Kerana Kita Sahabat | fasihah.com


May 10, 2012

Kerana Kita Sahabat



Sahabat,ayuh melangkah bersama.

Hari ini aku belajar sesuatu.
Semalam sahabatku juga berkata tentang itu.
Dan hari ini aku faham tentang satu pelajaran yang mungkin tidak diajar di dalam kelas. 
Tapi aku belajar melalui kehidupan di mana tak semua orang itu bertuah dan tak ada manusia pun yang PERFECT.


Membatu dan terfikir tentang dia, kita dan kami merupakan sahabat.


Sahabat. 
Kalau hari ini kau menangis kerana gagal, tak bermaksud kau akan gagal selamanya. 



Ya, aku dan kami yang lain mungkin tidak merasa berada di tempat itu. Dan ujian setiap kita lain-lain. Ujian bertimpa-timpa ke atas kamu sahabat. Selepas satu kesedihan ditambah lagi satu kesedihan. Ya, pasti perit rasanya menahan rasa sedih. Aku juga rasa sedih melihat air mata yang menitis. Terasa bagai aku juga gagal menjadi seorang sahabat kepada kamu.


Kita boleh ketawa bersama, tapi adakah kita mampu menangis bersama bila mana tika waktu itu kita sedang gembira manakala sahabat kita sedang berduka?


Ya, itulah pelajaran aku semalam. Dan inilah juga pelajaran aku hari ini. Tentang satu sifat manusia. Human Behavior.


Mengimbau kembali cerita 3 Idiots.

"Our heart sank, not because we were last but because our friend had failed!"

Tapi, bila mereka ketahui bahawa Rancho(Amir Khan) mendapat tempat pertama, Farhan dan Raju lebih sedih. Kerana apa?

"If your friend fails, you feel sad, but, if you friend comes first, you feel even more sad!"

Sahabat, kau bukan keseorangan.
Masih ada waktu untuk kita berusaha.
Perjalanan bukan berhenti selepas satu kegagalan.
Tetapi kegagalan merupakan satu permulaan lembaran baru dalam kehidupan.


Sahabat, kamu mesti bangkit.
Ayuh kita bersama-sama menggapai impian,
Melunaskan cita-cita.


Aku, kau, kita?
SAHABAT.


Jangan malu untuk berkongsi masalah kerana kita sahabat.
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana kita sahabat.


Dan selama ini mungkin aku juga ada salah kepadamu wahai sahabat kerana tidak menjadi sahabat yang baik. Aku berharap agar kau bangkit. Dan kami sedia menghulurkan tangan kami untuk menggenggam erat tanganmu. Kami bersedia memberikan bahu kami tika kau sedih. Dan kami berharap agar kita sama-sama gembira tika mana kau gembira.


Aku?
Kau?
Kita..
kan SAHABAT.
Bersahabat biar sampai ke syurga. 
InshaAllah.


Kesat air matamu, mari kita melangkah bersama untuk berjaya.
Bukan setakat di dunia,
Tapi juga untuk bekalan ke sana.


Dari hati sahabat untuk sahabat.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tapi zaman sekarang ni.. bukan senang untuk mendapat sahabat yang betul2 sejati.. ada yang baik ngan kita pon kerana sesuatu kepentingan.. :(

Qaseh Dalia said...

salam sahabat ... lama tak dtg maaf sbb xsmpat nak menjenguk ..semoga sihat2 selalu ye

Munn Jaafar said...

kenyataannya...sahabat dtg n pergi...untung sesiapa yg kekal bsahabat baik smp akhir hayat =)

Cik Pulau said...

sahabat ketika kita menangis susah nak cari kan.. hurmmm