Macam Mana Nak Tahu Lelaki Gentleman Atau Tidak | fasihah.com


February 4, 2011

Macam Mana Nak Tahu Lelaki Gentleman Atau Tidak

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hehe Tajuk tu macam tengah desperado nak cari suami. Dok aih. Saja nak keluarkan buah fikiran kejap. Cuti-cuti ni santai-santailah sikit kan? Hehe

Lecturer FAF ( Financial Accounting Fundamental) kata :
Lelaki yang gentleman adalah mereka yang dahulukan perempuan daripada diri dia. Seperti membuka kan pintu sebelum masuk restoran, membukakan pintu kereta, tolong angkat barang.
Dan lelaki tersebut tak pilih kasih. Tak kira perempuan itu seorang ibu atau nenek, dia tetap dahulu kan perempuan.

Permasalahan di sini. Lecturer aku tu, dia nampak lelaki gentleman ni waktu dia belajar kat oversea dulu nu ha. Patu dia nak bandingkan dengan masyarakat Malaysia. Aih, payah lah nak cari wey. Eh, tapi ni kalau laki baca, takut aku yang kena balik. Sebab ramai lelaki rasa dia gentleman. Hehe

Nak tahu? Ada lelaki yang gentleman pura-pura sahaja. Siapa?
Ini ialah mereka yang masa kenal dengan perempuan yang dia suka automatik jadi gentleman. Pergh.. dia lah bayar. Dialah buka pintu kereta, dialah bawa barang. Padahal kat umah, barang mak pun tak pernah tolong bawakkan! Yang ni memang sah Gentleman pura-pura.

Yang ini, harap maklumlah. bahaya buat suami wey. Time bercintan cintun je nampak gentleman, nanti dah beranak pinak, kau kau aku aku. Ahha sudah. Ketap gigi jela jawabnya.

Kang kalau minta tolong dia jawab "haih, awak ada tangan ada kaki, bawaklah sendiri". 


Time macam ni kalau boleh putar balik masa, si isteri mesti rasa tak nak kahwin je dengan si suami dulu kan. hehe


Tapi kan, bagi aku, seorang lelaki yang gentleman ialah ..

Mereka yang tahu agama dan bila nak kawan lebih rapat dengan kita, terus minta green light daripada parents kita.

Pergh...menunjukkan dia memang seorang yang berani. Straight call mak ayah tanya nak kawan dengan anak dia boleh ke tak. Huhu tak payah penat bercinta lah. Tu ha, bercinta pun gentleman pura-pura. Apa barang. hehe

Semalam jumpa kawan. Mak dia pesan, kalau nak cari bakal suami atau isteri, doa dan minta pada Allah. Doa minta yang terbaik, sebab Allah tahu siapa yang terbaik buat kita. Chill! ;)

Tapi, citarasa orang lain-lain, anda rasa  apa kriteria lelaki gentleman?

Tapi sebelum tu, rasa dia gentleman. haha tiba-tiba.

Asyraf Muslim. 
Gurau-gurau je lah. Aku tahu, ramai peminat dia. Bukan apa, ramai orang suka bila dia dah jadi ustaz sekarang. Aku pun suka gak. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

27 comments:

Ujang9897 said...

argghh...! lelaki gentelman selalunya playboy...

baik lelaki sempoi..hehe..

Fasihah Supian said...

@Ujang9897 hahaha aih ujang,macam panas jee..hahaha

akma leeya said...

ahhahhh...!
sy mnat ashraf..!
jgn curik.. jgn curik.. ^^

saiful said...

susah gak nak komen,gentleman ke tidak tu kena lihat dari pandangan perempuan sendiri.kalau tanya lelaki,semua mengaku gentleman

antudegil said...

gentleman? huuuuu! ini tak perlu ni. no need to faking urself. cela jawabnye kalau berpura.

@ujang

lu frust ke sebab penah jadi gentleman tapi kena dump? haw haw haw!

Ayuni said...

bnyk spesies laki skang nie...

Fasihah Supian said...

@akma leeya haha mana ada curik....asyraf ni bukan saya punya dan yg pasti bukan kamu punya juga kan.hehehe

Fasihah Supian said...

@saiful setuju ngan hang saiful! tanya laki,semua ngaku gentleman...

Fasihah Supian said...

@antudegil haha itu dia, dah 2 lelaki mengatakan no to gentleman. :p

Fasihah Supian said...

@Ayuni termasuk yang nyah kan ayuni.hehe

Nes Zinatulhayah said...

sy pn suke ashraf muslim...^__^

Fasihah Supian said...

@Neszh Nortzeh ramai peminat dia rupanya :)

airaniez wirdani said...

heh..lelaki ni mmg suka pura2 gentleman masa bercinta..tp klu jujur sgt *sakit* gak nak thn..huhu

Fasihah Supian said...

@airaniez wirdani kena ikhlas patutnya dalam membuat sesuatu..hehehe jgn hipokrit.cehhhh hehe

IMANSHAH said...

i lelaki cookl

FadhDeela said...

lelaki gentleman mmg best..tp waktu bcinta jer la..dah kawen hilang smua gentleman dia hihi

meh singgah: Kenangan Zaman Sekolah Teknik!!

Fasihah Supian said...

@IMANSHAH hehe cool pun ok pe :)

ardinihumaira said...

errr...
asyraf muslim nampak bebetul gentleman... dni minat gak. errr... errr... larikssssss :D

Tieah Madian said...

Yg part gentlemen pura2 mmg ramai skrg woo..
Hahaha..
Mak dia tak pernah di tolong pun..
Kalo awek dia dpt diangkat mmg dah diangkat masuk kete konon2 tak nak kaki awek kotor..
Contoh je ek..

Segmen: Bila BLOGGER Jadi PELAKON

Faiz said...

tak semestinye gentlemen tu die baik btol x..hehehe..sbb laki pun ade ego jg..hehe..(pandangan je)hehe..pe2 pn carilah yang terbaik..=)..

tgk kt blog ye..dh kne tag..=)

syadayah said...

kdg2 ade je yg gentlemen sbb terpaksa. saje nak cover macho laa. hipokrit.

syadayah said...

kdg2 ade je yg gentlemen sbb terpaksa. saje nak cover macho laa. hipokrit.

Fasihah Supian said...

@ardinihumaira haha dini, of coz lah dia ramai peminat. hehehe

Fasihah Supian said...

@d_tieah haha tieah, yang itu memang tak bolehbla...kang da kawin camna? hehe

Fasihah Supian said...

@Faizada tag ke? nanti bila free ke situ. tq :)

Fasihah Supian said...

@~yayaLOVA~ haha tahu takpa..tu yang tak best tu.;)

Damn Nations said...

Hahaha.. saya lelaki tapi tak pernah mengaku gentlemen pon. Sbb bagi saya wanita saja yang layak menilai saya sama ada gentlemen or tak. haha laki yg mengaku tu jenis hipokrit or perasan. kahkahkah it's better just be yourself ;) when you like me you always will smile with me, When you hate me you could be my enemies . :) everyone should have the opportunity to love us just the way we are