*Beep beep beep
"Seha, tengok luar, ada orang tengah berdansa."
Terus menjengah ke tingkap. Patutlah ada dengar macam orang tengah menjerit ke menyanyi? Menyanyi lah tu kot. Kalau tak, kenapa dia berdansa sekali kat laman tu. Biarlah, barangkali dia stress, tu dia lepaskan tension je tu.
Saya dan kawan yang sedang menyiapkan report pun biarkan dia melalak kat laman tu. Sebab kami ada misi yang lebih penting daripada menghiraukan si dia yang melalak di laman itu tadi.
Jam 1 pagi.
"lalalala....." (suara tadi kedengaran berkumandang semula)
Kelihatan seorang perempuan berjalan turun daripada bloknya bersama hp digenggaman sambil menyanyikan lagi Inggeris tanpa menutup aurat dengan jayanya jalan dan jalan sambil bernyanyi dengan kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling menuju ke halaman tadi.
Dan dia merupakan perempuan yang sama. Tapi tadi dia pakai tudung, sekarang tak. Mungkin dia fikir, pukul 1 pagi, asrama perempuan mana ada lelaki masuk kan?
Dia pun berjalan sambil menggoyang-goyangkan tubuhnya ke tengah halaman sambil tangkap feeling dengan lagu Inggeris di hp nya.
Tiba-tiba saya dan kawan saya rasa meremang bulu roma. Haiz, dalam hati kami, "minah ni betul ke tak ni? Tetengah malam buat cam ni, kalau stress sangat pun janganlah sampai macam ni sekali."
Kami bukan kisah pasal dia tak pakai tudung tu, kami bukan kisah dia bukan orang melayu, tapi kami sangat kisah sebab dia agak mengganggu ketenteraman awam dan kami sangat kisah bila mana dia macam berada di luar kesedaran.
Boleh dia menari gaya macam kat dalam disko tanpa menyedari keadaan sekeliling. Kami yang risau. Kami risau kalau dia buat apa-apa di luar jangkauan akal sahaja. Alhamdulillah, dia tak terjun dari bukit ni. huhu
|
A curious mind by MivtheVampire on DeviantArt |
Kawan-kawanku sayang, saya tahu, final exam dah dekat. Saya faham, minggu-minggu terakhir ni tahap tekanan mendadak bila mana setiap hari ada sahaja submission, ada sahaja kuiz nya, testnya reportnya presentation project dan sebagainya.
Tapi jangan sampai kita hilang pergantungan dengan Allah. Bijaklah menangani stress. Mungkin kita perlu berkongsi perasaan itu. Carilah medan untuk berkongsi. Waktu makan, kita cerita kat kawan. Atau mungkin, nak sentiasa nampak cool, call mak lah selalu, cerita kat dia. Rasa kurang sikit bebanan tu. Saya lah tu. huhu beringgit habis kredit, tak apa, dapat cerita cukuplah. Duit apalah sangat kan. huhu
Janganlah sampai cara kita menangani stress tu tak berapa islam. Stress ni ujian yang sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan menjauhkan lagi hubungan kita dengan Allah. Waktu sibuk macam ni lah pergantungan dengan Allah sangat kuat.
Janganlah sampai losing your mind menjerit tetengah malam sambil berdancing kat tetengah laman dalam gelap. Aduyaiiiiiiiiii
Kalau ada masalah, Allah kan ada :)
“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )
TERIMA KASIH SUDI BACA^^