Diari : Nak Marah Tak Jadi | fasihah.com


March 27, 2012

Diari : Nak Marah Tak Jadi

Yey!! Balik rumah! CUTI!


(tarik nafas dalam-dalam). Segarnya. Nyamannya suasana desa. Indah permai tak macam di kota. Dapat lihat wajah mak ayah. Hoii riang gembiranya saya. Salam mak ayah peluk cium, terus tuju meja makan kat dapur, letak beg, makan. Ops, baca Bismillah~


Ok dah puas hati dapat makan cekodok air tangan mak yang masih hangat baru sahaja masak, baru tuju bilik. 


Krekkk~
(bantal berterabur. Pen marker bertarabur. Barangan kesayangan berjalan sendiri. Hp berlari-lari.)


Ok, ini bukan tumbrio. Bukan cerita thriller mahupun hantu. Itu hiperbola sahaja. Tengok cermin, ada tulisan. cermin cermin cermin. Ya, menggunakan marker yang sepatutnya berada dalam mug di atas meja. -.-''


Tak lain dah. 
Tak lain dah. 
Tak lain dah.


Memang kerja anak-anak buah aku ni. Barang-barang yang comel semua dah jadi comot! Kipas yang sangat ceria dengan warna dah di tambah dengan :) di setiap kelopak. Adehh ni tak lain, ANIS UMAIRAH!!!!


Dalam berura-ura hendak mencari askar-askar di bawah pemerintahan Ahmad Supian's territory, tiba-tiba aku gelak sendirian. Senyum sorang-sorang.


Duduk. Tak jadi marah. Sebab?


conteng dia. conteng dia.

Sebab dulu aku pun macam tu jugak! haha Dulu................................ pintu rumah habis aku conteng huruf alif sampai ya. Tak cukup lagi, a sampai z. Tak puas, 1 sampai 10 tah berapa kali ulang. -.-''


Belum aku tulis ball lah, lukis bintang lah ikan lah. Haha Last-last, mak abah pun tak larat nak marah, marker abang kakak aku jahanam kan, belum yang conteng-conteng kat kaki lagi. hehe Sebagai penyelesaiannya, mak abah kakak abang aku kami sekeluarga ke pasaraya, mencari papan hitam, pemadam dan kapur!


Dulu masa zaman 4 5 tahun tu masih kapur lagi. Sekarang ada lagi ke sekolah yang masih pakai kapur? Ok ok back to the story. Nak dijadikan cerita, dorang suruh aku pilih, ha pilih pilih. Ambik lah pemadam kapur sekotak, papan hitam. 


"cik, pasni tak mau conteng-conteng dinding lagi tau? Nanti abah marah. Tengok pintu rumah dah buruk dah. Macam rumah india."

Haha rumah dah banyak berubah. Tak dapat nak tunjuk kat sini, betapa hodohnya pintu rumah kami dulu, aku lah yang mencontengnya. haha


Haha. So sekarang, lepas aku dah senyum sorang-sorang. Aku tau dah, penyelesaian untuk anak-anak buah aku ni, kena belikan dorang ni whiteboard, marker pen dan juga pemadam. Tak adalah bilik aku jadi mangsa pulak kan?


What you give you get back!


Tulah, dulu pi conteng dinding umah, pintu rumah, sekarang? Cermin, meja aku semua depa pakat lukis-lukis conteng-conteng. Tak apa, dorang tengah merangsang minda tu. Buat apa nak marah. Kena sokong. Dengan belikan alat-alat yang boleh membantu mereka berimaginasi lebih kreatif!


my good nephews and nieces with their beloved atok and nenek.


Tiada dalam gambar si cilik yang sedang bertatih. I see they grow. I pray for their success. I hope, Anis, Amir, Wafa, Hariz, Aisyah and Darwish will be anak soleh wa solehah. Usu luv all of you from the bottom of my heart! ^^


Klik sini. tq~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Diana @ BKKC said...

seha ..ramainya anak2 yg cerdik dan aktif ni ye? takpe...kena sabar sket..org kata bdk aktif ni, insyaallah cepat belajar..cerdik akalnya

Kakzakie Purvit said...

Yg gaya ala 007 tu mesti ikut Mak Usu dialah - tengok pun dah tahu hahaha... mesti dia pun pakat-pakat dgn Anis Humaira buat lakaran yg mana tercantik kat bilik Mak Usu mereka:)

Itu baru tulis cermin.. cermin.. nak sambung siapa paling cantik di dunia ini agaknya tak sempat hahaha....