berwaspadalah. Semoga sister Mastura ni selamat. Amin. 

updated! dah dijumpai, baca sini.

Masuk cerita Kampus aku pula. Hehe Kat sini ok ok sahaja. InsyaAllah. Tapi aku lah pulak yang tak tahu nak undi siapa kan? Tengok semua macam.. hehe Tak, semuanya terbaik punya. Kalau tak, takkan orang calonkan mereka kan? Pagi tadi menyempat snap 1 picture sebelum masuk kelas. Ini pemandangan di Kuliyyah Ekonomi. Kuliyyah lain aku tak tahu. Ok, nak pergi kelas. ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

15 comments:

aQi + GenGkey said...

wah..
politik mmg mengerikan..
bru PRK dh ilang..
kalo PRU lg hebat gaknye ugutan die..
huhu..:D

zaMir said...

samapi boleh hilang??? pelik2 je student skarang ek...dah mcam politik negara dah jadinya,...

FasiHaH SupiaN said...

@aQi GenGkey tahu tak apa....baru kat kampus dah gini rupanya...

FasiHaH SupiaN said...

@zaMir ada yang tak puas hati kot...disorokkan...

RIAN said...

kesian. . kena pasang bodyguard sorang satu. . h0ho,

FasiHaH SupiaN said...

@RIAN aahlah RIAn patutnya dia pasang bodyguard..jg dia..hehe

Ujang9897 said...

nasib aku tak ilang..=)

FasiHaH SupiaN said...

@Ujang9897 ko calon kapus mane pun ujang.hehehe

SaYraH WonDerLanD said...

huu sekarang musim politik kampus. Sayang nya tgh praktikal skarang. Xde la terlibat dengan membuat undian. Ish politik kampus pon boleh jd camni apatah lg politik kat luaq tu

FasiHaH SupiaN said...

@SaYraH WonDerLanD yup, betul tue..ni baru peringkat kampus, the real PRU tu lagi macam2 watak manusia..

d_tieah said...

Dah jumpa dia ni..
Huhuhu..
Baru takat u pun pilihanraya dah mcm2 hal, apetah lagi kalo pilihanraya umum.. *naya


Entry Terbaru 1 : Calon Pilihanraya UM, Mastura Abu Bakar Hilang dan Telah Dijumpai
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

FasiHaH SupiaN said...

@d_tieah hah,tahu takpa..baru peringkat kampus dah macam ni...ok2 tieah, nanti update dia dah dijumpai...tq!

airaniez wirdani said...

heh..dah mula dah vote kat UIA ye..Fasihah tak bertanding ke?kitorg dulu budak KAED ada yg selamba je tak mengundi..takde masa..hoho

Ayuni said...

ader pembangkang culik kot...

FasiHaH SupiaN said...

@airaniez wirdani serasa macam tak layak je lah kalau nak jadi calon kak.huhuhu ni pun xtau nak undi sape.hehehe