Blog : Menulis Bukan Kerana Nama | fasihah.com


March 6, 2012

Blog : Menulis Bukan Kerana Nama

Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita mesti dapat duit daripada blog kita. Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita popular. Ada yang fikir, kita berblog untuk duit dan nama semata-mata. Well said.. Tak semua yang kita fikir tu betul, dan tak semua yang betul tu apa yang kita fikir.


"Seha, berapa banyak ko dapat daripada blog?"


"Berapa banyak apanya...."


"Alaaa, tak payahla malu-malu sangat. Kan ko pasang iklan kat blog ko kan. Macam aku tak tahu, ko dapat duit kan.."


"Tak lah, aku tak pernah dapat apa-apa daripada blog aku tu."


"Alaa tak percaya lah dengan ko Seha."



Kalau budak kecik pun boleh berblog, kenapa tak dengan aku?


Well, I dont want to force you to believe in me. It is up to you. Mungkin ya, masa mula-mula macam teruja gila nak tahu Nuffnang tu apa, mungkin pada masa tu rasa hangat-hangat jugalah nak ada banyak income daripada Nuffnang kononnya. Nak ada visitors riban-riban macam blog yang famous amous. Yang pemilik blognya punya banyak likes dan subscribers. Tapi, sirius, itu pada SATU MASA DAHULU.


Dan, memang tak dinafikan masih ada lagi Nuffnang tu ada lagi tiga. Tapi biaq pi lah, jadi perhiasan. Nanti bila betul-betul dah meluat tengok, cheq buang lah. Tapi satu kenapa cheq biaq saja dia kat situ sebab cheq nak tahulah kenapa walaupun cheq tak update, still ada orang datang. Nak tahu, keywords apa yang depa cari.


keywords fasihah.com 29 Feb - 6 Mar 2012


Alhamdulillah, semenjak kemaskini pengisian blog hari tu, tak ada dah keywords yang pelik-pelik. Jadi apa maknanya tu? Maknanya, betapa pentingnya kita berkongsi menyampaikan sesuatu yang baik dan orang nak tahu. Biar menulis dari hati. Bukan komen beribu yang kita cari pun. Dan saya juga tahu, kuasa pembaca senyap itu turut memberikan 1 impak yang besar. Sebab saya boleh lihat, bila saya update tiba-tiba statistik pelawat meningkat double ketika ada update terbaru. Dan saya tahu antara mereka yang membaca adalah kawan-kawan saya sendiri.


Kalau boleh, berblog janganlah sibuk menghina mencaci orang lain. Janganlah menyebar fitnah. Janganlah menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan buat pembaca keliru. Jangan buat pencari maklumat keliru. Sungguh, penat nak cari berita yang benar-benar sahih daripada alam maya sekarang ni. =.=''




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

3 comments:

Kakzakie said...

Really dik... kakak from the beginning blogging memang tak ada apply nuffnang atau apa juga iklan sebab purely kakak memang suka berblog itu saja. Teman follower juga kakak tak kejar you can see how many follower been join my blog... so little right so blog sekadar terapi minda kakak bila ada kelapangan...

Ckin Kembaq said...

ikut peredaran blog..hehe

Jintan Lady said...

Benar. Ikhlas dalam menulis. Dulu sy pun begitu, mengejar riban dr nuffnang dn followers. I put the nuffnang pun juz niat sbg penghias blog jer skrg, and i dun care if ada org baca atau tak, yg penting senang hati menulisnya.