Hati Ini Milik Siapa? | fasihah.com


May 31, 2012

Hati Ini Milik Siapa?

#Tajuk mesti kena menimbulkan tanda tanya. Baru boleh merancakkan jari-jari mengetuk keyboard pada waktu orang sedang lena ataupun pada ketika manusia sedang berjumpa kekasih hati yang sungguh dekat dihati. Ya, sudah semestinya DIA.


Tangan menyentuh skrin di hp. Sentuh sentuh dan sentuh. Haiz. Tak ada channel yang seronok ke sebelum masuk tidur ni. Monolog dalam hati.


"Ramai orang selalu kata, bila dia bermasalah, bila kita cuba nasihat, dia akan kata, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak berada di tempat aku."


Ok, macam best ni nak dengar.


"Tapi kita lupa, setiap daripada kita ujiannya berbeza-beza. Dan barangkali juga kita lupa akan takdir untuk kita dan tadbir kita yang tidak diurus dengan betul." 


Semasa mendengar ceramah ustaz tersebut, ada seorang wanita menelefon dan menyatakan masalahnya. Poligami. Betapa dia rasa sakit melihat suaminya dengan madunya. Terasa tersisih. Barangkali, ini memang satu topik yang sangat sensitif bagi setiap wanita. Tapi saya seronok dengar ulasan dia.


"Saya mungkin tak layak untuk beri nasihat kerana saya tidak berada di tempat tersebut. Cuma, cuba semak semula carta hati kita. Sebagai seorang isteri, siapa carta hati pertama dalam hati kita? Mungkin ada silap, bila terlalu sayang pada suami, meletakkan suami tempat pertama dalam hati, bila jadi begini, itu yang mula marah, rasa tak bahagia, sedih, sakit hati. Kalau hati kita, yang paling aula ialah ALLAH, diikuti RASULULLAH dan kemudiannya baru SUAMI, sakit itu tak sepedih meletakkan suami pada yang aula. Puan masih boleh berbahagia bila puan sedar, dalam hati puan yang pertama adalah DIA. Bilamana puan rasa sedih kerana suami bersama madu puan, puan boleh berbahagia kerana puan punya lebih masa bersama dengan DIA."


Carta Hati


Allah...sungguh. Sebenarnya, kita bukan tak boleh mencari bahagia, cuma kita sendiri tak sedar bahagia itu di mana dan bagaimana untuk capai. Kalau kita tak boleh beri bahagia pada diri sendiri, bagaimana kita nak beri bahagia pada orang lain?


Dan bahagia pada diri itu sendiri apabila kita ada rasa syukur dan ikhlas, dan kesemuanya itu sandarkan pada DIA. Tapi, bila tanya diri sendiri, tahap mana syukur dan ikhlas kita berhari-hari?


Sungguh, banyak sungguh kelemahan pada diri kita ni kan?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Anum said...

kelemahan yang harus kt perbaiki

Anonymous said...

timeksh entri ni ;)
masih berusaha~
isk isk.

Unknown said...

yeah carta itu comel

Sunah Sakura said...

subhanallah! sangat nice entri ni fasihah!!