Kawan-kawan Sebagai Pendorong Dan Pemberi Semangat Bukan? | fasihah.com


September 8, 2011

Kawan-kawan Sebagai Pendorong Dan Pemberi Semangat Bukan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat pagi. =)


Diam tak diam, dah 10 hari kita di bulan Syawal. Diam tak diam, cuti dah nak habis buat penuntut universiti. Juga aku, akan pulang ahad ni. Perasaan sayu menghantar sahabat yang hendak berjuang. Meneruskan perjuangan ke Jordan.


Antara lain, keadaan beginilah yang membuatkan rakan-rakan lain juga teringin untuk mengikuti jejak sahabatnya bukan? Walaupun tak banyak, pasti timbul sedikit rasa, 'seronoknya dapat sambung belajar di luar negara' bukan?


Apapun, rezeki orang lain-lain. Walau belajar di Malaysia sahaja, kita patut bersyukur kerana apa? Kerana ramai yang di luar sana teringin untuk menyambung pelajaran tetapi tidak mendapat peluang.



Buat saudara Hanif, 
teruskan perjuangan anda di Jordan yang baru sahaja bermula.
Tak semua berpeluang untuk belajar di luar negara.
Berjauhan dengan keluarga bukan penghalang, tapi pendorong semangat paling kuat untuk lebih bersungguh-sungguh bukan?
Lagipun, internet kan ada, nak skype ngan mak pak hari-hari pun tak apa kan? ;)


Buat rakan-rakan lain;
Yang akan masuk belajar, selamat memulakan semester baru.
YAng dah masuk sem baru, teruskan belajar.
Yang dah bekerja, teruskan bekerja.

Tidak lain, semuanya kita buat di atas muka bumi ini hanya kerana satu tiada lain untuk mendapat keredhaan Illahi.


Video lambaian terakhir sebelum beliau berlepas. 
Ada syahdu di situ.


Kalau tak boleh play, tengok kat fb Fasihah Supian ok?!

Hanya update ringkas. 
Nanti bila-bila baru keluarkan report konvoi ke KLIA menghantar Hanif. Okey =)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

aiman said...

jom masuk U..hee

aamalinaazman said...

weee
selamat kembali syg!
betol.
x kesah la kat mne pon
kita msh mencri ilmu Dia kan
wish u oll d best dea =]

Muslimah Optimis said...

seamat meneruskan jihad di medan ilmu..

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

selamat bermula sem baru...
mula masuk kuliah...
mula buat asgment...
mula ade meeting...
mula ade group discussion...
mula ada exam...
yg paling best...

kne mula jimat duit...
adoyai...hehehe

Anonymous said...

bnyk BUKAN di situ..hehe
slmt belajar gak utk seha,.
kat UIA pn best pe.. =)

Anum said...

bestnya
selamat belajar ya

FadhDeela said...

msti seronok kalo dpt smbung blajo ke luar negara..dpt tgk negara org ;)

Cik Aqilah Wardah said...

lalingg~~ ^_^

jumpa di cafe econs!! :D

take care.. slamat masuk sem smulaa..

psst.. psst.. da siap kemas beg??

huhu.. ade limaploh beg nk kmas ni.. huh!

Sunah Sakura said...

sedihnya...nguuuuu... jiji pun sedih hj da balik madinah...

nazirulhazwan~ said...

Dulu den dpt offer blaja kt jepon..tp dgn bangganya den tolak.bile cikgu2..pakcik makcik tanye knp..den jawab "sy nak jadi best student kat malaysia" wakaka ni cukup x jd pendorong utk membuat student tak g oversea?

K said...

tak dapat nak fly, huhuk