Awak, Janganlah Sampai Jadi Gila! | fasihah.com


December 16, 2011

Awak, Janganlah Sampai Jadi Gila!

*Beep beep beep


"Seha, tengok luar, ada orang tengah berdansa."


Terus menjengah ke tingkap. Patutlah ada dengar macam orang tengah menjerit ke menyanyi? Menyanyi lah tu kot. Kalau tak, kenapa dia berdansa sekali kat laman tu. Biarlah, barangkali dia stress, tu dia lepaskan tension je tu. 


Saya dan kawan yang sedang menyiapkan report pun biarkan dia melalak kat laman tu. Sebab kami ada misi yang lebih penting daripada menghiraukan si dia yang melalak di laman itu tadi.


Jam 1 pagi.

"lalalala....." (suara tadi kedengaran berkumandang semula)


Kelihatan seorang perempuan berjalan turun daripada bloknya bersama hp digenggaman sambil menyanyikan lagi Inggeris tanpa menutup aurat dengan jayanya jalan dan jalan sambil bernyanyi dengan kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling menuju ke halaman tadi.


Dan dia merupakan perempuan yang sama. Tapi tadi dia pakai tudung, sekarang tak. Mungkin dia fikir, pukul 1 pagi, asrama perempuan mana ada lelaki masuk kan?


Dia pun berjalan sambil menggoyang-goyangkan tubuhnya ke tengah halaman sambil tangkap feeling dengan lagu Inggeris di hp nya. 


Tiba-tiba saya dan kawan saya rasa meremang bulu roma. Haiz, dalam hati kami, "minah ni betul ke tak ni? Tetengah malam buat cam ni, kalau stress sangat pun janganlah sampai macam ni sekali."


Kami bukan kisah pasal dia tak pakai tudung tu, kami bukan kisah dia bukan orang melayu, tapi kami sangat kisah sebab dia agak mengganggu ketenteraman awam dan kami sangat kisah bila mana dia macam berada di luar kesedaran.


Boleh dia menari gaya macam kat dalam disko tanpa menyedari keadaan sekeliling. Kami yang risau. Kami risau kalau dia buat apa-apa di luar jangkauan akal sahaja. Alhamdulillah, dia tak terjun dari bukit ni. huhu


A curious mind by MivtheVampire on DeviantArt

Kawan-kawanku sayang, saya tahu, final exam dah dekat. Saya faham, minggu-minggu terakhir ni tahap tekanan mendadak bila mana setiap hari ada sahaja submission, ada sahaja kuiz nya, testnya reportnya presentation project dan sebagainya.


Tapi jangan sampai kita hilang pergantungan dengan Allah. Bijaklah menangani stress. Mungkin kita perlu berkongsi perasaan itu. Carilah medan untuk berkongsi. Waktu makan, kita cerita kat kawan. Atau mungkin, nak sentiasa nampak cool, call mak lah selalu, cerita kat dia. Rasa kurang sikit bebanan tu. Saya lah tu. huhu beringgit habis kredit, tak apa, dapat cerita cukuplah. Duit apalah sangat kan. huhu


Janganlah sampai cara kita menangani stress tu tak berapa islam. Stress ni ujian yang sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan menjauhkan lagi hubungan kita dengan Allah. Waktu sibuk macam ni lah pergantungan dengan Allah sangat kuat. 


Janganlah sampai losing your mind menjerit tetengah malam sambil berdancing kat tetengah laman dalam gelap. Aduyaiiiiiiiiii


Kalau ada masalah, Allah kan ada :)


“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

15 comments:

JIJI YU said...

mcm2 cara nk ilangkan stress kan

Tea said...

mungkin itu bukan dia...? jegn jeng

ridzuan sujari said...

eh... seha, bukan go green ke wrna blog ni??? dah baru eh?? lama dah x tngok blog ni... hehe

ridzuan sujari said...

entri yang best...
btw, dah ok, wanita yng diceritakan tu? ke... masih camtu lagi??

Iffah Afeefah said...

Stress sgtla tu

mcm2

::blog anak jawer:: said...

seriau gak kalau mcm ni.. 1 lagi... sure ke yg ko nampak tu manusia seha oi...mane tau ade bnde nk kacau korg study ke..hehehe

Kakzakie said...

Kakak ingatkan hantu tadi alkisah betul student sedang tension ye... kuat dan cekalkan hati dik janagn kerana nak exam jadi mcam student tu... benar Allah kan ada...

Anum said...

banyak cara nak hilangkan stress

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ada orang "tumpang" kat die kut... hehe

syarifahsidrus said...

memang bertambah stress la kalau ada org yang buat perangai macam ni kan

Подтверждаю said...

as salam..
wah..kronik..bahaya tu bila dah leka. aurat pun boleh selamba tunjuk..memang tak menjadi msalah sangat..tapi takkan tak rasa malu kot kat pencatit amal kiri dan kanan..lain lah kan kalau dalam tandas.. haih..malu kan sebahagian dai iman..

hm..

mushroom farah said...

ingat dah kena rasuk tadi..hehehe...banyak orang banyak ragam..^_^

Cik Lia Lomi said...

uih, seramnya kalau macam tu tengah-tengah malam..

Solihin Zubir said...

hoho.. agak2 la kan kalau nk hilangkan stress pun..

bila stress, dgr lagu, menari.. ada ke pulak mcm tu..

mcm mana Allah la nk tolong hilangkan stress tu..

Juliet_iRa~" said...

ada ke y mcm tu?huiii beraninya.........huuu