April 29, 2011

Tiny Pillow Atau Bantal Comel Yang Memang Comel [Ardini Humaira]

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat penghulu segala hari. Selamat memulakan hari anda dengan senyuman! Kerana anda memang terlalu comel untuk tersenyum! :)


Walaupun banyak kerja yang sedang menanti, nak update sikit. Suka pula tengok Tiny Pillow yang Ardini Humaira buat. Ok, tengok sini.








Sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Psst, yang tersayang tak semestunya buah hati OK? Jiran sebelah tu pun disayangi juga patutnya kan? Bagi hadiah untuk budak-budak ke. Apa lagi? Letak kat kereta pun ok juga ni..


So, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah pergi ke laman Ardini Humaira. Saja promote Shopping at Ardini Humaira [dot] com. hehehe



Ok, selamat memulakan hari anda! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nama Apa Yang Sesuai Untuk URL Baru?

Assalamualaikum. Morning semua.. Menyempat lagi aku nak update, padahal nak kena pergi Pusat Kesihatan ni. Oklah, sebenarnya minggu ni target nak ber [dot] com. Tapi memandangkan sibuk semacam, tak sempat nak menguruskannya. Jadi, FS nak mintak pendapat readers semua. Agak-agak URL apa yang sesuai untuk blog kumbang ni jadi ber [dot] com?


Ciktom suh ber dot com, Tok Esah, IR. Angah Sunah pun dah ber dot com. Nak jugaklah. AJ mana AJ, jom sekali!


Dalam minda ada....

  1. www.fasihahsupian.com
  2. www.cikfas.com

Any idea? sila lontarkan di peti komen. Cadangan anda amat saya hargai. Ingat tak awal bulan ada cakap, pengkomen terbanyak akan dapat Giveaway daripada FS? Haaha Esok last, nantikan siapa yang akan dapat giveaway tersebut okey!


p/s: Agak-agak cikfas.com tu macam best je kan? Ke korang tak setuju? Ke setuju? hurmmm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 28, 2011

Kahwin Muda. Budak Umur Bawah Aku Kahwin Dulu Dari Aku, Itulah Orang Kata, Kalau Dah Jodoh..

Assalamualaikum! Morning everybody, my beloved readers! my beloved fellow friends.. Dah lama tak cerita kisah masyarakat kan? Dok kat kampung ni macam kisah masyarakat setempat yang seronok, sedih, lawak, semua ada. Itulah namanya bermasyarakat bukan?


Sebagai Intro, kita layankan perbualan antara mak dan anak ini ya!


Mak: Cik, Mamat anak nenek Diah dah nikah..
Anak: (sedang menggoreng ikan) apa mak? Mamat jadi tukang???
Mak: Apa pulak nye budak ni. Mamat, cucu nenek Diah tu, dah nikah.
Anak: Hah??? Dengan siapa? Bila? Di mana? bagaimana? apakah?
Mak: Itulah, hari Ahad baru ni dia nikah. Menikah macam orang kebiasaan tu menikah. Adalah hantarannya semua. Macam biasa.
Anak: Wuiyooooo! Nikah dah.. Nak bagi makan apa nanti?
Mak: Family perempuan tu kaya. Tak apa agaknya.
Anak: Ooooo....


Ok, sedikit latar belakang Mamat. Nama sebenar beliau ialah Zainol Ariffin tak silap aku. Sedap der nama. Panggil mamat je? Itulah, korang kalau nak bagi nama anak, bagi pendek-pendek ja! Nanti last-last minah, senah juga yang korang panggil. Haizz.. =__=' 


Ok, berbalik kepada cerita kita. Kita tak nak lah panggil mamat, kita panggil ZA singkatan dia. Ok, untuk pengetahuan u'olls, dia merupakan junior aku. Adoi, setahun lebih muda tu der. Lelaki tu der. Kalau perempuan aku tak kisah der. Haha


ZA merupakan seorang pemuda kampung yang sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat 'baik' dan 'pemurah'. Grr, ok, pembaca, kata lawannya 'nakal dan kadang-kadang orang nampak dia jahat' dan lagi satu 'lan*n kampung'. Huwarghh, dulu dia hero. Apa-apa kat kampung yang kecoh, cari dia. Eh silap, report ketua kampung dulu lah der.


Kasihan kakak dan abang ipar serta emaknya yang bertungkus-lumus cuba mengembalikan dia kepangkal jalan. Untuk pengetahuan pembaca. ZA merupakan anak angkat. Maka simbolik anak angkat dengan mak tiri jahat kan? Huwaa, silap lah der. Ni anak tiri yang ada masalah problem ni. Iklan jap iklan.


Sambil-sambil baca pekena steam prawn pun sodap gak ni.
Ok, abang iparnya sangat baik. Bertuah ZA ni. Abang ipar dengan kakak dia cukup bersabar. Hari tu bila dia dah keluar penjara, dia kena duduk rumah. Memang kena kuarantin lah. Ok, lepas itu, si ZA ni pergi minta kerja. Kat mana? Ya, kolam udang. Sebelah McD. Haa McD mana? Tak yah citer, kang korang nak cari pula. (cis, macam ada yang nak cari). Ok, nak dijadikan cerita, gaji dia sebulan RM 600. Banyak ke sikit? Fikir-fikir sendiri lah der. Kalau aku, topup, broadband, minyak kereta, makan, haizzz, parah kalau 600 ni.


Abang ipar dia punya lah baik. ZA habis kerja pukul 3 pagi pun, abang ipar dia yang ambil bawa balik rumah kau! Ok, dah tentu si ZA ni tak diberikan kenderaan sendiri. Nanti menyeleweng lagi. Masalah, masalah. Dan di kolam udang inilah mereka bermadu asmara. Mung tahu gapo? Tiap hari si perempuan pergi kolam udang cari ZA. Haaa, apa lagi, mak dia pi lah jumpa keluarga perempuan tersebut untuk memberitahu duduk perkara sebenar. Diceritakan semua kisah ZA.


Then what's next? Parents perempuan tu kata. Tunang dan nikahkan juga! [Korang, korang, fikiran jangan menyimpang jauh ok, depa tak dak tangkap basah nya, ini MoU baik punya]. Dah diberitahu ZA tiada kerja semua. Huih, bakal bapak mertua suruh kawin juga! Apalagi? kira jadilah kan?


Mak: Nenek Diah kata, handsome mamat masa nikah ni cik.
Anak: oooooOOoo
Mak: Dah memang mamat tu handsome. Perangai je kurang.
Anak: Hahahaha
Mak: Ustaz Zaman (abang ipar ZA) kata, harap-harap dia berubah bila dah kahwin ni. Tak ada susahkan saya lagi.
Anak: Aah, moga dia berubah. Dah ada bini, kena matang ler


Bila diajukan cerita kepada si abah semasa di meja makan.


Mak: Mamat Nenek Diah hari tu kawin!
Abah: HAH?? Yeke???? [punya terkejut!hamik kau]
Mak: katanya, masa nikah pun lancar ja. Sekali je. [haa, kalah mana yang umor 20 ke atas, belum tentu sekali kan??hehe]
Abah: yee dah praktis dulu tu.


Lalalala~~ 
Macam sekadar bercerita sahaja kan? Adoyai. Adalah pengajarannya. Korang tak nampak? Mungkin perkahwinan itu adalah turning point untuk ZA. Siapa tahu kan? Lagi 1, jodoh itu siapa tahu bila, dengan siapa dan di mana? Betul kan, kalau dah memang tertulis junior-junior aku menikah dulu, terima sahajalah. Mungkin sebenarnya mereka memang layak untuk meggalas dan memikul tanggungjawab itu. Janganlah kita memperendahkan kebolehan mereka. Tak gitu? Sebaliknya memberikan dorongan dan semangat.


Ok, ZA! Semoag berbahagia dan menjadi Suami Soleh!


Kalau suka boleh like!
Terima kasih sudi baca :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 27, 2011

Kalau Semalam Cerita Hipokrit, Kali Ni, Cerita Playboy

Assalamualaikum to all my beloved readers! Orang selangor mana? Aku tahu, korang tengah layan bola kan? Haiz, ok, to u'olls yang sedang bersantai tak tahu nak buat apa, jom layan teka-teki. Kalau dah tahu pun, buat-buat tak tahu sahajalah. Relax kan minda kejap malam-malam gini.hehehe

                        Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?
                        Sebab cinta itu buta


                        Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
                        MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M


                        Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
                        Kuih salah bikin.

                        Binatang ape power Karate?
                        Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

                        Siape yang menemukan dompet kulit?
                        Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
                        kepada saye.

                        Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak
                        tolak?
                        Pintu yang ade tulis 'TARIK'

                        Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
                        Pembohong...

                        Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
                        Usus

                        Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
                        Kutu rambut

                        Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
                        Neneknye si katak

                        Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
                        Sbb lelaki ni kan 'buaya'

                        Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
                        Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
                        Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

                        Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
                        Dua-dua tak kenal korang...hehe

                        Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
                        Tukang gali kubur

                        Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape
                        bendanya?
                        Tahi hidung

                        Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
                        Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

                        Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
                        Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa
                        ...gile ape...

                        Gajah terbang dengan ape?
                        Dengan susah payah......


Ok, sekian. Ini namanya cengkelat, malas nak buat entri. hehehe Tak apa, asalkan korang bahagia baca ni, tak emosi-emosi macam baca entri semalam, dah kira oklah. Simpan emosi untuk masa depan. hehe chill! ;)



eh tercari-cari ke playboy? Tu ada kat atas tu, lelaki buaya, hehe jangan mara aaa, nanti cepat tua. hehe bukan selalu nak gurau-gurau kan. hehe
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 25, 2011

Yeay! Blog Makin Meriah Dengan Kemunculannya!

Assalamualaikum dan selamat pagi to all my beloved readers! Hiyaaa. fuhh sunyi sepi hari Isnin kayak gini. Semua dah went to school, went to work and tak lupa parents pergi menziarahi orang meninggal. Setiap yang hidup pasti mati. Oklah, kita pagi-pagi isnin macam ni, kalau tengok benda yang comel-comel barulah segar kan? ha, nah, cuci mata dulu!

Selamat memulakan minggu baru hari ini dengan senyuman seindah suria! :)
 pesanan khas ini dibawakan kepada anda oleh DARLIE.


Ok lah, entri malam tadi ada yang tak faham ea sal PROJECTION vs PERCEPTION tu? haha Ok, tuan Tanah pun tak faham. hehehe 1st time baca memang faham, 2nd time baca, BLUR. Ok, nantilah aku cuba faham-fahamkan.


Nampak tak? Nampak tak? Ish..tak nampak ke? Ok, blog Kumbang ada 2 jiran baru okeh! Hehehe Dua-dua lelaki, 2 kumbang lelaki merebut seekor kumbang betina gitu! Ciss perasan! Tak lah, ini kami bersepakat, tiba-tiba kesepakatan yang terjalain jadi double pula. Hah dah, aku tak tahu aku merepek apa. Nak dijadikan cerita......


Jom! pergi blog teristimewa! Yey! Jiran aku LAWYER! siapa berani nak cari pasal dengan aku? Aku saman, LAWYER sebelah je OK!



Ok, kejap-kejap. Lagi 1 orang jiran. Yang ni baik punya. Indonesia punya kacukan serta keturunan sik! Jangan berani-berani nak lawan dia, Anak Jati Jawa ni.. alamak. AJ, header mana header?? tak apa, korang singgah je, apa boleh aku nak kata? blog nib memang............pergh...singah2.hehe




Ok, done sesi memperkenalkan jiran! korang dah breakfast? FS dah..tengah kemas umah ni. TETT! padahal online, yeaa..nak kemas ni. daa, sat gi kite jumpa semula :) Shhht..FEDTRI nak kawen da? ahh..melepas aku...

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 24, 2011

PROJECTION vs PERCEPTION

Assalamualaikum my beloved readers! Oh My God! I am sorry! Very Sorry! Today, it is the most tired day for this week. Being a babysitter for 5 child. Really, it makes me become gumiho. hahaha by the way, korang selalu sangka baik ke sangka buruk?? ha, meh sini meh, cheq nak kongsi info sikit meh. ;)

Alhamdulillah kita masih di bawah lembayung Kasih Sayang Allah. Semoga IMAN kita terus bertambah walaupun hakikatnya KONDISI IMAN INSAN ber+ dan berkurang.

Berjumpa kita lagi dalam perkongsian sesi ilmu. Pepatah arab ada mengatakan,
“Orang bijak berbicara tentang Ilmu;Orang biasa berbicara tentang alam sekikeliling;Orang bodoh berbicara tentang orang lain”.

Tujuan saya bukanlah untuk mengupas pepatah di atas tetapi untuk mengupas sedikit tentang PERCEPTION dan PROJECTION.

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda lihat seseorang sedang duduk tanpa berbuat apa2 ditepi tasik tempat anda berjoging?

Setiap orang akan memberikan jawapan berbeza mengikut pemikiran masing2 disebabkan otak kita lain2. Kalau jawapan yang sama pula, adakah mereka berkongsi otak?

Tidak! Mereka tidak berkongsi otak tetapi mempunyai pandangan yang serupa. Nah! Di sini kita sudah dapat merungkai apa itu PERSEPSI. Ia merupakan pandangan peribadi mengikut mata kasar dalam bahasa lain WORLDVIEW, yang dipengaruhi oleh agama, adat dan lain2.

Baiklah, sekarang apa itu projection? Adakah ia anak kepada perception?

Mari kita lihat kepada 1 situasi yang kebanyakan di alami oleh pekerja makan gaji.

Sang bos selalu tidak berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan oleh sang pekerja. Sang bos menjangkakan sang pekerja boleh buat lebih baik mengikut standard yang diset di mindanya.

STANDARD YANG DISET DI MINDA merupakan kata kunci PROJECTION. Setiap orang mempunyai kebolehan dan kelebihan masing2. Sang bos mempunyai cita rasa yang tinggi mengikut tahap pemikirannya dan pembelajarannya sebab itu dia boleh menjadi bos. Tetapi, sang pekerja mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sebab itu manusia diciptakan berbeza-beza untuk saling mengenali (li taárafu).


Jika sang bos mahu hasil yang perfect, lebih baik dia buat dengan tangan sendiri. Ini tidak akan menyakitkan hati mana2 pihak. Ini bukan untuk menyebelahi sang pekerja, tetapi untuk mengajak Sang bos berfikir bahawa orang lain juga mempunyai perasaan dan kebolehan tersendiri. Sang pekerja bukan robot Sang bos yang mempunyai pola pemikiran, kebolehan ,citarasa yang sama dengannya. Bagi Sang pekerja, jika teguran itu untuk kebaikan diri dan syarikat, apa salahnya ikut. Ia tidak akan membawa kerugian bahkan keuntungan.



Penulis: SidiDann

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 23, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011




Entri ringkas-ringkas sahaja kerana Tuan Tanah sedang berpesta dengan buku-buku di PWTC!


Bookfair kali ini akan berlangsung daripada 22hb April sehingga 1 Mei 2011.


Mari berkunjung ke PBAKL 2011!


Bagi pembaca setia, jangan lepaskan peluang untuk membeli bahan bacaan dengan harga yang lebih murah! Buat ibubapa, inilah masanya untuk membawa anak-anak anda membudayakan buku!




p/s: 
Membudayakan buku sahaja tak cukup. 
Membudayakan membeli buku sahaja pun tak cukup.
Membudayakan membaca buku sahaja pun tak cukup.
Membudayakan ilmu dengan membaca dan menyampaikannya.
InsyaAllah .....


TERBAIK LA DER! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nuffnang Takut Dengan Blogger Traffik Tinggi Ke?

Assalamualaikum semua! Oh my beloved readers and fellow friends! Happy Saturday! Cuti-cuti macam ni, dapat berjalan makan angin, seronok kan? Tambah kalau dengan keluarga tercinta. Orang-orang yang tersayang lah katakan.. Ye dak? 

Siapa tak suka cuti? Kalau tak suka, habaq mai na.. Ramai lagi orang yang nak cuti tak dapat bercuti. Macam tentera yang perlu berkorban cuti demi keselamatan negara tu. Kita patut berterima kasih pada mereka. Jadi bersyukurlah bila kita diberi kesempatan untuk bercuti. :)

Ok, go straight don't belok-belok. Ok sebelum itu. Ini entri autopost. Tuan Tanah pepagi lagi dah keluar rumah. Dengar kata nak pergi Korea Plaza! haa tuan tanah pun nak bercuti juga, tak kan korang sahaja yang nak bercuti! Jelous lah I der..

Tanpa melengahkan masa, teringat Saudara Izamir Ridzwan ada mengatakan bahawa Nuffnang dah lama tak berikan BE kepada dia. (sebelum menggunakan Advertlets) and menurut beliau, sebab itu ramai blogger yang traffik boleh katakan hebat lah everyday, mereka beralih arah. Ada yang ke Innity, ada yang ke Advertlets, ada yang masih  setia. Ok, FS tak ada tukar-tukar. Sebab traffik FS tak tinggi. hehehe

So, ingat tak? hari tu masa FS sibuk dengan peperiksaan akhir semester, FS tak update blog lebih 3hari tau! No new entry! Tak sempat nak online! But, u know what happen? I got a BE! ahhaaa Tetiba terus teringatlah kat IR terasa macam, ya, benar apa ayng diperkatakannya! haha

Adehh..terpulanglah korang nak menghakimi perkara ini ye. FS tak ada nak mengipas siapa-siapa pun. Itu semua hak individu untuk memilih. Benar bukan? Jadi pilihan terletak di tangan kita! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 22, 2011

Blog Tentang Memecahkan Dara?

Hmmm, malas lah nak cakap banyak-banyak. Tengok je gambar kat bawah ni. Orang kata, a picture describes thousand words kan? Ok, tengok lah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Klik pada gambar untuk tumbesaran maksima.


Dermmmm! Ape kejadahnya?? My blog has been polluted! huwaaa
Ini tak ada lain mesti sebab entri DARA tu!

Speechless lagi untuk hari ini..haiz...
Tak ada benda lain ke nak cari...
-___-''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Budak-budak Sekarang Terlebih Minum Susu Ke?

Assalamualaikum semua. Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Ok, pelik betul kan? Budak-budak sekarang ni makin pandai ye. Almaklumlah, FS jarang kat rumah kan, dok U, so bila cuti ni kan, macam-macam perangai anak-anak buah FS nie. Baru ni, memang SPEECHLESS dibuatnya..


Ok, cuba ikuti perbualan ini.

Aku: Ecah, ni berapa? (sambil menunjukkan 2 jari)
Ecah: tu PEACE la cu!
Aku: (seriously speechless)

Terdiam kau! Bukan dua ye.. PEACE terus! Advance betul! Haih, apa formula dalam susu budak-budak sekarang ni sampai advance terlebih?? hadess..

Ni lah si Aisyah Qaisara budak bertuah..
Ni baru cerita yang sorang ni, ada lagi 4 orang kena layan. Petah, lincah semua depa.. Ok, nak masak. Bai! ;)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 21, 2011

Software Paling Best Untuk Download Lagu Dan Movie

Assalamualaikum dan selamat malam to all my beloved readers! Kembali semula kita bersama FS dalam slot Teknologi. Ok, siapa suka download file dari Internet? Korang guna software apa? FS dulu guna Megaupload, RealPlayer, Bittorent, apa lagi...hmm, itu sahajalah kot? Tapi sekarang, FS dah jumpa yang sesuai dengan pilihan hati.

Korang pernah dengar Internet Download Manager (IDM)? Cuba tengok gambar ni.


Ok, kalau kita guna IDM ni, inilah yang akan keluar bila nak memulakan download.. Sebenarnya kawan FS yang suggest guna software ni. Chef Faisal Arrifin. 

Not bad lah, walaupun guna wireless U yang agak lambat, still laju jugalah nak mendownload. Dulu komputer rumah guna IDM, tapi FS tak guna lagi. Bila jiran atas si Cik Fizah sibuk kata roomate dia download laju ja guna wireless U yang agak lambat macam siput tu, terus suruh Cik Fizah merisik software apa dia guna. Rupanya software IDM ni.

Jadi aku terus lah download IDM ni masa tu. Ni semua sebab Running Man. Nak tengok episod yang latest kena lah download. Kat KBSWorld tak ada. 

Senang sahaja nak guna, dia lebih kurang macam Real Player. Right Klik, then klik download. Apapun, hanya berkongsi pendapat sahaja. Citarasa manusia berbeza-beza bukan? :)


Nota Penutup: FS sedang berniat untuk ber [dot] com. Tapi tak tahulah bila nak tetap pendirian dengan keputusan ni. tak terbeli-beli lagi nye. adess. Juga, sedang berniat untuk membuat MoU dengan blog AJ.  

Oh tidak dilupa, kawan satu U baru tukar rupa blog, apa kata pergi komen blog dia ramai-ramai. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita?

Assalamualaikum to all my beloved readers and fellow friends! :) Sementelaah petang-petang yang hening di kampung halaman ni. FS pun klik-klik lah page mana-mana yang patut. Teringat nak lihat keyword. Eh eh, ada kata kunci 'Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita?'

hahaha Dah macam belog Dr Cinta. FS layak ke nak bagi nasihat cinta kat korang ni? Adoyai.. Kalau nak nasihat  yang bernas tentang ini, cuba tanya dia ni yang mungkin lebih berpengalaman. hehe Juga mungkin tanya dia ni, banyak tips dia ada.



Apapun, FS ada sedikit tips untuk dikongsikan macam mana kita nak tahu seseorang itu telah jatuh cinta pada kita. Dalam banyak perkara, FS dah kaji, inilah petanda terbaik yang menunjukkan seseorang lelaki itu benar-benar sudah jatuh cinta terhadap seorang perempuan.

Bukan macam kat cerita tu selalu..

Kalau adinda tak percaya, operate lah dada, X-ray lah hati.

Oh.. ini tidak perlu. Yang ini juga bukan..

Ibaratnya, mandi tak kenyang, makan tak lena, tidur tak basah, ingat awak sentiasa.

Haih, parah kalau yang begitu... Bagi FS, 1 benda penting yang menunjukkan lelaki itu benar-benar dah jatuh cinta menurut ujikaji yang telah FS jalankan.

Lelaki tersebut akan meminta izin untuk berkawan dengan perempuan yang disukai dengan berjumpa kedua ibubapa perempun tersebut ataupun menelefon kedua ibubapanya terlebih dahulu.  

Ha, ada rupa lelaki gentleman tak?hehehe Amacam? tips ni cukup tak untuk menjawab persoalan anda yang mencari jawapan 'macam mana nak tahu lelaki suka pada kita?' nie? hehe

Maaflah, pada yang mencari jawapan tu, FS tak dapat nak bantu. Ini sahaja yang dapat FS bantu. Sebab Fs tak ada pengalaman lah. Apapun, kalau rasa macam dah jumpa Mr Right and Mrs Right tu, berdoalah kepada Allah moga jodoh kalian panjang. Ada jodoh tak ke mana bukan? ;)


Terima kasihh sudi baca. Kalau suka boleh like =)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 20, 2011

Aku Dilamar.. Tapi Masih Belum Membuat Keputusan Antara Dua.

Assalamualaikum to all my beloved readers! I am back! How's your day? Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga I tengok belog I ni. Oklah. Aku nak berkongsi sedikit kekeliruan dengan pembaca semua. Harap-harap anda dapat membantu saya ye. hehehe


Ok, buat anda yang masih belajar, umur semakin bertambah, sudah pasti, ingin membina sebuah rumah tangga bukan? Dan, rumah tangga yang aman dan bahagia serta dirahmati Allah s.w.t adalah impian setiap insan bukan? Jadi, ini semua adalah hasil daripada satu pemilihan keputusan yang betul.



Ok, aku memang dilamar. Ha, tak percaya? Betul, aku pun tak percaya, tak sangka aku yang tak matured ni, tak tinggi dan kanak-kanak rebina ni ada orang nak! Pulak tu, kena pilih antara 2! Rambang mata aku dibuatnya! Jadi, aku tak lain tak bukan, nak kan pendapat korang semua, mana 1 yang patut aku pilih agaknya?


Pilihan Pertama: Cuti 5 bulan


Pilihan Kedua : Ambil Semester Pendek


hehehe Jangan marah, nanti cepat tua. Itulah mereka yang masuk meminangnye! Tak ada nya orang nak masuk minang aku ni. Tahap ketinggian pun paras dak darjah 3. hihi

So, aku nak korang brainstorm sikit.Agak-agak, kalau korang diberikan pilihan, pilihan yang mana korang akan pilih? Kalau cuti 5 bulan tu, seronok kalau dapat kerja kan? Dapat juga pengalaman bekerja bagaimana. Sekurang-kurangnya tak lah kekok sangat bila nak praktikal dan bila masuk alam pekerjaan yang sebenar. 

Tapi, bagi seorang pelajar U yang terkenal dengan tempoh pengajian yang agak lama macam aku ni. Aku terfikir buat kali kedua untuk pilihan ini. Kalau aku tak buat semester pendek, maka aku terpaksa drag subjek dan extend. Bertambah lagi lah semester pengajian kat U. Dah tu bila nak habis? Tua kat U sahaja jawabnya! Haih, tak ada orang nak kawin ngan aku. hehe

Ok, antara aspek yang perlu difikirkan sama. Kos untuk mengambil semester pendek. Asrama dalam RM 300. Ok, ni belum makan lagi, belum outing lagi. Ok, kalau tolak outing, kena fikir tambang balik rumah pula. Sebab, dalam 1 minggu, ada berapa sahaja kelas kalau semester pendek ni. Yang lain tu, boleh lah balik rumah.

Tapi.. ok, ada tapi lagi. Untuk pengetahuan semua, FS ni belum dapat lagi subjek untuk semester pendek tu, sebab kuota dia sangat sedikit. Kesian budak BACC, tempoh pengajian lama, tapi subjek tak ada. Kasihan kami kan? U ni tak patut lah buat kami macam ni..

Andai kata, FS dapat add 1 subjek sahaja, patut atau tidak untuk teruskan semester pendek ni? Atau.. patut cuti 5 bulan sahaja, cari kerja. Kalau korang bagaimana?

Before I end this entry, I hope I am not that very late to wish Happy Holiday to all my universities' mates! enjoy your holidays!;)


Terime kasih sudi baca ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

SAYA NAK JOIN BLOGLIST AWAK



Jom pakat ramai-ramai join bloglist Salim.
Dia tersangat istimewa ok!
Satu universiti dengan saya.hehe 
nak jugak promote! hehe


So, apa tunggu lagi, nak join? klik sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 19, 2011

Kembali Bernafas Semula... Tapi Setting Blog Ada Perubahan??

Assalamualaikum to all my beloved readers... ya Allah bersawang blog aku!!!! habis sarang labah-labah semua ada. penat nak lap balik. maafkan aku wahai semua yang dah follow, yang tinggal jejak, komen, semuanya aku tak jenguk balik selama seminggu ni lebih kurang. Aku baru balik dari kampus, baru habis berprogram. Alhamdulillah, dah bercuti, dan dah habis final exam. [Don't ask me about the final exam. Its really hurting me.T___T]


Jadi buat semua, aku akan memulakan membalas jejak 1 per 1. Juga janji untuk memberikan sedikit cenderamata bagi pengomen terbanyak ketika ketiadaan aku sepanjang waktu final exam ini akan aku tunaikan... Juga niat hati untuk bertukar URL kepada yang lebih sesuai selepas membaca entri tokesah dan juga hari tu ciktom ada menasihati aku agar menukarkan URL. Ya, aku memang hendak menukarkannya...


Ya...ini hanya sebagai permulaan. agak kekok dah lama tak tulis kat blog. Selalu setiap hari menaip entri. Huhu teruk teruk. ANDA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya minta maaf okey!! ok, saya dah rajin balik! Jom, blogging!


TAPI.....



Dengar-dengar, kena tukar guna gmail dah ea blog ni?? Ada baca kat blog anastasyea tadi. Haih, ni yang tetiba rasa nak ber [dot] com nie. hehehehe



Ok, ok , nak lihat-lihat jejak yang perlu dibalas! ;)


Ni warming up je....hehehehe




Terima kasih sudi bace =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 5, 2011

[UMUM] Bila Lelaki Dan Perempuan Berdua-duaan, Maka dot dot dot

Assalamualaikum semua. Haih.. (sambil lap peluh kat dahi) Malas nak cerita panjang. Jom tengok situasi nie..

Seorang kakak yang tinggi lampai, jiran depan rumah keluar rumah. Disebabkan kami sibuk, jiran depan rumah pun sibuk, jadi kami tidak berapa menegenali 1 sama lain. Kami pun duduk di sini tidak sampai setahun. Nak dijadikan cerita, semalam, kami bertiga dengan jiran rumah atas, pergi makan petang..Sekeluarnya kami dari kedai makan petang semalam..

Kawan 1: Eh, itu akak depan rumah kita kan?
Aku: Mana? Mana?
Kawan 2: Tu, yang tengah pakai helmet.
Kawan 1: kan?
Aku: Aah, kakak yang rumah depan tu.

Keadaan senyap. masing-masing melangkah untuk bergerak pulang. Tetapi mata aku tak lepas daripada memandang akak yang hendak membonceng motosikal tadi. 

Selesai memakai helmet, dia pun menunggang motosikal tadi dan meletakkan tangan di pinggang lelaki yang tadi tunggu di motosikal tersebut. 

Kami terus senyap. 

Pasangan tadi pun berlalu pergi dengan motosikal tersebut..

Sedang kami berjalan..

Aku: Mari bersangka baik ya!
Kawan 1: haa bersangka baik. Betul-betul.
Kawan 2: Suami dia tu..
Aku: Itu abang dia lah..
Kawan 1: Eh, kalau aku rapat dengan abang aku pun aku tak lah macam tu.
Kawan 2: aah, dengan abah pun tak macam tu.
Aku: Suami dia lah tu.. Dah kawin.
Kawan 1: bersangka baik bersangka baik..

The end..

Haa, untuk mewujudkan rasa bersangka baik ni, tak  mudah, kadang-kadang tetap juga ada syaitan berbisik nak cucuk kita. tapi kadang-kadang...


Kawan 1: Habis kalau dah memang maksiat depan mata macam mana?
Aku dan Kawan 2: (senyap)
Kawan 1: Tak kan nak bersangka baik jugak...

Tapi.. haih, ala..tu tadi suami isteri lah!! haishh =_____='

Moral of the story: Sila lah selalu bersangka baik, tapi kalau memang maksiat depan mata, bagaimana? Masyarakat kita macam mana? Selalunya diamkan sahaja kan? Mencegah dengan hati tu selemah-lemah iman. Jadi tepuk dada, tanya iman..

Hati oh hati Fasihah Supian, kau juga lemah..Kerana kau juga tak dapat mencegah dengan fizikal setakat hati apa barang. Ish, tak kira, yang tadi tu suami isteri lah..

Lagi 1 moral of the story; kenalilah jiran anda.

Itulah, jiran tu entah-entah memang dah kawin, kau je yang tak tau FS! Dah tu nak sangka buruk, berdosa! haaa... korang, sila kenali jiran, jangan kenal jiran alam maya je! ;)

Renung-renungkan dan selamat beramal!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 1, 2011

Perempuan Macam Ini Tak Patut Dikahwini

Assalamualaikum to all my beloved readers! Siapa yang tak nak kahwin? Angkat tangan sikit! Haaa, kenapa tak nak kahwin? Habaq mai, habaq maqi...Kahwin ni sunah tahu? Tapi.... tak semua orang kita boleh main pakai ambil depa jadi pasangan. Meh jenguk sini meh!!


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Narrated by Imam Al-Ghazalli




Jadi semua yang bernama perempuan, wanita, gegirl dan semualah. Kenalah alert! Apapun, comel kan bila Irma dah bertudung? haha Melepaslah Nabil. 



Kalau suka, boleh like and share. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^