September 30, 2011

Spontan Jumaat | Nak Pegi Jugak!!!



Pagi ni nak selesaikan semua hadiah GA korea yang tak terhantar-hantar. 
Lepas tu ada urusan luar.

Yang best...
MALAM NI KAT SINI ADA USTAZ AZHAR IDRUS!! opkos nak pegi~

p/s: spontan ke? biarlaa nak cepat.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Antara Perempuan Dengan Lelaki, Siapa Yang Lebih Banyak Cari Tips Cinta?

Morning! Happy Thursday ;) Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Serasa semalam baru cerita tentang perempuan dan cinta kan? Ala.. yang INI. Rasa macam dah belog pakar-pakar cinta je belog ni hailaa. Harap ada manfaat. Bukan kosong semata-mata. Pagi ni, rasanya nak buat sedikit analisis.


Antara perempuan dengan lelaki, siapa sebenarnya yang selalu cari petua cinta?


Anda rasa siapa? Agaknya siapa yang lebih rajin cari, petua memikat hati lelaki atau perempuan. Bagaimana hendak mendekati perempuan dan sebagainya. Fuhh demi cinta, boleh kita simpulkan, ramai juga rupanya yang segan nak bertanya, tetapi rajin mengGoogle.


Hour Hour Love by VictoriaAsh

Kalau nak bertanya tentang cinta kat den, den tak reti nak jawab sangat. Den jawab apo yang patut jo laa..


Mungkin ada yang kata, tanda-tanda orang jatuh cinta islah bila seseorang itu angau. Mandi tak kenyang. Senyum tak bertempat. Makan tak basah dan sebagainya. Tapi menurut pendapat saya, Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita? Itu perkara simple! haha ayat poyo! Padahal sendiri pun tak ada pengalaman lolz!


Dahlah, tak payah cerita panjang-panjang. Sebenarnya, antara lelaki dengan perempuan, siapa yang selalu mencari tips cinta ialah ...


Jawapan ada kat atas. Pastilah lelaki kan yang cari, macam mana nak tahu perempuan suka kat kita. Kan? Lebih sikit je daripada macam mana nak tahu lelaki suka kat kita.


Jadi kesimpulannya? Haa..korang buatlah sendiri. hehe



p/s: Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 28, 2011

Macam Mana Nak Buat Lelaki Jatuh Cinta

Morning everyone! Siapa yang tengah mood bercinta ni? huhu Pepagi bila tengok kat keyword.. wah menarik! Kerap kali keyword-keyword seperti ini singgah di belog ini. Dah macam blog doktor cinta gayanya uollz!


Mungkin sebab entri ni kot : Dah Jatuh Cinta Ke? Macam Mana Nak Tahu?


Soalan seperti ini mungkin lebih layak kalau diajukan pada mereka yang sudah bercinta, sedang bercinta, sudah berkahwin atau sedang memulakan jalan untuk membina rumah tangga. Tapi bukan saya. huhu Hang tanya aku, macam mana nak buat lelaki jatuh cinta. Memang failed lah! Aku kalau hang tanya oxymoron tu apa ke, corporate governance ke, aku boleh la jawab. hoho



Apapun, aku rasa pasti yang mencari ini perempuan, atau girls, atau wanita, atau muslimah atau yang bukan lelaki. Sebab dia nak buat lelaki jatuh cinta. Kalau lelaki yang cari, memang sah biul. GAY!


Senang cerita, macam ni lah, apa yang aku dapat simpulkan ..


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiaannya. (Hamka)


Rasanya lebih baik jawapan tu kan? Kalau nak kata kena cantik untuk buat lelaki jatuh cinta, confirm nanti ada yang berlebih-lebihan dalam menghias diri. Tak ke gitu? Tak perlulah nak seksi-seksi, nanti seksa. Kalau betul dia jodoh kita. Tak kemana punyalah! Cayolah cakap den ni haa..


Hehe, ok, nak ke kelas. PArt time blogger macam saya. Bila semester sudah bermula, memang blog ini hanya tempat untuk dibuka seminit dua. Jejak-jejak hanya terbalas mana yang sempat. Maaf sangat-sangat. Kerana saya berblog hanya suka-suka untuk berkongsi apa sahaja yang saya rasa saya nak taipkan! Ok? Selamat memulakan hari ini. Moga lebih baik daripada semalam! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 27, 2011

Tak Perlulah Rasa Bagus Sangat Kan?

Manusia ada pelbagai rupa, pelbagai perangai. Tapi siapa kita, kita sendiri yang tentukan. Selamat hari Selasa everyone. Cuba sama-sama baca ni ..


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..


Ke mana pun kita, jangan lupakan Dia. Kerana manusia merancang dengan cita-cita tapi Dia? Merancang dengan cintaNya. Hebat kan ;)


LIFE by ~circle--of--fire

Bergunung manapun harta, bukanlah kaya jika miskin budi bahasa.
Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Secantik manapun rupa, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.
Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia jika tiada iman di dada.
Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna.
Sealim manapun diri, bukanlah ulama jika takbur dan riak.
 
 
 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 26, 2011

Stanza Cinta Episod 12 | Download Link

Salam semua. Sebelum itu, saya mohon maaf lambat post hari ni.huhu Untuk semua peminat Drama Stanza Cinta Tv3. Dah 12 episod dah, next week last kan?


Jadi buat penonton yang tidak berpeluang menonton Stanza Cinta tadi. Bolehlah download. :) 



Kalau nak download daripada Episod 1, Nak download lagu tema, boleh terus ke SINI.

Untuk membeli Novel Stanza Cinta secara online, boleh terus ke SINI. InsyaAllah urusan untuk mendapatkan online di sini lebih cepat kerana anda akan berurusan terus dengan penulis novel tersebut.




Kalau Dalam Hati Irfan Ada Rasa Sayang ,
Sayang Itu Untuk Amni
Kalau Irfan Rasa Bahagia
Kebahagian Itu Untuk Amni Jugak.
Kalau Irfan Tersenyum
Irfan Tersenyum Kerana Amni.

Dalam Ruang Kehidupan Irfan Ini,

Irfan lah Adam paling bahagia
Jika dikurniakan Hawa Seperti Amni.


ayat Irfan pada Amni dlm episode 11 Stanza Cinta :)
 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 23, 2011

What A Beautiful Friday

Selamat pagi. Selamat bekerja dan semoga semuanya baik belaka hari ini. Insyaallah..


Kekangan sebagai part-time blogger macam aku ini, tidak ain masa. Sungguh. Perlu urus masa sebaiknya.

Oleh itu mungkin blog kadang terabai.

Nak test update guna hp. hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 21, 2011

Follower Beribu-ribu Tak Semestinya Pelawat Pun Beribu-ribu!

Morning ;) Selamat bekerja, belajar, mengemas rumah, ops, ada ke yang tidur lagi? Ok, blogger pasti tahu kepentingan follower bukan? Dan rasanya, setiap blog pasti ada widget follower bukan? Jadi, semua blogger pasti dah faham apa itu follower. Follower bukan flowers ye. Tapi mereka memang flowers di taman kita. Taman itu ialah blog.



Followers by *Kameolynn on DeviantArt

Tapi kalau follower berbelas puluh ribu raban tu dah kompem dah tu, memang femes ames. Jadi, tidak lah aku nak tulis kepentingan followers, ramai dah cakap kan? Dan tak semestinya macam belog cikai ni, followers ade bape tu? 100 je kan~ jadi, pelawat dia pun mesti 100. tak. Bukan semua orang online setiap hari. Bukan semua followers baca entri kita. Kadang ada yang terlepas pandang.


Lagi-lagi yang sibuk mengalahkan PM macam aku ini kan. Ingat senang ke nak belog jogging ni. Tapi, cuba belajar bagaimana nak menarik pembaca dan menjadi seorang blogger yang disenangi ramai dengan berkenalan dengan ostad jiji yu.


Berblog, sama juga macam belajar. Kita perlu rajin. Kalau sibuk nak belog fames ames tapi tak ada usaha, janganlah sibuk nak kutuk-kutuk orang yang dah popular. Mereka memang berusaha ke arah itu kan. Pokok pangkalnya usaha.


Sebenarnya, main point dia kat sini, BUAT FOLLOWERS BLOG INI, SIAPA DAH FOLLOW SAYA, TAPI SAYA TAK FOLLOW DIA BALIK, HARAP DAPAT TINGGALKAN LINK DI KOTAK KOMEN. SAYA TAHU, BANYAK JEJAK YANG TAK BERBALAS. saya memang bukan contoh terbaik okeh. hoho takpe, asalkan hati happy bro! belajar lagi penting.huhu


Cer terjah blog comel ni >> SweetTedy


Oh lagi 1.


okbai, nak gi kelas!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 20, 2011

Sangat Cool : Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Morning! :) Ada pembaca buku yang macam ulat buku kat sini? Ke korang setakat pembaca blog yang sangat tegar? hehe Tadi jumpa benda yang sangat cool. Serius cool. Perpustakaan Negeri Selangor yang boleh kita katakan sebagai bertaraf dunia! Tak percaya? Semua komputer yang disediakan pula adalah jenama Apple! Ini bukan bajet murah-murah, menelan belanja hingga 70 Juta tau.



Kalau kita lihat pertama kali, kita pasti tak menyangka bahawa bangunan tersebut merupakan perpustakaan awam bukan? Ia terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sangat mewah dan nampak eksklusif.


Jom teroka perpustakaan yang baru dibuka sekitar Julai 2011 ini.





Wah! Macam tak sangka kat Malaysia ada sebegini kan?




Lihat, kanak-kanak itu, bukan main lagi mereka dengan PC Apple yang disediakan!










Untuk pengetahuan semua pembaca, perpustakaan ini merupakan hadiah sultan Selangor untuk rakyat Selangor. Wah saya berbangga mendapat sultan yang sangat pemurah macam ini. Berbangga jadi anak Selangor. Di sini turut menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater


Jangan kuatir kerana, semua golongan boleh berkunjung ke sini kerana ia menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur. Juga, bagi kanak-kanak, perkara yang amat disukai mestilah ruang untuk bermain, kerana di sini juga dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.

Sumber dari : zonbebas
Jadi, rasa COOL tak? Bila-bila berpeluang, pergilah ziarah, pasti tak menyesal, lagi-lagi bagi mereka yang ulat buku. Kalau rasa COOL, boleh klik like kat bawah nie :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 19, 2011

Stanza Cinta Episod 11 | Download Link

Kehadapan peminat Stanza Cinta. hehe Oh ho sangat minta maaf sebab lambat letak link. Penat cari link, kepalabergetar tak update pula. Jadi, atas jasa baik papankekunci, ini link download Episod 11 Stanza Cinta 4 September 2011.




Kalau nak download daripada Episod 1, Nak download lagu tema, boleh terus ke SINI.

Untuk membeli Novel Stanza Cinta secara online, boleh terus ke SINI. InsyaAllah urusan untuk mendapatkan online di sini lebih cepat kerana anda akan berurusan terus dengan penulis novel tersebut.




Cinta itu bukan pilihan ..
Cinta itu ikhlas dari hati.
Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta itu adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Monday Blues | Tension! Bila Dia Cari Pasal



Selamat pagi Isnin.
Selamat belajar.
Selamat bekerja.
Ada yang bercuti ke hari ini?
Buat yang menghadiri kursus, seminar, selamat berkursus!


Semoga apa yang kita buat hari ini lebih baik daripada semalam.
InsyaAllah.


Tension. Dia asyik buat hal saja!


Nak kena beli baru lah camni. Ini ok tak?




hailaa, nak kena keluar duit lagi. =____=''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 18, 2011

Spontaneous Sunday | Mengalah Ke?



" Disebabkan ini hari jadi hang, hang beli kek tok kami "


" Eh ini terbalik! "


" Kan ke hang dapat duit dari kerajaan. hang lah belikan tok kami. "


=__________=''



Source


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 17, 2011

Wordless Saturday | Sangat Mengidamkannya


p/s : suka hati je, biarlah, wordless sabtu pun boley apa~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Fuhh Jimat Duit Lah Hari Ni!!

Selamat Sabtu semua! Selamat hari raya! Mood masih raya kan? Aku balik umah ni, ramai je datang umah lagi. Kat kampus langsung tak rasa raya. Balik rumah, Ohhsemm budak-budak ramai lagi beraya. Tuan rumah tinggal stand by kuih raya, air dengan duit raya je. Ok, duit raya tu penting! hehe


Hari ni, pepagi ni, aku tau ramai yang dah merancang perjalanan nak ke mana dituju dulu kan? Banyak sungguh invitation open house. Tinggal stand by duit minyak untuk gi ker rumah-rumah tersebut. 


Source : Open House

Sungguh, pada masa yang sama juga, banyak jemputan kenduri kahwin. Aku rasa dia ambil bulan Syawal ni. Macam 2 in 1 lah kan? Yang perlu, stand by perut je, nak makan macam-macam. Apapun, kesannya, bila makan pelbagai? Sama ada perut tahan dengan tak je kan? Jangan memudaratkan dah la kan?


Food by ~moatazbadawi

Bila nampak hidangan macam tu, lagi semangat nak makan kan? Terlebih excited~


Tapi bagi yang menjayakan Open House ni, patutnya big applause to them~ Penat tau? Nak pengsan dibuatnya. >.< Paling penant nak mengemas. Sekarang ni, rumah aku dah setel. Nak pi rumah orang lain dan 2 rumah orang kahwin. Auwww kena ready perut~ hehe


Korang tak banyak open house ke hari ni?  Apapun beringatlah masa makan tu ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 16, 2011

Kita Bukan Siapa-siapa, Mengapa Perlu Sombong ?

Sebelum tu, cuba baca sambil layan lagu nie..


Kalau rasa diri tu baik, rasanya, bayi yang baru lahir itu lebih baik kerana tiada lagi dosa.
kita ni yang dah lama hidup, setiap hari berapa banyak dah dosa kita buat.
Tapi kita masih susah juga nak meminta ampun padaNya.




Nak duduk sebentar lepas solat pun kadang-kadang macam payah benar kan?
Nak solat pun kadang-kadang, kita dengar bunyi-bunyi hp yang berdering sana sini.
Padahal, waktu solat tu, kita menghadap Allah dan meninggalkan dunia di belakang.


Itulah, manusia macam kita ni yang sangat lemah, yang sangat mudah terpedaya dengan dunia.
Jadi sama-sama kita ingat mengingati.
Kalau kita sendiri tak berapa nak OK macam mana generasi yang mendatang nanti?


Berpesan-pesan pada kebaikan.
Berpesan-pesan meninggalkan kejahatan.
Berpesan-pesan kepada jalan yang diredhai Tuhan.
Berpesan-pesan dunia ini hanya pinjaman.
Dan nanti kita akan pulang pada hari yang telah ditetapkan..



Ampunilah dosa dosa kami yang banyak Ya Rabb. Siapakah lagi yang dapat mengampuni kami selain dari-Mu Ya Allah,Tuhan Sekelian Alam.
p/s: pesanan buat diri juga. selamat malam. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 15, 2011

Spontaneous Thursday #7 | Bila Dah Glemer



Bila dah glamour, ramailah orang cari kat Google kan?
Walaupun cuma 2 hari masuk Tv, lagi-lagi Tv1, still orang cari juga.
Oh bukan senang nak masuk tv!




Ni tak lain, nak cari rumah kawan aku yang masuk tv masa raya hari tu. Orang lain punya cerita, blog ni dapat nama. hehe thank you lah Harith! tetiba aku pemes kejap. pepagi ada keyword ni.

Tuan yang dah masuk Tv. Selamat Pagi Malaysia. Aku tak tahulah kenapa mesti rumah dia. haha


p/s: aku tak tau ape yang spontan. aku tau aku nak gi kelas!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday #6 | Kenangan Duit Raya




" kenapa ucu dapat lain? "


" sebab ucu kan dah besar. "


" tapi kenapa ucu punya lagi banyak? Ucu kan dah besar. "


" Sebab orang besar macam ucu lagi banyak guna duit. Lagipun ucu kan belajar lagi. "




Gaya anak-anak buah yang tak berapa puas hati. haha Aku walau dah cecah angka dua depan tu, tetap legend kiut lah. Itu pasal laaa. huhu


Lagipun bersedekah kat orang belajar ni, banyak pahala apa. Yang memberi lebih mulia daripada yang menerima kan? Jadi terima kasih buat pak cik-pak cik, abang akak saya, abah maa..hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Tak Boleh Tidur Kerana Blog Itu!!!

** Macam entri sengaja tumpang populariti je? Sukati korang lah nak cakap apa pun. 


Cuma, hari ni baru kesempatan nak baca Cerpen dia. Balik dari segala, meeting segala bagai dah tengah malam. Tetiba minat pulak nak baca cerpen dia. Sekali dah baca, asyik nak baca next next next episod.


Sempoi je penulisan dia. Nak baca pun tak sempat nak tarik nafas panjang-panjang. Aku dulu memang kaki novel, jadi bila dah termula baca ni memang akan terfollow gak lah nampaknya. Sib baik kak sunah ada letak link kat blog dia. And nasib baik gak Uncle tuh letak kat atas sekali link ke cerpen dia. Senang  nak terjah.


Novelog Ben Ashaari by Sunah




haisyy..addicted sudaaa. Sok pagi ade kelas seha oitt!
Blog cam best >>> Lia Lomi

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 14, 2011

Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak

lelaki suka perempuan pandai masak

keyword seperti ini sangat rajin singgah di blog ini. Perempuan kot yang cari ek? Risau tak kawin sebab tak pandai masak ek? hehe Aku agak je laaa


Kene buat bancian lah. Tapi rasanya memang lelaki suk aperempuan pandai masak. Takkan nak makan luar je kot? =D


Ok bai. nak gi uruskan macam2 urusan yang belum selesai di sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Seorang Pelajar Yang Sangat Pemalu Macam Saya, Sangat Suka Ini

Pelajar Gembira


Memang tabik spring lah sape suke wat presentation tu! Lagi tak best presentation ni sebab? Sebab selalunya bila sibuk-sibuk nak final, masa tu lah juga sibuk-sibuk nak kene wat preparation tuk presentation.


Ala, korang kan lebih arif? haha


Apepun, belajar niat biar betul kan? 


Autopublish. hehe Jom terjah kerana lily?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordless Wednesday #12 : Kejutan Cuaca



For more detail on Wordless Wednesday, click HERE and HERE.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 13, 2011

Bukan Susah Pun Kan?

Do I Smell Something by =popoks


Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. (HR Bukhari) 
 
 

Jadi, gunakan masa yang ada sebaiknya, gembirakan ibu bapa kita. 
 
 
Buat yang masih muda, berbaktilah kepada ibu bapa bukan pada kekasih yang belum sah.
 
 
Buat yang sudah bekerja, jangan sampai tiada masa untuk menjenguk ibu bapa. Banyak mana pun duit yang anda beri pada mereka, kebahagiaan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit bukan ?
 
 
Buat yang sudah berkahwin, bagi lelaki, ibu didahulukan, perempuan perlu mendahulukan suami. Tapi saya rasa itu bukan bermakna Ibu bapa harus dilupakan. Kerana suami tak boleh memutuskan perhubungan anak dan ibubapanya kan? :)
 
 
Biarkan mereka menangis kerana kejayaan kita bukan kegagalan kita. kan? :) 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 12, 2011

Saya Anggap, MEreka Memang Tak Nak. Boleh kan?

What I Should Have Said by *pinkparis1233

Saya dah penat tahu tunggu. Dah banyak kali extend ni. Esok memang last bagi peluang. Kalau tak ada juga, saya tak bagi lah. Saya bagi orang lain. Ok? Kesian yang dah bagi alamat, tapi saya tak pos-pos lagi.


Inilah antara risikonye. Hailaaa. LEpas ni tak nak lah buat GA lagi. **merajuk. haha


p/s: siape lagi 4 orang tu? SANA

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 11, 2011

Heartless Sunday | Siapa Boleh Baca?


Siapa boleh baca nie?



huduh betoi tulisan!
almaklumlah 4bulan cuti...haha

Selamat memulakan kelas esok! yoo~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 10, 2011

Lagi Sorang .. Aku Bila Pulak?

Will you marry me? by blackxblack


Diam tak diam, sedar tak sedar, sorang demi sorang menuju ke situ. Ni paham tak korang ni situ mana? Membina masjid. Dan ini menunjukkan bahawasanya aku pun dah tak rasa muda bila ramai sangat nak kawin. Awat la korang kawin awal-awal. sian aku. haha


Minggu lepas, dapat kabo sorang tu dah bertunang. Alhamdulillah. Kawan sekampung, dulu same-same main pondok-pondok pun gitu. Pulak, lagi tadi..


"Cik seha, ade berita baik ni nak kongsi." kata sorang lagi kawan time chat kat Fb.

"Ape dy?"

"Bulan 11 ni insyaAllah ada hari bahagia.Alhamdulillah, dah dapat green light."


Haaa tu dia. Semoga baik-baik semuanya. Tengok ada sorang blogger ni pun tengah mood-mood ke situ jugak ni. Ye dak Tuan Pegawai? Sibuk dok nak tahu ciri-ciri kebapaan semua. Yang latest status dia, 'will you marry me?' haha pi lah tanya kat pelangi, awat tanya kat fb tu oii.


Aku ni..belajar tak habis lagi. Eh, kawan yang atas tu pun tak habis belajar lagi. Dah nak nikah. Tak apalah, rezeki dia kan. 


Eh, tapi, nak tanya gak lah, will you marry me? haha tak tahu lah tuju kat sapa. hehe OkBai. Nak zohor, pastu nak gi open haus! 


p/s:padahal tak siap kemas barang lagi!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pagi Yang Tidak Dapat Diungkap Perasaannya

Hurm by ninjaink
Selamat Pagi Sabtu. Ada yang menghabiskan puasa 6 hari ini. Ada yang sedang bersiap untuk ke rumah-rumah yang membuat rumah terbuka sempena raya kejap lagi. Ada yang tidur lagi. Ada yang tengah online, ada yang tengah study? ada yang tengah membasuh, cuci pakaian dan macam-macam lagi. Apapun yang kita tengah buat ni, anggaplah sebagai ibadah untuk meneruskan perjuangan di muka bumi.


Mood : ngaaa aku pun tak tahu. =,=''


Esok pepagi dah kena balik ke kampus semula. Cuti yang berbulan-bulan habis dah. Isnin mula kuliyyah. Ape pun aku tak wat lagi. Berat sungguh nak balik ni. Aduyai. Kalau lah kampus tu sebelah rumah, tak yah sesusah nak kemas-kemas. Tak suka packing barang. =,=''


Sedih ke nak tinggalkan rumah? haha Well, buat anak manje macam aku ni, of coz lah sure do jawapannye. Mak ai nanti tak de kawan u! Tak apalah, belajar... oh semangat, semangat!!


Jom terjah dia nie! Dia baru dapat topup free ko....! Kelas~



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 9, 2011

Sikit Je lagi..





Dah 77 605 dah. Sikit je lagi tu. 
Milik siapakah topup itu? hahaha

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Keutamaan Hari Jumaat

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. 
 
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Asar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akhir saat-saat tersebut setelah Ashar"



[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT

Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Solat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan solat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Solat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. 
 
"Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.
 
 
p/s: Moga bermanfaat. Di atas adalah perkongsian di FB daripada Fb Sham KAmikaze.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 8, 2011

Spontaneous Thursday #5 | Blogger Pemes? Sape?




Tadi beraya dengan member sekolah rendah. Sibuk citer-citer dak-dak baru masuk orentasi, tetiba...



Zack zukhairi kat situ!

Hah? Sape Zack Zukhairi?

Ko tak kenal ke? Blogger top tu..

Dia budak K_)&^ dengar-dengar dia amik ^*)OY$


ada butir-butir yang perlu disembunyikan. haha kena pi terjah U tersebut dulu tuk dapatkan kesahihan! dengar kata diaaa...jeng jeng jeng

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kawan-kawan Sebagai Pendorong Dan Pemberi Semangat Bukan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat pagi. =)


Diam tak diam, dah 10 hari kita di bulan Syawal. Diam tak diam, cuti dah nak habis buat penuntut universiti. Juga aku, akan pulang ahad ni. Perasaan sayu menghantar sahabat yang hendak berjuang. Meneruskan perjuangan ke Jordan.


Antara lain, keadaan beginilah yang membuatkan rakan-rakan lain juga teringin untuk mengikuti jejak sahabatnya bukan? Walaupun tak banyak, pasti timbul sedikit rasa, 'seronoknya dapat sambung belajar di luar negara' bukan?


Apapun, rezeki orang lain-lain. Walau belajar di Malaysia sahaja, kita patut bersyukur kerana apa? Kerana ramai yang di luar sana teringin untuk menyambung pelajaran tetapi tidak mendapat peluang.



Buat saudara Hanif, 
teruskan perjuangan anda di Jordan yang baru sahaja bermula.
Tak semua berpeluang untuk belajar di luar negara.
Berjauhan dengan keluarga bukan penghalang, tapi pendorong semangat paling kuat untuk lebih bersungguh-sungguh bukan?
Lagipun, internet kan ada, nak skype ngan mak pak hari-hari pun tak apa kan? ;)


Buat rakan-rakan lain;
Yang akan masuk belajar, selamat memulakan semester baru.
YAng dah masuk sem baru, teruskan belajar.
Yang dah bekerja, teruskan bekerja.

Tidak lain, semuanya kita buat di atas muka bumi ini hanya kerana satu tiada lain untuk mendapat keredhaan Illahi.


Video lambaian terakhir sebelum beliau berlepas. 
Ada syahdu di situ.


Kalau tak boleh play, tengok kat fb Fasihah Supian ok?!

Hanya update ringkas. 
Nanti bila-bila baru keluarkan report konvoi ke KLIA menghantar Hanif. Okey =)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 7, 2011

Red Valvet - It Treats My Taste Buds GORGEOUSLY!

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat tengah hari. =)


Dulu kita ada cerita-cerita tentang sorang ni, kat SINI. Jadi, hari ni, nak citer lah, yang dia tu, Chef Ikmal tu, he did pay his promise! Haha Semalam ..

Red Valvet bakal tiba! Tunggu - 3:14 pm; sms from Chef Ikmal

Aku yang mamai-mamai baru bangun tido ni, terus excited. Tunggulah. Pintu ke pintu tu delivery. Kelas kan? Haha pulak semuanya FREE OF CHARGE! Lagi kelas, ingat senang nak dapat? haha Tapi lupa lak nak ambik gamba Chef Ikmal ngan Chef Faizal. Alahai, excited sampai lupa nak bawak hp or camera amik kek!


Special for me okey ^^

Ni kotak dia sebenarnya.haha

Red Valvet in Cups with creamy cheese plus lemon

Nah, ade 12 cups semuanya. Jangan tanya cukup ke tak. Tapi patut tanya, nak lagi ke tak. Haha harus faham maksud apa disebaliknya tu ye Mal! wink wink** haha


Belum nak komen lagi, jap, jap tayang lagi gambar..


Design 1

Design 2


Haaaaa, anak-anak buah aku dah teruja macam nampak apa. Lagi teruja bila ada love kecik-kecik tu. Bukan setakat teruja, love tu pun berebut. Nanti usu boleh belikan kat supermarket lah love tu. Boleh makan puas-puas. aduyaii.


Anak buah yang ada waktu itu.

Tak sabor nak ngap. Usu kata, nanti-nanti, cuba posing sikit, nak amik gambar. Amik gambar pun malas-malas. Sabo je la.


Tapi.....


Bila dapat masukkan mulut......


Cedapnyee~

Haaa, sampai terpejam-pejam menikmatinya. Red Valvet yang sangat lembut. Not soo manis tapi rasa dia memang sedap. Sesuai dimakan oleh semua kalangan umur, tak kira muda dewasa tua dan muda. Dibuat menggunakan minyak, no butter. Yang tak suka lembu or buttercup, ini suda tentu pilihan yang terbaik. DAEBAK~


Yang penting, habiskan cream dulu~

Budak kecik memang suka benda manis-manis ni. Tapi Chef Ikmal menggunakan cream cheese dan ada sedikit lemon. So dia ada masam-masam sikit. But it taste goods when we eat together with the cake!


Tapi Red Valvet dia memang sedap. Ni nak try buat sendiri lak. Before hari raya hari tu, Chef Ikmal ada membuat tempahan biskut cornflakes dan juga Coklat Chip yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Waaa duduk rumah pun boleh buat duit kau! Kelas ko jah~ haha


Btw... After all, Mal, aku nak lagi bleh? OMG, jangan pengsan ek >.<

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Saya Nak Bagi Topup Free. Nak Tak?

Idea, oh idea oh idea. Ngee idea ada, ni tangan yang nak menaip ni kenapa lah tak rajin macam dulu ni. Tu lah, lama sangat dok kampung, sibuk persediaan raya ngan konvoi raya dan segala bagai. Tadi, buka lah belog ni kan, tengok no dia..



Jadi, dengan rasa rendah dirinya, sempena raya ini, tuan hamba mahu berikan topup RM10 kepada sesiapa yang bertemu dengan nombor 77777. Print screen, pah tu, hantaq emel ke fasih_ct90@yahoo.com.my tajuk : TOPUP FREE. Sila sertakan, nama, url blog kalau ada, no telefon, wajib ler, lau tak camne nak masukkan, and paling wajib print screen no tu. Itu sahaja. Terima kasih. Tengah makan red valvet,  nyummy~


Tak kira siapa anda, di mana anda yang penting Malaysia, pengguna prepaid. Tak kisah ade blog ke takde ke. Ok?


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Keputusan Giveaway Dari Korea @fasihah.com FASA AKHIR

## Entri sticky post. Scroll ke bawah untuk entri baru. Last hantar detail untuk GA Korea ialah Rabu, 7 September sebelum 12 malam. Khamis nak pos dah. Harap beri kerjasama. Kalau esok tak ada, kita bagi orang lain. TQ

Tak perlu panjang-panjang intro. Sila cek, siapa yang bertuah di FASA 1, FASA 2 dan FASA 3 dan LIST PESERTA. Sila hantarkan emel secepat mungkin sebelum Khamis. Jika tidak, hadiah akan diberikan kepada yang lain. Ada lagi 2 orang tak hantar emel. Tak nak ea? Ok, lagi 6, milik mereka :-













Tahniah! :)
Tahniah kepada yang 6 di atas. Anda diberi masa selama 48 jam untuk menghantar emel kepada saya di fasih_ct90@yahoo.com.my. Berikan nama penuh dan alamat untuk tujuan pengeposan. Tajuk emel ialah : GA Korea.
Yang lain, lain masa kita buat lagi. InsyAllah... ni pun lambat uruskan. Maaf sangat2. Nak balik U dah weekend ni, jadi cecepat ea emel, nak pos cecepat..


Tq~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^