Personal : Bekerja Menjadikan Diri Ini Agak Ketinggalan Zaman | fasihah.com


August 2, 2011

Personal : Bekerja Menjadikan Diri Ini Agak Ketinggalan Zaman


Dah lama kan? Kita tak tegur-tegur sapa. Tak cuit-cuit kat komen. Rindulah semua pengomen tegar kat sini. Rindulah nak jenguk semua blog-blog kat bloglist tu. Tapi mesti takde sape rindu kite an? Euww sapalah  nak rindu. Apapun, awal-awal dah mention, personal, tak suka, boleh klik button X. Tq :)


Bila menjelang puasa, paling saya nanti, bila atuk tu nak umum bila puasa. Yelah, semangat berkobar-kobar nak pi tawarih bak kata upin ipin tu kan? Tapi tahun ni, pengalaman paling berharga sungguh-sungguh bila bulan puasa ni bekerja. Fuhh, barulah faham, sebenarnya bila kita sibuk, kita lebih menghargai masa yang ada. 


Macam bulan puasa ni, nak bangun awal pagi, nak solat lagi, nak kena pergi kerja, nanti balik tak sempat lelap, kena masak buka pulak, lagi best bila dapat arahan kena kerja malam. Menyirap je rasa you, I nak pi terawih LOL. Serius abah ai kata apa tahu? 'Ni sibuk nak kerja, nak kejar duit masa bulan puasa ke nak kejar gandaan pahala bulan puasa.' Haa kau tersentap habis. Lepas ni, nampak agayanya, ai kompem tak mau keje malam dah, keje boleh tahan, fuhhhh tapi pengalaman semua tu. Chill je. =D


Ramadhan Mubarak by Famz

Antara pengajaran sebelum puasa untuk puasa yang memang mengena kat batang hidung sendiri, yang INI. Ok, back to the topic, jadi, malam pengumuman puasa tu, tak sempat nak tengok, jadi tetiba teringin nak kenal atok baru. Memanglah rindu atok lama, tapi nak kenal gak atok baru. Pastu jumpa video atok baru kat blog dia.


Oklah, tak kisah yang penting tahu bila puasa.


Mungkin mereka tidak tahu aku seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling, mereka mungkin tidak tahu kewujudan belog picisan ini, tapi, aku sangat teringin menyampaikan kepada mereka, Islam kita bukan hanya pada nama dan kad  pengenalan, tapi pada isi seluruhnya. Aku bekerja demi pengalaman semata, ya, nanti aku akan cerita bagaiman 'seronoknya' tempat aku bekerja, dengan sistem payroll yang macam .. Dengan pekerja yang .. ah, itu semua kemdian, cerita lain.


Kita operator pengeluaran, kita cleaner, kita sales assistant, senang cerita aku rasa, selayaknya aku memang seorang kuli yang tiada apa-apa kedudukan di mata pengurus, big boss mahupun big mama. Cuma aku rasa tak seronok bila ..


"Ko keje tak malam ni?"

"Tengoklah nanti, tak tahu lagi ."

"Rugi tak kerja, 3  jam RM13 OT."

"Itu korang, aku ni part-timer je."

"Eh, ko boleh dapat RM10 tau."


Rasa tak selesa. Kata-kata mak abah sering terngiang-ngiang di kepala. Bulan puasa ni nak kejar duit ke nak kejar gandaan pahala? Duit, betul, duit tu memang penting, tapi, aku berfikir di sebalik, harian dah penuh dengan kerja, balik dah penat, bila nak pergi masjid bertadarus? Bila nak pergi masjid berterawikh dan amalan-amalan sampingan lain? Dhuha memang dah terlepas..


Bila dijawab..'Perempuan lebih elok sembahyang di rumah. Ala, terawikh kan boleh buat balik kerja." Persoalannya, bila balik dah penat, terbuat ke terawikh tu? Aku sendiri, aku akui, aku rasa tak rela bekerja. Teruk bukan? Aku tak rela nak kerja malam bulan-bulan puasa ni.Tapi dah kuli. Tapi aku memang nekad dah, tak mau pi, kalau dia nak berhentikan pun berhentikan lah.. Sebab sebagai pekerja, aku rasa aku ada hak sama ada nak OT atau tidak. OT ke tak, kita punya sukalah, mana boleh paksa. =.=''


Betul, sebenarnya, bila kita sibuk, kita lebih menghargai masa,  kita lebih merancang apa kita nak buat. Apapun, semua tu, niat kena betul. Serius, aku kerja agak teruk, tapi itu semua atas niat belajar dan mencari pengalaman. Tak dapat dibeli pengalaman itu. Mungkin kerana itu, pengalaman itu mengajar. Kan?


Waa, dah ngantok, selamat bersahur. Pastikan puasa kita yang terbaik :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

16 comments:

alif haris said...

Ot ikut suka kita lah .. ade ke nk paksa2 .. haha memang betul pn hehe ..

kerja2 kerja jugak kak .. tp jgn sampai lupakan bnde lain ye :)

sergeant keroro said...

masa itu berharga :)

p/s : sempat lagi, tu krew lama duk menyibuk. HAHA

tu yang nampak banyak :P

aiman said...

camtu lah berkerja kan.. sy baru dapat tawaran keja.. kat bazar ok jugak.. tp berbelah bahagi pasal apa yg ayah cik cakap.. :)

aimie amalina said...

waaaaa
sungguh tabah die bekerja an!
wee..
xpela..yg pntg niat dihati tu..
Allah tahu ape yg kite asekan~
betol!
pengalaman adalh GURU terbaik dlm hidup ni
x de kat paso..2 sengget 2 sengget..
heee~ nikmatinye, disamping menghargai Ramadhan kan =)

::blog anak jawer:: said...

wah.. mmg kaya betul la pas ni....raya sakan la tahun ni..he3

norinaomar said...

saya pernah kerja kilang kain dulu,memang OT paksa..teruk betul

masa ni lah nak carik pengalaman FS.inilah yang akan mengajar kita bahawa bukan senang nak senang,bukan senang nak cari duit setiap bulan demi sesuap nasik.

Diana @ bilakukatacinta said...

OT sukarela..tp bila dah terpaksa, bila kerja banyak yang perlu disiapkan, fasihah adjust lah jadual. Mungkin, bila keje sampai ke malam, badan letih sgt,nk solat terawikh lepas tu mcm dah tak larat kan?
asihah mungkin masih belum berkomitmen...mungkin fikir ot tu..tak perlu..tp pada mereka yang berkeluarga (yang perlu mempersiapkan diri utk famili beraya..OT tu penting)

ape salahnya atur jadual..biasakan diri...Kalau hari yang OT tu, buat solat terawikh di rumah. Kita kan ada pilihan..nak OT ke tak..So, janganlah OT hari-hari..

pss: akak pon pernah keje kilang setiap kali cuti sem..penat..stress dan mcm2 akak dah lalui...jangan risau. semua itu menjadikan kita seorang yang manageable...fighting!!

Suhaili Sarif said...

seha,jgn paksa diri
kalau ada pilihan utk x kerja,amik je
lebihkan dan dahulukan ALLAH
Dia bg rezeki
in fact dkt bos pun,Dia jugak yg bg rezeki...go go seha
rugi xkejar ramadhan ni

JIJI YU said...

hamboi2 kuat bebeno ko bekerja..sampai ke ot pon ko sapu..ekeke..apepon kerja tu kan ibadat..

Munna said...

erm...tak sempat jgk tgk pengumuman atok baru tu... =(

ikut je nasihat parents tu...buat tarawikh lg 'kaya' dr buat OT tau..lain la kalau btl2 terdesak nak pakai duit...buat lah ot.. =)

syarifahsidrus said...

ada yang pakso OT ke kak ? ala. siang dah kerja kan, kiranya dah menunaikan tanggungjawab n amanah kerja la tu. malam masa tanggungjawab pada Allah la pulak :)

Cik Aqilah Wardah said...

gud luck dear!!

pulun keje.. pulun... :)

Allah jadikan siang utk kite memaknakan kehidupan... ^_^

nnt belanja kak mkn nasi Arab kt cafe econs okeh!! ^^

d_LA said...

syukurlah dla keje xdelah smpai mlm..kalo x abis rrr aktiviti malam dla selama ni terpaksa dilupakan..neway, slmat bekerja keras ya^^

Qaseh dalia adelia said...

bagus kalau niat utk mengejar pahala.. ot tu atas diri kita kalau paksa2 bukan ot namanya ...

Sunah Sakura said...

insya'Allah sayang... :)

Siti Arfah said...

Sy rindu fasihah. :). Em mmg xleh men pkse2 org nk wt ssuatu tu. Ish3. Em pnglmn mmg berhrga sgt, xnilai. Moga fasihah tabah mnjalani ibdah puasa smbil bkerja !