Bercerai Dah Dia? | fasihah.com


December 11, 2011

Bercerai Dah Dia?

I Love You ~ Google
Dulu, masa belum nak kahwin, heboh sekampung. Bakal suami dia jurutera. Bakal suami dia anak dato. Esok dah kahwin senang. Dapat anak kaya. Dan macam-macam lagi. Dah macam jadi norma masyarakat, bila ada majlis perkahwinan, dah biasa kan? Mesti nak tahu, dapat orang mana? Anak siapa? Kerja apa? Itu memang standard questions.


Tapi lagi kepoh kalau macam tu lah, anak dia dapat anak datok. Bakal suami dia jurutera. Budak tu dah ada PhD dan macam-macam lagi pangkat dan darjat yang sibuk diceritakan. Itu yang kita suka banggakan kan? Kalau dapat ustaz sahaja, rasa macam apelah sangat kan? Tapi itu memang norma masyarakat. Tak payah nak tepis. Saya balik kampung ni, pergi mana-mana wedding invitation memang macam itulah.


Telur pun sehati sejiwa wak.

Masa bercinta memang indah. Semuanya wangi semuanya baik. Lagi hebat bila bakal suami ada sedikit pangkat. Heboh satu kampung. Bangga nak dapat menantu anak raja kan?


Yang tak seronoknya, bila balik, dapat tahu orang yang dikenali, umur atas saya je. Umur baru 22. Dah jadi janda muda. Kasihan kan? Mungkin belum bersedia sebenarnya nak mendirikan rumah tangga tapi dah berkahwin. =___='' Atau pun, dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?


Aku ceraikan kau talak satu.

Tapi lagi tak seronok bila mana dulu masa nak kahwin ke main lagi kan? Grand. Sibuk canang anak dia dapat pegawai lah apalah.


Tak berapa seronoklah norma yang macam ini. 


Kalau benar seseorang itu baik, kita tak perlu nak bangga dengan apa yang dia ada, tapi biarlah kebaikannya terlihat dengan kelakuannya.


Selamat pengantin baru yang baru berkahwin dan akan berkahwin hari ini. Sebenarnya gerbang perkahwinan adalah permulaan seorang perempuan atau lelaki untuk mengenali hati budi dan perangai sebenar pasangannya.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Cik tikah said...

kawen ni mne boleh gopoh2. kena brsabar.

Iffah Afeefah said...

Eh fasihah 22 jgk ke

erm ksian
agakla xsedia
ikot drh mude maybe

Nong Andy said...

Salam tuan punya blog.. nak mencelah byk boleh? hehe..

org sekarang 'riak' sgt dgn hal duniawi.. suka canang yg kononnya hebat.. kita ambil iktibarlah kan.

apa-apa pun jodoh dia x pjg.. kesian dia.(sesiapa pun 'dia' yg kamu maksudkan) mudah-mudahan dia boleh terima ujian ni dgn tabah.

SoLy SoLicious said...

kdg mcm sronok kwin muda.. tp ble cerai berai ni bikin scary la

Siti Safiyyah said...

musim kahwin dah skang ek.. tak lama dah nih.. hehe

sergeant keroro said...

lau tak sedia tak payah