Sekitar Konvoi Raya SAUS-07 | 2-3 September 2011 | fasihah.com


September 5, 2011

Sekitar Konvoi Raya SAUS-07 | 2-3 September 2011

Alhamdulillah. Dah 7hari kita meninggalkan Ramadhan dan berada di bulan Syawal. Sudah mula puasa 6? =D Ok, update ringkas melalui SEKRETARIAT ALUMNI UNWANUS SAADAH (SAUS-07).


Sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan Konvoi yang telah menjadi tradisi SAUS-07, kami meneruskan aktiviti ziarah-menziarahi tahun ini dengan melawat guru-guru yang telah mendidik kami. Walaupun ada sedikit kesulitan untuk berjumpa mereka kerana ada yang masih di kampung, tapi kami berusaha menerjah cikgu-cikgu yang ada di rumah. haha Skematikus letronikus punya ayat!


Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menjayakan program ini pada 2 September 2011. Dan pada 3 September 2011 diteruskan lagi ke destinasi yang sedikit jauh. Tak payah cerita pepanjang, jom, kita tengok antara rumah cikgu-cikgu yang sporting nie!zaaass~ ;)


Hari Pertama | 2 September 2011

Rumah pertama, kita terjah Pengetua, aip, gambar pengetua takdak lak? huhu takpa, gambar ruang tamu pun jadi la~

Lokasi : Taman Sri Putra, Banting





Pengetua takda, tapi Cikgu Amat ada.



Terlama di rumah pengetua sebab hujan lebat. Jadi setelah reda sedikit, kite teruskan ke rumah cikgu kesayangan merangkap guru kelas Tingkatan 5 dulu, Cikgu Norhafizy Ngamer, terletak di Sungai Buaya, Banting.



agak ramai, tak cukup ruang tamu. huhu


Berehat sebentar untuk menunaikan Solat Jumaat (bagi yang lelaki) di Masjid berdekatan. Yang perempuan, bersolat di rumah cikgu Fizy. Ok, next!


Perjalanan diteruskan ke rumah Teacher. Kalau dah cakap Teacher, confirm ngajo BI. PAstu, kitorang semua suka ponteng kelas BI, sebab tak suka belajo BI. Tu yang kena pi terjah uma dia, minta ampun. huhuhu ---> Puan Norafizah Ahmad


Teacher, sorry, yang deal dengan teacher tak dapat hadir atas urusan keluarga. Apapun, teacher nampak macam awet muda lah. hehe


Destinasi diteruskan lagi ke Bandar Baru Banting, ke rumah Ustaz Bahasa Arab terfamous zaman Millenium. Ustaz Rafi. Dan aku dapat mesej, 'ni apa ni, yang deal nak datang tak muncul kat sini?' Alamak, maaf lah ustaz, kan dah kirim salam. Sungguh, kalau tak ada hal lain, mesti dah sampai situ. hehe


Mana ustaz? Tak apa, kira ok lah tu, anak-anak dia wakilkan dia. Kelas ko jah! Masuk belog lagi kan dik? haha


The most fantastic teacher? Eh, Cikgu paling WAJIB jenguk, Cikgu Hisham. Cikgu Add Maths ni, setakat kena denda dah biasa dah. Kena berdiri depan kelas sampai dapat jawab soalan, biasa dah. Malu ke? Maluuuu, pulak Form 5 dah masa tu. Tapi, sebab denda-denda tu lah kitorang masuk U skang kan cikgu? hehe


Cikgu dah kurus ar. Boleh tahu apa rahsianya? huhu


Untuk hari pertama, destinasi terakhir yang dituju ialah Ustaz terhandsome di Samus abad kami ialah Ustaz Ilman. Eh yeke? Kembang lah Ustaz ni kalau bace. Tengok sikit, handsome ke? haha


Mane ustaz nye ni? Carilah yang agak2 muka kebapakan sikit. hehe



Hari Kedua | 3 September 2011


Konvoi diteruskan ke rumah cikgu-cikgu yang lebih jauh dari area Banting. Seperti hari sebelumnya, semua berkumpul di Petronas Kanchong Darat sebelum memulakan perjalanan.


~ Next Coming Model for Petronas ~
haha kelas gitu!


Ok, destinasi pertama, Jenjarum. Jalan Mahang off Jalan Waiman. Rumah berjiran ala-ala kembar. Design Cantik. Plus dusun yang baru dijinakkan di belakang rumah. Dari pokok limau bali, pokok delima, jagung, semua ada. Pergi rumah dia, berbaloi-baloi~


We came to your house Ustaz! Wiee Ustaz Amran. =)


~ Cuba cari di mana saya. haha ~


Seterusnya, ke Labohan Dagang. Berjumpa guru kelas kami dulu a.k.a Ustazah Pendidikan Syariah Islamiah. Tapi aku tahu, dalam banyak-banyak bab yang korang belajar dari form 4 sampai form 5, mesti bab nikah kawin yang korang paling ingat kan? haha~ Ustazah Mazinah Kasran.


~ sesi bermaafan dan amanat-amanat yang perlu disampaikan. haha ~


Konvoi tidak lengkap jika tidak diserikan dengan kunjungan ke rumah Guru Disiplin. Dah kira WAJIB ler. Dulu semua nakal-nakal. hehe Ustazah Jati Afidah di Taman Damai, Jalan Morib.


~ kat rumah Ustazah ada stage. Boleh je nak wat konsert In-team ke kan. Ambil kesempatan amik gambar atas stage. Satu-satu rumah yang ada stage dalam rumah you. Lagi kelas ~


Next, konvoi terus dimeriahkan dan ditutup ke rumah Istana Takeshi di KAnchong Tengah, Jalan Kesom. Oh Mak aii, rumah besar. Trademark best untuk hari itu, 'Kelas Ko Jah'. Rumah Puan Khairini Abu. Ngee bapak beso rumahhhhhh~ Wajib ar g rumah dia sebab... sebab kan ramai sangat cikgu tak ada Sabtu tu. Semua tak ada kat rumah, dia ada, kita terjah je laaaa. hehe



Antara yang paling menarik bila semua jakun jumpa bantal Ros. Nak pegang kene bayar tu, RM 5. memain je. hehehe


~ Istana Takeshi. haha. Bak kate suami ustazah. Ko jangan, rumah beso pun, kete antik tu mane boleh buang. ada saintifik value tu ~



Cukuplah, 2hari di jalan. Fuhh Tukang urus ni kehabisan kredit sokmo. So, apapun, dapat jumpa reramai ni, kira berbaloi-baloi. =D


Jutaan terima kasih buat semua guru-guru, bukan yang kami terjah sahaja, tapi buat semua warga pendidik SAMUSKD lagi-lagi yang telah mendidik kami, ala kulli hal, maafkan kami di atas semua kesalahan kami, halalkan semua ilmu yang telah diberi dan doakan kami berjaya dunia dan akhirat Cikgu, Ustazah, Ustaz, Teacher.




Juga kami takkan lupa jasa kalian semua mendidik kami. Walaupun kami tak sms, tapi FB kan ada. Dah majuuu. hehe Walau jauh terpisah antara jarak, namun hati kami dekat antara semua di atas satu talian Ukhuwwah Islamiyyah di situ bukan hanya guru dengan murid tetapi kerana kita seIslam.


Buat guru-guru yang kami tak tuju. 
Bukan kami tak sudi atau tak mahu.
Memang mahu terlalu mahu.
Tapi apakan daya masa sangat mencemburui dan terlalu medahului kami untuk menerjah ke rumah semua cikgu.
Apapun, Ampun maaf dipinta terdahulu.


Belum terlambat untuk mengucapkan Selemat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami Pelajar SAMUSKD BAtch 2003-2007.


Juga buat rakan dan teman, yang dah berkahwin, yang dah bertunang, yang dah nak mendirikan rumah tangga dan yang dah nak memulakan langkah ke sana. Jangan lupakan kami. InsyaAllah, akan kami terjah ke sana.


Juga buat teman-teman yang berada di luar negara, hanya Fb penyambung hubungan. Tak bermakna jauh kita tak ingat, cuma tak bersama. InsyAllah panjang umur, kita ketemu.


Juga buat yang baru hendak mewakili kami ke Jordan, Saudara Mohd Hanif b Solihin. Semoga berjaya di sana. Tahun depan kalau balik, kita konvoi sama-sama. Kalau tak balik, talk apa, Fb kan ada? ;) Nanti balik, bawak isteri terus ek? Yang pakai furdah kata Qiqi? hehe Ingat pesan Ustazah Rini, jangan pilih orang arab, demand tinggi der~ =D

Orang Perempuan Malaysia, kelas ko jah~ hehe

p/s: baru nak update. Cuba mencari mood lagi. Baru sapu sawang-sawang tadi. hehe Ops, kengkawan, share dengan klik like kat bawah ni, nanti kawan-kawan len bleh baca. Ok, tq. Jumpa lagi. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

9 comments:

aimie amalina said...

pehhhhhh
besnye die
aye sakan no
heeeee..tapi cam x tawu mane satu seha..hihihihi

sergeant keroro said...

hehe, ramai sangat. tak tahu yang mana satu cik fasihah, huhu T__T

al_hakim said...

wah kak..beraya sakan..kak yg pakai spek kan?

JIJI YU said...

aku dah jumpe engko..wakaka

Cheq Sue said...

wahhhh...sonoknye pi raya ramai2..sekarang ni sensorang aje nak ke mana2 pom segan

SoLy SoLicious said...

waahh..bestnye :))

sakan ha beraya

Mohamadazhan.com said...

menarik! program raya sakan ni.hehe.raya ni masa agak kesuntukan...tak smepat nak gerak merata2 =)

Mya said...

meriahnya raya =D

Nini Hartini said...

fasiha...bestnyaaa konvoi raya. akk konvoi time sekolah2 je dulu.pas kawen dah xde semua ni. huhu...

raya ni pun xde jumpa sorang kawan pun. dorg balik kg, akk pulak xde sini..hehe