Awak, Janganlah Tinggalkan Saya .. | fasihah.com


December 21, 2011

Awak, Janganlah Tinggalkan Saya ..

"beep,beep.."


"Awak, awak kenapa senyap je ni awak?"


"Awak macam makin pinggirkan saya je. Saya sedih la awak. (T__T)"


"Awak...balas lah awak...! Jangan buat saya macam ni..."




Awak..saya bukan berniat nak meninggalkan awak. Awak kena faham perasaan saya. Awak kena faham keadaan saya sekarang ni. Saya bukan saja-saja nak tolak awak ke tepi. Saya betul-betul terpaksa ketepikan awak. Bukan bermakna saya menduakan awak atau tak setia dengan awak, tapi ada yang lebih penting sesungguhnya daripada awak sekarang.


Awak panggil-panggil saya suruh update awak kan?
Awak panggil-panggil saya suruh moderate komen kan?
Awak panggil-panggil saya suruh jenguk Fb kan?
Awak panggil-panggil saya suruh blogwalking kan?


Awak... saya tahu awak terasa dipinggirkan kan awak kan? Bukan sebab saya sengaja tau awak..


Sebab tinggal berapa hari je nak FINAL EXAM ni awak!! Saya kenalah tolak awak ke tepi. InsyaAllah ada masa sedikit kalau ada access internet, saya pasti update awak tau!


Tak.tak awak, saya takkan tinggalkan awak. Terpaksa jauhkan kejap je. ^^


Terima kasih kepada kalian yang masih sudi singgah ke blog yang tiada apa-apa ni. Apapun, ingatlah...


"Jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan dua perkara, iaitu penyesalan masa lalu dan juga kebimbangan masa hadapan."


kerana kita mungkin tidak akan merasa manisnya sekarang.


Wallahua'lam. Saya terpaksa pergi. Ada yang lebih penting untuk saya utamakan. Ada masa, kita jumpa lagi.. 



Buat teman seperjuangan, mungkin semester kali ini kita rasa terlalu cepat, hinggakan rasa macam tiada masa untuk revision. 

Assignment,assignment assignment. 

Present present present.

Kuiz kuiz test.

Rasa penatnyaaa! Eh tiba-tiba minggu ni final lecture, minggu depan dah mula EXAM. Ya Allah..sempat ke nak mengulangkaji ni? Saya juga bimbang sama seperti kawan-kawan semua. Tapi, percayalah, kalau bukan sebab kita boleh hadapi ujian ni, kita takkan diuji sebegini.


Chill lah! Kita kan budak U. ^^



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

syakirah izwanie said...

jeng jeng jeng. 'AWAK' tuu refer kepada Blog ni ehh? Haha xD

YAYA AZURA said...

selamat maju jaya!

JIJI YU said...

awak buat je yang mana patoto dulu..tgglkan saya kejap..tadak jadi hal la

Cik Lia Lomi said...

selamat berusaha, chayok! chayok!..tak apa 'Awak' Lia selalu jenguk sini..ngehhhh..

Solihin Zubir said...

gud luck 4 ur exam! all da best!

utamakan yg lebih penting.. =)

aimie amalina said...

alololo
ciannn die
x peee..akak dh freee
aka bole jenguk belog seha :))

stdy molek2 :))