Pelajar Darjah 3 Lari Dari Sekolah Tengah Malam | fasihah.com


February 3, 2011

Pelajar Darjah 3 Lari Dari Sekolah Tengah Malam

Assalamualaikum! Hari ni cuti! Yey! Esok raya! haha Raya Cina lah. Kau cina ke? Tak, tapi PM kata 1Malaysia. Ok, 1 Malaysia. Tak kisah la 1 Malaysia, janji CUTI. Itu yang PASTI. hehe Jahat gila. Alaa, tak pe, bukan aku sorang suka cuti, korang pun suka kan?So, apa plan cuti? Aku tengok kat umah aku, banyak gila invitation cards. So, weekend tak perlu masak la macam tu, nak makan, pergi rumah pengantin. hehe

Banting: Wartawan FS melaporkan, seorang pelajar kampung yang baru sahaja dihantar masuk ke sekolah asrama (Nama pelajar dan sekolah dirahsiakan) telah lari keluar dari asrama tempat beliau bersekolah. Pelajar tersebut merupakan  pelajar tahun 3 dan baru sahaja dimasukkan ke sekolah tersebut.

Beliau merupakan seorang pelajar perempuan dan berjaya memboloskan diri keluar dari sekolah waktu tengah malam. Kawasan sekolah tersebut agak sunyi dan jarak antara rumah ke rumah juga jauh. Setelah dapat meloloskan diri, dia telah lari pergi ke sebuah rumah dan meminta makan. Kemudian dia sambung lari lagi hingga polis menjumpai pelajar tersebut.

Kemudian, polis menghantar pelajar tersebut ke rumahnya yang terletak di Banting.


Untuk pengetahuan semua, berita ini tak keluar pada mana-mana surat khabar. Hehe ada kat blog ni sahaja. Ini budak kampung aku. Bila aku dengar cerita budak ni tadi, gila ar, berani gila budak nie. Baru darjah 3. Aku yang dah pangkat makcik ni pun, tak dan lah nak keluar malam-malam lari tengah-tengah hutan sorang-sorang.

Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah sesuai anak yang bersekolah rendah dihantar ke asrama? Apa pandangan anda?

Dalam kes ini, sekolah atau ibubapa yang bersalah? Jom diskusi perkara ni. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

10 comments:

Tieah Madian said...

Kesian kat budak tu..
Maybe dia lari sebab kena buli kot..
Bila saya tengok anak2 buah saya yang masih di sekolah rendah, mmg dorang ni nampak cam matang tapi sebenarnya tak..
Still perlukan perhatian mak bapak lagi..
Macam ni lah agaknya situasi budak tu..
Dia nak mak bapak dia kot..

Latest entry : Fitnah Dalam Rusuhan di Mesir
Latest entry : Misi Menyelamatkan Pelajar Malaysia di Mesir dan Hosni Mubarak Umum Berundur

De Mois said...

Mesti lah ibu bapa. Yang nak anta masuk asrama muda2 lagi kenapa. Kesian kat budak 2 tengah homesick

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Adil said...

budak tu skolah kt mana? temaptnyer/negeri?

ツInt said...

persoalannye,nape dy lari dari skola dy??mungkin dy x suke kot dok asrama..lagipon tahun 3 baru..huhu

fasihah ade fb kan?boleh join SAYS.MY untuk cari side income,juz klik nih

http://says.my/int/invite

dy juz advertise iklan2 kat fb kite,payment akan dapat based on unik klik,,

bende ni x gune dwet pon,juz usaha kite untuk dapatkan extra income..huhu

airaniez wirdani said...

huhu..kesiannya darjah 3 dah kn anta asrama.akak yg tingkatan 1 masuk asrama pun meraung sepanjang thn..apatah lg darjah tiga?uiks

Fasihah Supian said...

@d_tieah alasan budak tu, tak cukup makan..tapi, sekolah tu beri cukup makan, tak tahulah apa masalah dia yang sebenar. tapi, budak ni memang antara pelajar yang bermasalah sebenarnya...

Fasihah Supian said...

@De Mois saya mungkin setuju, sepatutnya ibubapa perlu berfikir dengan lebih panjang sebelum membuat keputusan..

Fasihah Supian said...

@Adilnak tahu ke dil? belajar kat ulu bernam tak silap, dekat2 dgn perak dah..

Fasihah Supian said...

@ツ Fatin tq fatin, nanti sy cuba jenguk says tu..:)

Fasihah Supian said...

@airaniez wirdani hahaha saya masuk U baru masuk asrama kak,,itu pun homesick sokmo..kalau budak darjah 3...haaa,apetah lagi annn