March 30, 2012

Perempuan Tapi Menipu, Hipokrit!

Kami percaya bahawa perempuan tak comel dan tak cantik langsung bila mencuri menipu santau pukau lagi-lagi dia menipu dekat golongan perempuan juga tapi yang lebih tua. Mentang-mentang dia muda, dia cakap lemah lembut dalam nada memaksa itu ada makna!!


Pendahuluan yang agak macam geram. Saya geram sangat-sangat. Bila balik kampung sibuk orang sana sini bercerita. Ada 2 orang budak perempuan datang rumah, dia sibuk kata dia agen Techno Water lah, agen BANCI lah. Dan macam-macam. Yang tak puas hati, perkara utama bila dia dah sampai depan rumah, dia mesti nak minta tuan rumah bagi dia masuk dalam.


Beberapa hari lepas, ada seorang nenek, habis barang kemas dicuri, duit dalam peti habis kena ambil. Gara-gara perempuan dua orang ni. Aku dah kata kat depa ni, buatlah laporan. Ni kalau biar, makin berani lah dia buat kerja terkutuk ni.


Cara depa dua orang ni. Memula cakap lembut. Pandailah depa berlakon kata nak banci lah apa lah, tapi dia mesti tanya satu benda ni, Makcik kat rumah seorang ke? Once jawab seorang je, memang mangsa yang dinanti-nanti! Perempuan ni berdua, datang dengan kereta dan yang bawak kereta tu lelaki. Kira bertiga.


Hari tu, dia datang rumah. Abah sibuk kat belakang. Mak kat depan. Dorang sibuk kata dari Techno Water. Suka-suka cakap air bertapis tak elok untuk kesihatan lah, kena tukar tiap 6 bulan sekali. Nampak macam aku emo kan? Sirius aku geram. Kalau aku ada masa ni aku memang nak sangat ambil gambar dorang ni. Tunjuk polis terus. Mengambil kesempatan!


Klik sini jap! TQ^^


Ok, citer lagi. Lepas dia dah berlakon konon agen Techno Water tu, dia tukar pulak kata datang nak membanci. Mak aih, bahasa baik sangat lah kan. Konon, tak apalah makcik, kita masuk dalam, makcik masak nanti sambil borak-boraklah. Dalam hati ada misi tu!! Tapi nasib baik mak aku bijak. Mak aku garang cam aku gak. Rasa tak sedap hati, memang tak ada kompromi! Yelah, kita dah cakap kita tak nak, kenapa nak paksa? Nampak sangat macam ada yang tak kena kat situ kan? Faham-fahamlah sekarang ni tak boleh nak percaya sangat orang-orang yang belum dikenali ni. 


Tak puas hati. Dia nak jugak ajak mak aku masuk dalam. Siap bila dia suruh ganti mesin penapis air tu, dia kata camni, makcik, saya ni lulusan kolej universiti blablabla. Saya tahulah. 


Mak aku lagi hangin.hahaha


Mak aku pun balas. Dah tak payah susah-susah. Makcik tahu. Bukan makcik tak tahu, makcik memang ada orang datang servis tiap kali dah cukup tempoh. Kalau betul 6bulan kena tukar. Nanti makcik call syarikat tu sendiri tanya. Anak makcik belajar kat U jugak, tak ada pula paksa-paksa datang rumah orang tak tahu adab macam ni. Hambik ko!


Panas kot bila dengar cerita. -.-''


Perempuan tu akhirnya menyerah bila mak aku cakap. Dah-dah pegi balik. Makcik nak masak. Pakcik kat belakang tu kejap lagi nak makan.


Pempuan tu pun macam terkejut, dia cakap macam ni, Oh ada pakcik ke? Tak apalah, jom kita balik.


Nampak sangat. Kalau mak aku sorang masa tu. Terpedaya, tah jadi apa kat mak aku masa tu. Kejam lah dorang ni!!!!


Ok, nenek tu kan. Habis rantai emas duit semua. Masa tu nenek tu cakap dia sorang. Anak dia yang rumah depan tak ada gi kerja. Budak tu usap belakang nenek tu. Habis lah semua. Ni apa ek? pukau ke? Bila tengah hari tu mungkin dia sedar. Nenek tu nangis lah, dia baru sedar barang kemas dia tak ada, duit habis.


Semalam dia pergi rumah makcik-makcik aku pulak. Tapi sebab dah hebah satu kampung. Jadi suami masing-masing dah beritahu isteri masing-masing bila ada orang datang jangan bagi masuk. 


Tapi sirius, aku rasa nak bagi penumbuk je kat perempuan dua ni. Perangai tak macam perempuan. Rasa nak bagi penampar. Ni ke mak ayah ajar? Cari duit cara halal lah. Bukan menipu pukau orang-orang yang dah tak berapa berdaya. Sengaja masuk kampung cari nenek-nenek makcik-makcik yang dah tua. Langsung tak comel. Malulah.



Perempuan tak lawa tak apa, tapi baik hati budi bicara akhlak memang 1 aset kecantikan sepanjang zaman. Mencuri, menipu, memukau tu langsung tak comel ok! -.-''

psst: maaf jika terasa macam kasau benar bunyi entri kali ni. Gerammmmm! Rasa nak lepas tembak sedass kat dorang ni. Kesian nenek tu!!!!! Ok, doakan mereka diberikan hidayah untuk berubah dan pulang ke pangkal jalan.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 27, 2012

Diari : Nak Marah Tak Jadi

Yey!! Balik rumah! CUTI!


(tarik nafas dalam-dalam). Segarnya. Nyamannya suasana desa. Indah permai tak macam di kota. Dapat lihat wajah mak ayah. Hoii riang gembiranya saya. Salam mak ayah peluk cium, terus tuju meja makan kat dapur, letak beg, makan. Ops, baca Bismillah~


Ok dah puas hati dapat makan cekodok air tangan mak yang masih hangat baru sahaja masak, baru tuju bilik. 


Krekkk~
(bantal berterabur. Pen marker bertarabur. Barangan kesayangan berjalan sendiri. Hp berlari-lari.)


Ok, ini bukan tumbrio. Bukan cerita thriller mahupun hantu. Itu hiperbola sahaja. Tengok cermin, ada tulisan. cermin cermin cermin. Ya, menggunakan marker yang sepatutnya berada dalam mug di atas meja. -.-''


Tak lain dah. 
Tak lain dah. 
Tak lain dah.


Memang kerja anak-anak buah aku ni. Barang-barang yang comel semua dah jadi comot! Kipas yang sangat ceria dengan warna dah di tambah dengan :) di setiap kelopak. Adehh ni tak lain, ANIS UMAIRAH!!!!


Dalam berura-ura hendak mencari askar-askar di bawah pemerintahan Ahmad Supian's territory, tiba-tiba aku gelak sendirian. Senyum sorang-sorang.


Duduk. Tak jadi marah. Sebab?


conteng dia. conteng dia.

Sebab dulu aku pun macam tu jugak! haha Dulu................................ pintu rumah habis aku conteng huruf alif sampai ya. Tak cukup lagi, a sampai z. Tak puas, 1 sampai 10 tah berapa kali ulang. -.-''


Belum aku tulis ball lah, lukis bintang lah ikan lah. Haha Last-last, mak abah pun tak larat nak marah, marker abang kakak aku jahanam kan, belum yang conteng-conteng kat kaki lagi. hehe Sebagai penyelesaiannya, mak abah kakak abang aku kami sekeluarga ke pasaraya, mencari papan hitam, pemadam dan kapur!


Dulu masa zaman 4 5 tahun tu masih kapur lagi. Sekarang ada lagi ke sekolah yang masih pakai kapur? Ok ok back to the story. Nak dijadikan cerita, dorang suruh aku pilih, ha pilih pilih. Ambik lah pemadam kapur sekotak, papan hitam. 


"cik, pasni tak mau conteng-conteng dinding lagi tau? Nanti abah marah. Tengok pintu rumah dah buruk dah. Macam rumah india."

Haha rumah dah banyak berubah. Tak dapat nak tunjuk kat sini, betapa hodohnya pintu rumah kami dulu, aku lah yang mencontengnya. haha


Haha. So sekarang, lepas aku dah senyum sorang-sorang. Aku tau dah, penyelesaian untuk anak-anak buah aku ni, kena belikan dorang ni whiteboard, marker pen dan juga pemadam. Tak adalah bilik aku jadi mangsa pulak kan?


What you give you get back!


Tulah, dulu pi conteng dinding umah, pintu rumah, sekarang? Cermin, meja aku semua depa pakat lukis-lukis conteng-conteng. Tak apa, dorang tengah merangsang minda tu. Buat apa nak marah. Kena sokong. Dengan belikan alat-alat yang boleh membantu mereka berimaginasi lebih kreatif!


my good nephews and nieces with their beloved atok and nenek.


Tiada dalam gambar si cilik yang sedang bertatih. I see they grow. I pray for their success. I hope, Anis, Amir, Wafa, Hariz, Aisyah and Darwish will be anak soleh wa solehah. Usu luv all of you from the bottom of my heart! ^^


Klik sini. tq~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 26, 2012

Penggunaan Baucar Buku Hingga 30 April 2012

Arghhh.. rasa macammmmm, ok, speechless =.=' Dah habis dah pun saya guna baucar tu. Dah nak hujung bulan 3 kannnn. Sampai hati not tell me early. Ni kawan-kawan dah tahu belum baucar buku ni diperlanjutkan? Ni ni ada kat sini..

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BR1M) yang berakhir pada 31 Mac ini dilanjutkan kepada 30 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit.
Susulan pengumuman itu, sebanyak 292 kedai buku yang menyertai program berkenaan dikehendaki menerima baucar buku itu.

Baca kat berita harian tadi.



Ohh baucar buku. =.='


Siapa tak habis lagi? Seronok lah! boleh bawak pi pesta buku April nanti! Walaupun PTS nak bagi baucar .. tapi, huhu


Ok, cuba belajar menerima. Tak boleh nak patah balik pun. -.-


Satu klik anda bernilai buat saya, cuba klik sini. Terima kasih^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Ranking SBP & MRSM SPM 2011


Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM. Pagi ni tiba-tiba rasa nak tengok ranking SBP dan MRSM. Sepupu sorang kat SBP ada tu junior kat MRSM TGB sorang. Congrats to TGBians and Kolej Tunku Kurshiah sebab become the first out of the best for SPM 2011!


Many people want to know the best school ranking. So, here it is.

*****Updated*****

Ranking SBP SPM 2011

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
6 SM SAINS REMBAU 1.3006
7 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
9 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
10 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
11 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
12 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
13 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
14 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
15 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
16 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
17 SM SAINS JOHOR 1.5491
18 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
19 SM SAINS SELANGOR 1.5927
20 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
21 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
22 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
23 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
24 SM SAINS MACHANG 1.6903
25 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148
26 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
27 SM SAINS KUCHING 1.759
28 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
29 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
30 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
31 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
32 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128
33 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
34 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
35 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
36 SM SAINS MIRI 1.8874
37 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
38 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915
39 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
40 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
41 SM SAINS PASIR PUTEH 2
42 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
43 SM SAINS LABUAN 2.0397
44 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
45 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
46 SM SAINS SABAH 2.137
47 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
49 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994
50 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249
51 SM SAINS POKOK SENA 2.2297
52 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285
53 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899

    Di update oleh: 2dayblogger





    Overall Ranking for MRSM SPM 2011
    1. TUN GHAFAR BABA – 1.00
    2. TAIPING – 1.06
    3. PENGAKALAN CHEPA - 1.13
    4. KUANTAN – 1.19
    5. LANGKAWI – 1.21
    6. PONTIAN – 1.29
    7. BALIK PULAU – 1.63
    8. TRANSKRIAN - 1.70
    9. PASIR SALAK – 1.73
    10. KUALA KUBU BARU – 1.77
    11. TAWAU – 1.78
    12. PENDANG – 1.80
    13. PDRM KULIM – 1.83
    14. SERTING – 1.85
    15. GEMENCHEH – 1.88
    16. MUADZAM – 1.90
    17. BATU PAHAT – 1.92
    18. LENGGONG – 1.92
    19. PENGKALAN HULU – 1.92
    20. KUALA TERENGGANU – 1.94
    21. MERBOK – 1.95
    22. FELDA – 1.97
    23. KOTA KINABALU – 2.00
    24. KUBANG PASU – 2.00
    25. BESERI – 2.02
    26. KUCHING – 2.03
    27. ALOR GAJAH – 2.04
    28. KEPALA BATAS – 2.06
    29. JELI – 2.07
    30. TUN GHAZALI SHAFIE – 2.10
    31. K.BERANG – 2.20
    32. KUALA KRAI – 2.23
    33. TERENDAK – 2.28
    34. BETONG – 2.29
    35. MUAR – 2.31
    36. MUKAH – 2.31
    37. MERSING – 2.32
    38. BESUT – 2.40
    39. KOTA PUTRA – 2.42
    Sumber di update oleh : beliamudadotcom


    Semua hebat-hebat belaka! Tapi saya tak sekolah MRSM ataupun SBP. Sepupu dengan junior kat situ. Tapi mereka memang AWESOME :)
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 18, 2012

    Number One For Me, Mama I Love You!

    Penat. Tapi tak elok mengeluh. Jadi macam mana nak recharge balik iman dan tenaga? Antaranya dengan berindu-rinduan dengan yang sentiasa disayangi dan diingati selalu. Maa dan Abah di rumah. Dan lagu ni memang cukup memberi inspirasi, best pun best. Try dengar!



    Maher Zain, Number One For me.


    Very Inspiring.


    Ok, esok pagi kelas 8.30. Pukul 10 present. Pukul 11.30 mid-term. Malam ni baru nak buka buku. Dua hari pergi program. Memang terbaik!


    Moga Allah permudahkan saya dan kawan-kawan. Dan dan moga Allah memberkati awak semua :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 16, 2012

    3.7 juta lagi ..



    Petikan akhbar Utusan Malaysia, Rabu 15 mac 2012. Ramai lagi rupanya yang tak daftar mengundi.. awak awak awak dan awak yang saya kenal, dah daftar ke belum mengundi? Pensyarah saya cakap kan wak kan....

    Dalam situasi negara Malaysia sekarang, betapa pentingnya dan berharganya undi seseorang itu. Lagi-lagi bagi seorang insan yang bergelar muslim. Tegakah kita untuk  membiarkan orang bukan Islam yang memerintah negara kita?

    Itu kata lecturer saya lah. Kata dia.. tapi saya pun setuju. Kita yang memilih siapa pemimpin kita kan? Fikir-fikirkanlah.... kamu-kamu nak ke Malaysia ni nanti diperintah orang yang bukan beragama Islam? 


    Tak tak saya bukan racist saya cuma rasa, sebagai seorang Islam, rasa macam wajib je pilih pemimpin yang beragama Islam. Sebab dia perlu memimpin. Sebab saya Islam, jadi, mestilah saya nak orang yang pimpin saya pun Islam juga. Tak ke?


    Dah dah, sapa tak daftar lagi tu? Pegi daftar undi esok ok? Oh esok cuti, Hari Isnin maksud saya. =D


    May Allah bless us :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Hormat. Respect.

    1 perkataan yang mudah disebut, tapi tak mudah dilakukan. Bila kita bercakap, seboleh-bolehnya kita nak orang lain dengar. Bila orang lain bercakap, kita hormat dengan apa yang hendak dia sampaikan. Menjadi pendengar merupakan satu respect. Menghormati orang yang lebih tua. Menghormati ketua. Menghormati pemimpin. Nampak mudah. 


    Dalam satu-satu perjumpaan, mesyuarat, perbincangan, betapa pentingnya budaya hormat ini. Betapa pentingnya untuk memberikan 1 keselesaan kepada yang sedang bercakap untuk menyampaikan. Cuma mungkin kita selalu tak sedar yang kita rupanya sedang tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan melakukan kerja lain.


    Contoh mudah, kawan sedang bercakap di hadapan tentang perkara berbangkit, yang di belakang ada cerita lain yang lebih seronok untuk dikongsi. 


    Tapi, bila rifleksi semula. Kenapa bila kita bercakap, ada yang tak nak hormat dengan memberikan peluang kita bercakap dalam keadaan yang tenang dan semua orang boleh dengar? Hukum pantulan. Jawapan yang sangat tepat.




    Kalau kita sendiri tak nak hormat orang, ada orang nak hormat kita? Kalau kita pakai baju warna biru, tengok cermin, ada ke baju tu bertukar jadi coklat? Simple. What you give, you get back.

    Selalu selalulah kita pantulkan diri kita sendiri di hadapan cermin. Pantulan yang bagaimana agaknya kita?

    Kita mungkin marah bila orang tak mahu menjadi pendengar setia, tapi pernahkah kita jadi pendengar yang setia?


    Kita mungkin sedih bila tiada orang peduli kita bercakap, tapi pernahkah kita peduli bila kita bercakap tatkala orang lain sedang berbicara?


    Ada pula, orang persoalkan, dunia ini tidak adil. Tapi pernahkah dia persoalkan pada diri kita sendiri, adilkah kita? Pada Allah, pada diri kita sendiri, pada masyarakat sekeliling?


    Insan. Pelupa? Saya pun, tergolong juga. Tapi, kalau bukan kita yang buat, kenapa perlu mengharap orang lain buat untuk kita? Kita mahu orang menjadi pendengar yang baik, tak lain, kita sendiri seharusnya yang lebih utama untuk jadi pendengar yang baik!


    Nah! Itu, law of reflection. Belajar sains bukan untuk dapat A sahaja. Tak macho lah kalau belajar straight A's semedang, tapi tak tahu nak aplikasi dalam kehidupan kan? :)


    Apa tunggu lagi? Jom, mula daripada hari ini. Treat others as how you wish to be treated! May Allah bless us :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 14, 2012

    Soon : My Harapan



    Do you know anything about myHarapan? You may search about it here. Do you ever have any experience being a presenter for myHarapan project? Anybody? Can you share it with me?


    I realized, my English is not good. And I am not a good presenter too. But but but, I will try my best! Ok, time to go to class, azan already, the class is at 2pm! c u later~


    May Allah bless you :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 11, 2012

    Semua Cakap Dia Je Yang Betul =__='

    I will start my post with this name, Muhammad Idzni Hariz bin Ismail. This cute naughty talkative fussy boy really made my holidays miserable. hoho But but but, still I can feel that I am pretty much cool this time. No more shouting at him so frequent. What I need is just to be cool. Sometimes, being mad doesn't make any changes. A naughty boy like him should be treated diligently!


    Haii! My name is Hariz! Lets have a breakfast with me! My Usu's hot milo is soo cool!

    "Ayesh nak air ilo. Nak ilo, nak ilo."


    Biasalah, budak kan? Tak payah nak hentam keras-keras sangatlah, cuma kena tahan telinga sikit. Kena sabar tu banyak sikit. hehe Dia bukan tak tahu kita tengah buat milo. Tapi dah memang perangai dia gitu, kita layankan je.


    Hariz. Memang macam diktator. Kita memang susah nak perintah dia. Tapi kita yang kena ikut arahan dia. Haizzz fenin jaga dia. Nampak macam super gagah. Super berani. Tapi...


    Bila pagi....... Ha, sebelum tu, tu breakfast tu, ingat dia dah mandi? Memang belum!



    "Hariz, jom mandi..."


    5minit kemudian..


    "Dah Hariz, jom mandi, dah mandi baru boleh jalan."


    sambil keluar menuju ke pintu lain, dia pun menjawab.. "Jap ar cu, yesh ade keje nak wat jap."


    Cool. Usu dia memang cool. Tak tahu semenjak dua menjak ni dah boleh cool je ngan budak-budak ni. Tengok-tengok nenek dorang yang baran sikit. Mungkin sebab nenek sakit kaki, tu yang macam tensyen je nenek tu bila cakap sekali budak-budak ni tak dengar.


    Tak apa.. tak apa..


    "Hariz, jom mandi. CEPAT!!!!"


    Dia tak nak jugak...... Tak yah susah hati, pegang tangan dia bawak masuk bilik air. Bila dia rasa macam terpaksa, dia jalan sendiri pi bilik air. Tapi...tahap kesabaran yang tinggi sangat perlu masa nak mandikan dia ni..


    Buka je shower, nantikanlah jeritan dia, sampai ke warung hujung jalan tu boleh dengar. haha gaya macam super duper macho berani gitu. Tapi kalau suruh mandi. Mak aih. Payah! Tu belum suruh gosok gigi. Kang letak sabun belum cakap pedih pedih pedih lagi. hailaa anak buah aku sorang ni...


    Makan cekodok sambil main games kat hp nenek! Hp beso ayah takde, hp nenek pun jadilaaa

    Gonna miss him A LOT. Tomorrow I have to go back to the place where I belong for my study. Yaa, home is where all the sweetest memory begins and it will be always kept in my heart. Though I might not settle my homework, my assignments at home. But, how I wish my holidays longer. What can I do? I need to fulfill my responsibilities. Maa Abah, I love you! Don't miss me, just call me every time you both do start thinking bout me.. :')

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 8, 2012

    Taare Zameen Par : A Must Watch Movie!

    What a pity girl like me! Cerita punya best, baru hari ni tahu kewujudan citer ni. Kalau korang dah tengok, tak yah tengok! Tapi rasanya kalau dah pernah tengok pun mesti nak tengok lagi! Cerita ni memang terbaik. Pengajaran dia superb! 10stars! hehe


    Tapi sebelum tengok, sedia tisu lah dulu. Soo true, EVERY CHILD IS SPECIAL. Cuma kita ni kadang-kadang ada yang too harsh with them. Too firm. This is a good story of family value and how to care for the children. Cerita ni ada rasa. Rasa yang sampai ke hati. Fuhh susah nak describe by words. Those who watch with full of his heart feeling will know the feel. hehe


    Ingatkan cheq ja ketinggalan zaman, bila share kat facebook, ada juga yang tak pernah tengok lagi rupanya. So, meh-meh pakat tengok kat Youtube!





    This movie reminds me of some memories in the past. I hope that boy will have a good care from his father, and I am really hope that girl have met her family.. By the way, special thanks to him for blog this movie.! :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 6, 2012

    Blog : Menulis Bukan Kerana Nama

    Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita mesti dapat duit daripada blog kita. Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita popular. Ada yang fikir, kita berblog untuk duit dan nama semata-mata. Well said.. Tak semua yang kita fikir tu betul, dan tak semua yang betul tu apa yang kita fikir.


    "Seha, berapa banyak ko dapat daripada blog?"


    "Berapa banyak apanya...."


    "Alaaa, tak payahla malu-malu sangat. Kan ko pasang iklan kat blog ko kan. Macam aku tak tahu, ko dapat duit kan.."


    "Tak lah, aku tak pernah dapat apa-apa daripada blog aku tu."


    "Alaa tak percaya lah dengan ko Seha."



    Kalau budak kecik pun boleh berblog, kenapa tak dengan aku?


    Well, I dont want to force you to believe in me. It is up to you. Mungkin ya, masa mula-mula macam teruja gila nak tahu Nuffnang tu apa, mungkin pada masa tu rasa hangat-hangat jugalah nak ada banyak income daripada Nuffnang kononnya. Nak ada visitors riban-riban macam blog yang famous amous. Yang pemilik blognya punya banyak likes dan subscribers. Tapi, sirius, itu pada SATU MASA DAHULU.


    Dan, memang tak dinafikan masih ada lagi Nuffnang tu ada lagi tiga. Tapi biaq pi lah, jadi perhiasan. Nanti bila betul-betul dah meluat tengok, cheq buang lah. Tapi satu kenapa cheq biaq saja dia kat situ sebab cheq nak tahulah kenapa walaupun cheq tak update, still ada orang datang. Nak tahu, keywords apa yang depa cari.


    keywords fasihah.com 29 Feb - 6 Mar 2012


    Alhamdulillah, semenjak kemaskini pengisian blog hari tu, tak ada dah keywords yang pelik-pelik. Jadi apa maknanya tu? Maknanya, betapa pentingnya kita berkongsi menyampaikan sesuatu yang baik dan orang nak tahu. Biar menulis dari hati. Bukan komen beribu yang kita cari pun. Dan saya juga tahu, kuasa pembaca senyap itu turut memberikan 1 impak yang besar. Sebab saya boleh lihat, bila saya update tiba-tiba statistik pelawat meningkat double ketika ada update terbaru. Dan saya tahu antara mereka yang membaca adalah kawan-kawan saya sendiri.


    Kalau boleh, berblog janganlah sibuk menghina mencaci orang lain. Janganlah menyebar fitnah. Janganlah menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan buat pembaca keliru. Jangan buat pencari maklumat keliru. Sungguh, penat nak cari berita yang benar-benar sahih daripada alam maya sekarang ni. =.=''




    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 4, 2012

    Kisah Kami Sekawan : Nak Jimat Punya Pasal

    Situasi di Cafe waktu makan petang bersama.


    "Eh eh ewah, ambik kuah aku pulak ko ye!"


    "Apesal? Tak boleh ke?"


    "Mana boleh! Aku kan nak jimat!"


    "Oiiii! ko ape kena mengena nak jimat dengan aku tak boleh cicah kuah ko ni??"


    "Haiz, mestilah, aku kenalah jimat, kan nak beli kereta!"


    "Soo..ape kena mengena pun?"


    "Yelah, nak jimat, aku kena makan sorang-soranglah."


    "What???"


    Ketawa pecah. hahaha. Itulah, bila bertiga. Nampak macam nak cari gaduh je kan ayat? Padahal.... tak ada pun nak bertinju bagai. Biasalah, bila kita dah biasa bersama, bergurau bersama. Kongsi masalah bersama, Bincang masalah negara. Masalah pembelajaran. Masalah politik. Fuhh, hebat perbincangan kami selalu ni. Tak lupa juga, masalah kawin cerai cinta kasih dan sayang. kih3. Yelah, semua dah jatuh hati dengan ke'sweet'an Farah Lee & Ally Iskandar. Sampai ada tu kan...


    "Sweetnyaaa dorang..."


    "Aku nak macam ni lah jugak...!"


    Hehehe alaaaa menipulah kalau tak rasa sweet langsung pun tengok dorang kan! Menipu!! hehe Tapi nampak, dorang sempoi je. Pastu nampaklah, cinta baru nak berputik! haaa barulah best kan? Ok, bagi kami bertiga memang dorang sweet sangat. Tak caya? Cer tengok video dorang ni



    Video Reception Perkahwinan Ally Iskandar & Farah Lee

    Bukan menasihati supaya cepat berkahwin, tetapi sekadar berpesan supaya cepat mempersiapkan diri untuk berkahwin. Dua perkara yang berbeza :) -by Farah Lee

    Jap, apesal dari jimat ke kahwin ni? Haizzzz. Nak cakap pasal jimat ni. Antara plan untuk berjimat adalah dengan mematikan atau terminate broadband maxis. Wajar tak agaknya? Adakalanya, demi mencapai suatu cita, memang kita perlu korbankan sesuatu. Mungkin wang ringgit. Mungkin masa. Mungkin tenaga. Tapi persoalannya, tega kah kita melepaskan sesuatu yang kita punya untuk perkara lain?


    Teringat masa melihat sahabat bermain chess. Saya boleh terfikir..

    Kita nak jaga agama Islam kat dunia ni, sama macam jaga King dalam perlawanan chess tu. Mungkin kita terpaksa umpan pihak lawan dengan queen. Adakalanya, terpaksa korbankan askar-askar kecil sebagai tawanan pihak musuh.

    Sungguh mulia askar yang menjaga keselamatan negara. Tapi lebih mulia kalau kita sebagai hamba menjaga kedaulatan agama kita bukan? Agama Islam sudah tentu.


    _____________
    **bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Terkadang terfikir juga sensitiviti pihak lain. Bukan semua kita boleh tulis di sini dan kongsi semuanya kan? Semoga kamu semua baik-baik sahaja. :)
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    March 3, 2012

    Antara Dua. Yang Mana Menjadi Pilihan?

    Kadang rasa rutin kita hari-hari sama. Bangun pagi, solat subuh, ke kuliah, tengah hari lunch, balik kelas, dinner, kalau ada discussion kita discuss, kalau penat tidur. Nampak macam kalau seorang pelajar ni, rutin dia sama sahaja. Tiada beza. semua orang pergi ke kelas dan semua orang belajar. Ada assignments, ada projects dan lain-lain. Tapi, kadang-kadang, jalan yang kita pilih mungkin berbeza dengan yang lain.


    antara dua

    Dalam kehidupan ini, selalunya memang kita perlu membuat pilihan antara dua. Antara dua jalan. Antara dua keputusan. Antara dua insan. Antara dua peluang dan sebagainya. Dan yang paling selalu dan memang perlu kita pilih yang paling baik adalah antara dua jalan sama ada yang baik atau yang buruk.


    Pilihan yang baik menentukan masa depan yang baik dan kehidupan mendatang yang lebih baik. It is all begin with our decision. And, the most important thing is, everyone in this world want to be a better human. Cuma, perkara pokoknya, bagaimana kehidupan kita sekarang ke arah yang mana? Untuk berubah kepada yang baik, jangan tunggu sampai esok. It all starts NOW!





    live well or live hell, you choose!

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^